ATLET SUKAN YANG PALING KAYA PADA 2022
Pemain bola sepak Argentina, Lionel Messi mengungguli senarai atlet paling kaya dengan pendapatan melebihi RM 570 juta menewaskan LeBron James dan Cristiano Ronaldo sepanjang 12 bulan yang lalu.
Walaupun tidak memberikan impak yang besar musim ini, Lionel Messi terus diangkat selaku atlet sukan yang paling kaya di dunia pada tahun ini. Bintang bola sepak Argentina itu mengungguli senarai atlet dengan pendapatan tertinggi menewaskan LeBron James dan Cristiano Ronaldo, dengan jumlah sebelum cukai melebihi RM 570 juta sepanjang 12 bulan yang lalu.

(Photo by Matthias Hangst/Getty Images)
Menurut Forbes, senarai top 10 tahun ini dikuasai oleh atlet lelaki dengan jumlah pendapatan RM4.3 billion keseluruhan. Bintang bola sepak Paris Saint-Germain yang berusia 34 tahun itu berjaya memperolehi RM 329 juta di atas padang, manakala RM 241 juta daripada penajaan dan pengendorsan seperti Qatar, Arab Saudi dan syarikat kripto, Socios.

(Photo by Jason Miller/Getty Images)
Bintang bola keranjang, LeBron James hanya ketinggalan sedikit di belakang Lionel Messi. Pemain kelab NBA, Los Angeles Lakers itu mempunyai pendapatan RM 532 juta keseluruhan. Walaupun tidak bermain pada musim lalu, dia berjaya menambahkan pendapatan melalui rancangan bual bicara serta filem “Space Jam: A New Legacy” yang dibintanginya.

(Photo by Ash Donelon/Manchester United via Getty Images)
Cristiano Ronaldo melengkapkan senarai tiga teratas dengan pendapatan sejumlah RM 505 juta. Bintang bola sepak itu mencipta fenomena selepas kembali menyertai kelab Manchester United daripada Juventus pada tahun lalu. Pemain Portugal itu juga mempunyai pengikut yang tertinggi di laman media sosial utama iaitu Instagram, Facebook dan Twitter.
Senarai Top 10 Atlet Terkaya Pada 2022
- Lionel Messi: RM 570 juta (bola sepak)
- LeBron James: RM 532 juta (bola keranjang)
- Cristiano Ronaldo: RM 505 juta (bola sepak)
- Neymar: RM 416 juta (bola sepak)
- Stephen Curry: RM 407 juta (bola keranjang)
- Kevin Durant: RM 403 juta (bola keranjang)
- Roger Federer: RM 398 juta (tenis)
- Canelo Alvarez: RM 395 juta (tinju)
- Tom Brady: RM 368 juta (bola sepak Amerika)
- Giannis Antetokounmpo: RM355 juta (bola keranjang)

(Photo by Simon Bruty/Anychance/Getty Images)
Legenda sukan tenis, Roger Federer masih lagi tersenarai dalam Top 10 tahun ini walaupun hanya bermain enam kejohanan pada 2020 hingga 2021. Tahun ini, pemain Switzerland itu belum lagi melangkah ke gelanggang tenis selepas mengalami kecederaan. Daripada RM 398 juta pendapatan keseluruhan, dia memperolehi RM 395 juta daripada penajaan Uniqlo dan Rolex, serta pelaburan ke atas syarikat kasut Swiss.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: DUTA SELEBRITI LELAKI PERTAMA VICTORIA’S SECRET
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIET KESIHATAN PELIK AMALAN ATLET SELEBRITI TERNAMA
Empat atlet ini memilih untuk mencuba diet ekstrem yang biasanya tidak disarankan oleh pakar kesihatan.
PANDUAN 101 SUKAN RAKET ANDA MESTI KUASAI
Tennis! Pickleball! Padel! Badminton! Ping Pong! Squash! GLAM Lelaki senarai tips 101 sukan tahap kesukaran, manfaat, dan #vibes yang berbeza.
CRISTIANO RONALDO TERUS MENGUASAI MEDIA SOSIAL
Cristiano Ronaldo atlet paling terkenal yang memecahkan rekod dengan jumlah pengikut terpaling ramai di YouTube.
PERKEMBANGAN TERKINI ROGER FEDERER SELEPAS BERSARA DARI ARENA TENIS
Walaupun tidak lagi aktif dalam sukan tenis, kehidupan Roger Federer tetap menjadi perhatian ramai terutama peminatnya dari seluruh pelosok dunia.
5 FOTO SUKAN YANG MERAIH TANDA SUKA PALING BANYAK DI INSTAGRAM
Siapa sangka hantaran sukan juga popular di Instagram terutama yang memberi inspirasi dan mengandungi momen bersejarah.
“SAYA TIDAK MENGEJAR REKOD, REKOD MENGEKORI SAYA” – CRISTIANO RONALDO
Cristiano Ronaldo melakar sejarah apabila memecah rekod terbanyak yang dijaringkan dalam semusim pada Liga Pro Saudi.