Skip to content

6 DRAMA KOREA MENARIK TERBARU MENEMUI ANDA JULAI INI

6 DRAMA KOREA MENARIK TERBARU MENEMUI ANDA JULAI INI

Kongsikan artikel ini

Penggal pertama tahun 2023 ‘dilambakkan’ dengan drama Korea terbaik yang disiarkan di beberapa platform penstriman popular.

Disebabkan itu ramai menyangka bulan-bulan seterusnya akan sepi tanpa rancangan menarik. Nampaknya andaian peminat salah kerana bulan Julai 2023 menampilkan beberapa siri hebat yang akan membuatkan anda terus melekat di skrin telefon mahupun kaca televisyen.

GL kongsikan enam drama Korea yang akan menemani anda sepanjang bulan ini.

5 of 6

The Uncanny Counter 2: Counter Punch

Barisan Pelakon: Jo Byung Gyu, Yu Jun Sang, Kom Se Jeong, Yum Hye Ran

Tarikh Tayangan: 29 Julai 2023

Pekerja restoran Eonni’s Noodles bakal menyarung kembali pakaian sukan merah mereka dalam musim kedua yang telah lama dinantikan peminat. Drama Korea adi wira ini mengisahkan tentang manusia yang diberi kuasa istimewa oleh Tuhan untuk menjejaki syaitan di Bumi. Musim kedua akan sekali lagi menampilkan Jo Byung Gyu yang menyepi sejak musim pertama kerana dakwaan membuli. Barisan pelakon baru termasuk Jin Seon Kyu, Kang Ki Young, Kim Hieora dan Yoo In Soo.

5 of 6