Skip to content

8 LOKASI BERBUKA PUASA PILIHAN GLAM LELAKI RAMADAN INI

Kongsikan artikel ini
5 of 9

Steamboat ala nyonya di RasaNya Steamboat, Pavilion Elite

RasaNya Steamboat adalah restoran mesra Muslim yang menyajikan hidangan steamboat premium ala nyonya yang pertama di Malaysia. Menjelang Ramadan ini, RasaNya bekerjasama dengan cef selebriti, Chef Zam yang menyediakan resepi lazat untuk berbuka puasa.

rasanya steamboat

Dengan harga RM118++ seorang, jamuan Ramadan ini terdiri daripada menu yang merangkumi hidangan mewah ‘Menu Masak-Masak’, “Menu Steamboat”, dan pelbagai sup asas daripada sup asas Chef Zam “Rahsianya”, kepada pilihan sup yang tersedia sepanjang masa seperti sup asas ‘Laut Tomato Merah’, ‘Harimau di Laut’, ‘Kundur dan Herba’, ‘Aroi Tomyam’ dan sup asas ‘Sedapnya Laksa’.

Menu Khas Kak Nya termasuklah popiah goreng, satay ayam, satay daging, karipap, kuih sayur, wajid, lemang, rendang daging, ikan bakar dan kepak ayam istimewa Rasanya.

rasanya steamboat

Menu Steamboat pula merangkumi isi ikan, lala segar, hirisan abalon, kerang, udang harimau segar, kerang buluh, hirisan kambing Australia, bebola ikan buatan khas Rasanya, bebola ayam dan cendawan, bebola sotong, ladu dan wantan.

Pelbagai cendawan seperti enoki dan kulat hitam serta sayur-sayuran seperti kubis dan bayam, berserta telur kampung, tauhu, mee kaca, mee bayam dan nasi putih juga dihidangkan.

Tempahan meja boleh dibuat di sini.

 

5 of 9

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 BINTANG HOLLYWOOD YANG SEBENARNYA SEORANG MUSLIM

10 BINTANG HOLLYWOOD YANG SEBENARNYA SEORANG MUSLIM

Bacaan Lanjut

FATTAH AMIN: RAMADAN, FASA BARU SEBAGAI SEORANG BUJANG

Bacaan Lanjut

RAMADAN: SUDAHKAH ANDA BERSEDIA UNTUK MENUNAIKANNYA?

Bacaan Lanjut

5 TIPS KURANGI BAU MULUT KETIKA BERPUASA

Bacaan Lanjut
MAKANAN MEWAH UNTUK SEISI KELUARGA, HIDANG

MAKANAN MEWAH UNTUK SEISI KELUARGA, HIDANG

Bacaan Lanjut

7 LOKASI BERBUKA PUASA TERBAIK RAMADAN INI

Bacaan Lanjut