BALIK KAMPUNG RAYA INI DENGAN RANCANGAN DARIPADA BINTANG-BINTANG TEMPATAN
Aedy Ashraf – Kerana Cinta Itu Ada, Kisah Cinta Kita

Sekiranya anda seorang peminat drama romantik, jangan lupa saksikan lakonan Aedy Ashraf dalam “Kerana Cinta Itu Ada” dan “Kisah Cinta Kita”. Dalam “Kerana Cinta Itu Ada”, Aedy membawakan watak Tengku Aisy, anak kepada pemilik hotel terkemuka. Dia jatuh cinta dengan seorang gadis marhaen. Seiring perkembangan plot, penonton akan menyaksikan pahit manis hubungan cintanya ketika dia dihujani pelbagai cabaran dan berjuang untuk menyelamatkan cinta itu. Keupayaan Aedy untuk menyampaikan pelbagai emosi dengan watak Tengku Aisy pasti tidak dapat dilupakan!
Sementara itu, dalam “Kisah Cinta Kita”, Aedy melakonkan watak seorang lelaki yang mengupah seorang wanita untuk menyamar sebagai pasangannya yang telah menghilangkan diri. Rentetan itu, satu demi satu kejadian yang mengejutkan terus berlaku, yang berakhir dengan perkahwinan. Bakat Aedy dalam menghidupkan plot yang kompleks ini pasti mengujakan penonton. Sama ada anda sedang mencari kisah cinta yang mengharukan atau ‘plot twist’ yang mendebarkan, kedua-dua ini berjaya disampaikan oleh Aedy Ashraf.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
9 PELAKON MALAYSIA YANG MULA BERLAKON SEJAK KECIL
Industri lakonan Malaysia telah dihiburkan dengan gelagat dan lakonan licik dari pelakon-pelakon malaysia sejak mereka kecil lagi
MENCARI SUT BAHARU? PERGI KE BOSS, SACOOR BROTHERS, MASSIMO DUTTI DAN BANYAK LAGI
Sut adalah refleksi keyakinan dan kematangan gaya lelaki. Terokai jenama sut antarabangsa yang menjadi rujukan utama dunia fesyen lelaki moden
GL25: 25 MOMEN ISTIMEWA BERSAMA GLAM LELAKI SEPANJANG TAHUN 2025
GLAM Lelaki imbas semula momen istimewa bersama selebriti, GL Team serta jenama-jenama sepanjang tahun 2025 di GL25.
TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI MALAYSIA DENGAN GAYA RAMBUT PALING ‘ON-POINT’
Total Grooming Check oleh GLAM Lelaki menyorot gaya rambut Robert Pattinson & selebriti lelaki Malaysia yang menjadi rujukan grooming moden.
MEERQEEN DILANTIK SEBAGAI WAJAH BAHARU YSL BEAUTY LE VESTIAIRE DES PARFUMS
YSL Beauty secara rasmi mengumumkan pelakon dan ikon gaya Malaysia, Meerqeen, sebagai wajah baharu Le Vestiaire des Parfums.
TOTAL GROOMING CHECK: SELEBRITI LELAKI PALING FIT 2025
GLAM Lelaki menyorot tiga figura yang bukan sahaja kelihatan fit, tetapi benar-benar mengamalkan gaya hidup aktif











