Skip to content

6 DRAMA KOREA MENARIK TERBARU MENEMUI ANDA JULAI INI

6 DRAMA KOREA MENARIK TERBARU MENEMUI ANDA JULAI INI

Kongsikan artikel ini

Penggal pertama tahun 2023 ‘dilambakkan’ dengan drama Korea terbaik yang disiarkan di beberapa platform penstriman popular.

Disebabkan itu ramai menyangka bulan-bulan seterusnya akan sepi tanpa rancangan menarik. Nampaknya andaian peminat salah kerana bulan Julai 2023 menampilkan beberapa siri hebat yang akan membuatkan anda terus melekat di skrin telefon mahupun kaca televisyen.

GL kongsikan enam drama Korea yang akan menemani anda sepanjang bulan ini.

4 of 6

D.P. Musim Kedua

Barisan Pelakon: Jung Hae In, Koo Kyo Hwan, Kim Sung Kyun, Son Suk Ku

Tarikh Tayangan: 28 Julai 2023

Drama ketenteraan yang meraih pujian pengkitik ini kembali dengan musim terbaru yang juga diarahkan oleh Han Jun Hee. Ia memberi fokus pada aksi ahli skuad Deserter Pursuit (D.P.) menjejaki askar muda yang menghilangkan diri semasa khidmat ketenteraan yang diwajibkan untuk semua warga lelaki Korea Selatan. Musim pertama siri ini menarik perhatian penonton di negara itu kerana kes buli dan keganasan dalam tentera mencetuskan trauma di kalangan ramai lelaki muda.

4 of 6