Skip to content

AZIZULHASNI SEKALI LAGI BERGELAR JUARA

AZIZULHASNI SEKALI LAGI BERGELAR JUARA

Kongsikan artikel ini
1 of 2

Menjelang Sukan Olimpik Tokyo, juara berbasikal trek negara, Azizulhasni Awang menunjukkan keputusan yang cemerlang dalam acara pecut Kejohanan Trek Elite Victoria.

Azizulhasni yang terkenal dengan gelaran The Pocket Rocketman mencatat masa 10.126 saat dalam kelayakan pecut individu sekali gus menjuarai carta kedudukan dalam saingan yang berlangsung di Velodrome Pusat Sukan Antarabangsa Darebin di Melbourne.

Bukan hanya Azizulhasni, Shah Firdaus Sahrom turut mengharumkan nama negara dengan berada di kedudukan ketiga terpantas dalam kelayakan dengan 10.186 saat manakala pelumba Blackburn Cycling Club, Sam Gallagher berada di kedudukan kedua dengan 10.171 saat.

 

Foto: Azizulhasni Awang/Facebook

 

Dia berjaya mengatasi pelumba Brunswick Cycling Club, Mace Colson dalam suku akhir sebelum mengetepikan bekas juara keirin remaja dunia, Conor Rowlyer (Blackburn) di separuh akhir. Shah pula menewaskan dua pelumba Blackburn, Sean Cleary dan Gallagher masing-masing di suku akhir dan separuh akhir.

1 of 2

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

“IA BUKAN LAGI TENTANG SAYA” - AZIZULHASNI AWANG UMUM BERSARA

“IA BUKAN LAGI TENTANG SAYA” – DATUK AZIZULHASNI AWANG UMUM BERSARA

Bacaan Lanjut
AZIZULHASNI AWANG CIPTA REKOD BARU DI OLIMPIK PARIS 2024

AZIZULHASNI AWANG CIPTA REKOD BARU DI OLIMPIK PARIS 2024

Bacaan Lanjut
Uniqlo Malaysia

KEMBARA GAYA DI KUALA LUMPUR BERSAMA GL GANG, SHARUL AIMY DAN JASON TAN

Bacaan Lanjut
alton ang

“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG

Bacaan Lanjut
FILA x Smiley®

“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS

Bacaan Lanjut
piala ryder

PERTANDINGAN GOLF BERKUMPULAN TERHEBAT DI PIALA RYDER

Bacaan Lanjut