Skip to content

6 WATAK IKONIK DALAM FILEM ROMANTIK KOMEDI MALAYSIA

6 WATAK IKONIK DALAM FILEM ROMANTIK KOMEDI MALAYSIA

Kongsikan artikel ini

Watak ikonik dalam filem romantik komedi Malaysia menjadi daya tarikan kerana bukan sahaja menghiburkan, malah dekat dengan jiwa penonton.

Dari watak jejaka boy next door yang penuh humor hinggalah gadis manja yang degil tetapi memikat hati. Filem romantik komedi Malaysia sentiasa menghadiahkan kita karakter-karakter yang ikonik dan tidak mudah dilupakan. Setiap watak bukan sahaja mencetuskan gelak tawa, malah turut menghidupkan kisah cinta yang dekat dengan realiti penonton tempatan. Mari kita kenali enam watak lelaki yang ikonik dalam filem romantik komedi Malaysia yang masih segar di ingatan hingga hari ini.

#1 Sejoli: Misi Cantas Cinta – Joe

Kemunculan Bront Palarae dalam filem ini menjadi kesukaan ramai, hingga hari ini. Watak Joe yang dilakonkan olehnya dipenuhi tarikan membuatkan watak ini salah satu watak ikoniknya. Gina (Maya Karin) dan Joe bertemu secara tidak sengaja ketika bercuti bawa hati di Phuket. Secara kebetulan, kekasih mereka bakal berkahwin dengan orang lain. Mereka kemudian merancang untuk merampas kembali cinta kekasih hati masing-masing hingga terpaksa melakukan berbagai kerja gila. Chemistry antara Bront Palarae dan Maya Karin semestinya sangat kuat dan filem ini bukanlah satu-satunya mereka digabungkan bersama.

watak ikonik romantik komedi

Baca: 7 DRAMA ASIA TENTANG CINTA BERBEZA USIA, WANITA LEBIH TUA

#2 Istanbul Aku Datang – Harris

Satu lagi watak ikonik dalam salah satu filem romantik komedi Malaysia ialah Harris dari Istanbul Aku Datang. Watak ini menjadi salah satu watak ikonik Beto Kusyairy dalam dunia perfileman. Karakernya yang kekok menjadikan wataknya lebih menarik. Mengisahkan seorang gadis muda dari Malaysia, Dian (Lisa Surihani) yang ke Istanbul dengan penuh harapan bahawa kekasihnya, Adaz (Tomok), akan melamarnya di kota romantik itu. Namun, segalanya menjadi rumit apabila rancangannya tidak berjalan seperti yang diimpikan. Atas keadaan yang tidak terduga, dia terpaksa menumpang di rumah seorang pelukis pemalu bernama Harris.

watak ikonik romantik komedi

#3 Manisnya Cinta Di Cappadocia  – Nazmi

Ratu filem romantik komedi, Fazura dipadankan bersama Shaheizy Sam di dalam filem Manisnya Cinta Di Cappadocia. Shaheizy Sam memegang watak Nazmi di dalam filem ini, salah seorang gandingan Fazura. Filem ini berkisar tentang pergolakan hati Ifti Liyana (Nur Fazura) yang terjerat dalam cinta tiga lelaki. Fredo (Josiah Hogan), Bahkhtiar (Faizal Hussein) dan Nazmi. Segalanya mula berubah selepas pertemuan tak dijangka antara dirinya dan Nazmi di Cappadocia, yang membuka lembaran baharu dalam kehidupannya.

watak ikonik romantik komedi

Baca: FILEM- FILEM TONTONAN WAJIB BULAN SEPTEMBER 2025

#4 CUN! – Atan

Remy Ishak, Maya Karin, Nadiya Nisaa dan Faezah Elai, semua nama-nama besar ini berada di dalam satu filem yang sama. Filem Cun! yang menjadi satu fenomena dahulu turut dirindui peminat. Watak Atan yang dilakonkan oleh Remy Ishak disukai ramai dengan sifat kampung dan lucunya. Luna Latisya,  seorang pengacara TV terkenal membawa diri ke desa terpencil di Kedah setelah mengetahui tunangnya curang dengan seorang pelakon baharu. Di kampung, dia mula jatuh cinta pada ketenangan desa dan tertarik dengan seorang pemuda setempat, Atan.

#5 I’m Not Single – Adam

Genre kegemaran ramai, arranged marriage turut diketengahkan di dalam filem ikonik ini. I’m Not Single, satu lagi filem ikonik buat pasangan ikonik. Farid Kamil digandingkan bersama Lisa Surihani untuk filem ini pada tahun 2008. Filem ini mengisahkan pasangan muda, Maya (Lisa Surihani) dan Adam (Farid Kamil), yang saling membenci kerana dipaksa berkahwin atas kehendak keluarga. Nenek Maya yang uzur mahu melihat cucunya segera bernikah, walaupun Maya sebenarnya sudah mempunyai kekasih tetap bernama Dani (Awal Ashaari).

watak ikonik romantik komedi

#6 Love, Supermoon

Turut dibintangi oleh Farid Kamil, Love, Supermoon mengisahkan tentang Razak (Farid Kamil) dan Triz (Nadiya Nisaa) pernah rapat sebagai abang-adik angkat ketika menemani rakan mereka, Nina (Rita Rudaini) dan Sulaiman (Zain Hamid), bercinta di zaman sekolah. Namun apabila dewasa, hubungan mereka renggang dan hanya mengetahui khabar masing-masing melalui Nina dan Sulaiman yang akhirnya berkahwin selepas tamat pengajian. Perwatakkan Razak yang buaya darat dan momen penyedaran tentang cinta dalam filem ini yang membuatkan orang ramai menyukai filem ini.

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

GAYA SELEBRITI DI KLFW 25: HIT OR MISS?

Bacaan Lanjut
emosi dalam fesyen

PERAHU KERTAS: PELAYARAN EMOSI DALAM FESYEN ALAMI.

Bacaan Lanjut
selebriti daddy

LIMA SELEBRITI DADDY PALING ‘HOT’ DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut

LAKONAN BETO KUSYAIRY MENGHIDUPKAN FILEM “GAYONG”

Bacaan Lanjut
5 FILEM LAKONAN PELAKON LELAKI TERBAIK FFM33, BETO KUSYAIRY

5 FILEM LAKONAN PELAKON LELAKI TERBAIK FFM33, BETO KUSYAIRY

Bacaan Lanjut
REMY ISHAK DIKURNIAKAN GELARAN DATUK

REMY ISHAK DIKURNIAKAN GELARAN DATUK

Bacaan Lanjut