Skip to content

8 LOKASI BERBUKA PUASA PILIHAN GLAM LELAKI RAMADAN INI

Kongsikan artikel ini
2 of 9

Jemput Makan di Sunway Resort Hotel

Bermula 24 Mac sehingga 21 April 2023, Jemput Makan kembali di Sunway Resort Hotel. Kali ini, ia menampilkan ruang makan yang serba baharu di Sunset Terrace. Pengunjung akan menikmati seleksi juadah berbuka puasa penuh tradisi yang bertemakan “Nostalgic Indulgence with Malaysian Treasured Recipes” untuk memberikan penghormatan kepada warisan kulinari unik di Malaysia.

bufet ramadan

Diketuai oleh Chef De Cuisine Afiq Matkhir bersama Chef Sous Tournant Mohamad Yatim Supaat dan Chef Sous Kanan, Chef Halid Bin Hm Burus, bufet Ramadan kali ini akan bakal menampilkan beberapa hidangan signature. Antaranya ‘Daging Bakar Harimau Menangis’ yang menggunakan resipi turun-temurun Chef Afiq. Daging diperap seharian dengan rempah ratus dan dibakar selama 5 jam pada suhu rendah. Pengunjung juga boleh mencuba ‘Sotong Raja’ dan ‘Ayam Pasu’ yang menjadi highlight tahun ini.

daging harimau menangis

Jemput Makan di Sunset Terrace berharga RM228 nett untuk dewasa dan RM114 nett untuk kanak-kanak (6 -12 tahun). Bermula 24 Mac hingga 21 April 2023 pada jam 6.30 petang hingga 10.30 malam.

Tempahan boleh dilakukan melalui +603 7495 2009 / +603 7492 8000 atau email srhs.bookfnb@sunwayhotels.com

 

2 of 9

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 BINTANG HOLLYWOOD YANG SEBENARNYA SEORANG MUSLIM

10 BINTANG HOLLYWOOD YANG SEBENARNYA SEORANG MUSLIM

Bacaan Lanjut

FATTAH AMIN: RAMADAN, FASA BARU SEBAGAI SEORANG BUJANG

Bacaan Lanjut

RAMADAN: SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENUNAIKANNYA?

Bacaan Lanjut

5 TIPS KURANGI BAU MULUT KETIKA BERPUASA

Bacaan Lanjut
MAKANAN MEWAH UNTUK SEISI KELUARGA, HIDANG

MAKANAN MEWAH UNTUK SEISI KELUARGA, HIDANG

Bacaan Lanjut

7 LOKASI BERBUKA PUASA TERBAIK RAMADAN INI

Bacaan Lanjut