Skip to content

6 DRAMA KOREA MENARIK TERBARU MENEMUI ANDA JULAI INI

6 DRAMA KOREA MENARIK TERBARU MENEMUI ANDA JULAI INI

Kongsikan artikel ini

Penggal pertama tahun 2023 ‘dilambakkan’ dengan drama Korea terbaik yang disiarkan di beberapa platform penstriman popular.

Disebabkan itu ramai menyangka bulan-bulan seterusnya akan sepi tanpa rancangan menarik. Nampaknya andaian peminat salah kerana bulan Julai 2023 menampilkan beberapa siri hebat yang akan membuatkan anda terus melekat di skrin telefon mahupun kaca televisyen.

GL kongsikan enam drama Korea yang akan menemani anda sepanjang bulan ini.

6 of 6

My Lovely Liar

Barisan Pelakon: Kim So Hyun, Hwang Min Hyun

Tarikh Tayangan: 31 Julai 2023

Kim So Hyun dan Hwang Min Hyun bergabung dalam drama fantasi romantis ini. Kim So Hyun memainkan watak Mok Sol Hee yang mempunyai keupayaan untuk mengesan si pembohong. Dia menganggap kelebihan ini sebagai satu sumpahan kerana dia kini tidak mampu lagi mempercayai sesiapa selain dirinya. Mok Sol Hee mendapati dirinya terjerat dalam kehidupan Kim Do Ha (Hwang Min Hyun), seorang lelaki muda yang merupakan suspek utama kes pembunuhan. Tiada siapa mempercayainya apabila dia mengaku tidak bersalah, namun kelebihan yang dimiliki Mok Sol Hee mungkin dapat membantunya.

 

Pautan berkaitan:10 FILEM SERAM KOREA TERBAIK SEPANJANG ZAMAN

6 of 6