“BERMANDI KERINGAT TAPI PUAS” – ADAM AFDAL KONGSI PENGALAMAN SARUNG MASKOT RIMAU MALAYSIA
Temasya Sukan SEA 2017 sudah pun berakhir, dan Sukan Para ASEAN juga telah pun melabuhkan tirainya Sabtu lepas. Terima kasih kepada semua atlet-atlet negara. Tidak ketinggalan semua sukarelawan yang banyak menabur bakti menghalusi perjalanan acara penuh gilang gemilang ini. Selain para atlet, turut mencuri tumpuan adalah maskot Rimau yang mendapat perhatian meluas dari awam khususnya. Dek attitude mesra, comel dan mudah didekati, Rimau dianggap ikon di hati semua orang. Namun di sebalik maskot tersebut, pastinya ada individu yang sanggup mengerah tenaga dan bermandikan keringat memakai dalam menggayakannya. Yang pasti ia bukan mudah! Bak hero tidak didendang, demi negara yang tersayang, pengorbanan mereka sewajarnya dikenang. Oleh itu, GLAM Lelaki menghubungi Adam Afdal, salah seorang sukarelawan memintanya berkongsi pengalaman sepanjang dirinya ‘menjadi’ the one and only, the iconic Rimau Malaysia.
GLAM Lelaki: Boleh kongsikan sedikit tentang diri anda. Nama penuh, umur, pekerjaan, asal, adik beradik, hobi atau apa saja yang ingin anda kongsikan.
ADAM AFDAL: Terima kasih kepada pihak GLAM Lelaki kerana sudi menemubual saya. Baiklah, nama penuh saya Adam Afdal bin Eddy Zuraidi, saya berumur 18 tahun dan saya berasal dari Shah Alam. Saya merupakan anak pertama dari tiga adik beradik. Saya kini sedang melanjutkan pengajian di University of Nottingham, dalam jurusan International Relation & Political Science. Hobi masa lapang saya adalah membaca buku-buku sejarah. Sejak di bangku sekolah lagi, saya cenderung dalam menyertai aktiviti-aktiviti komuniti (CSR). Saya bertuah kerana keluarga dan guru sentiasa menyokong apa yang saya lakukan.
GLAM Lelaki: Kongsikan dengan kami antara aktiviti sukarelawan yang pernah anda libatkan diri, serta kepuasan yang anda perolehi?
ADAM AFDAL: Selesai menduduki peperiksaan SPM, saya pernah menjadi sukarelawan di Syria Care Malaysia selama beberapa bulan. Semasa di tingkatan dua saya dan rakan mengumpul dana untuk projek berbuka puasa bersama anak-anak yatim. Tetapi tidak perlu saya senaraikan sebab saya lebih selesa untuk tidak menwar-warkan. I prefer to keep it low. And in the future saya harap saya dapat menyertai lebih banyak lagi volunteering work yang melibatkan negara miskin kerana membuatkan kita lebih menghargai kehidupan. Hakikatnya, aktiviti sukarelawan dilakukan tanpa mengharapkan apa-apa balasan sama ada wang ringgit, barang atau nama. Kenapa? Kepuasan. Kepuasan yang tidak boleh dibeli ini menjadi pendorong utama kepada saya walaupun terpaksa berkorban masa dan tenaga.
GLAM Lelaki: Kongsikan dengan kami bagaimana anda boleh terlibat dalam aktiviti sukarelawan Sukan SEA dengan memakai kostum ikonik Rimau itu?
ADAM AFDAL: Pada mulanya, saya terpilih untuk menjadi sukarelawan Sukan SEA dan Sukan Para Asean dan hanya bertugas di lapangan terbang KLIA dan KLIA2 dalam membantu melancarkan ketibaan dan pelepasan atlet dan delegasi. Semasa Sukan SEA, saya tidak berpeluang untuk menyarungkan kostum ini. Namun alhamdulilah, saya akhirnya diberikan peluang menjadi Rimau pada Sukan Para Asean baru-baru ini di KLIA. Ini merupakan pertama kali saya menjadi maskot. Sudah pasti saya tidak akan melepaskan peluang sekali seumur hidup ini kerana Rimau Malaysia adalah ikon Sukan SEA malah dekat di hati semua orang. It brings happiness to the people.
GLAM Lelaki: Adakah ada apa-apa kritera yang ditentukan sebelum memakai kostum tersebut?
ADAM AFDAL: Setahu saya kriteria diperlukan ialah lelaki dengan ketinggian 170 cm ke atas, selain kesanggupan dan keinginan menjadi Rimau Malaysia. Bukan senang tau! Sesiapa yang pernah melalui pengalaman menjadi Rimau sahaja faham.
GLAM Lelaki: Kenapa anda berminat untuk terlibat secara sukarelawan dengan memakai kostum tersebut?
ADAM AFDAL: Oh yang pertama seumur hidup saya tak pernah menjadi maskot. Kedua, peluang menjadi Rimau Malaysia mungkin “once in a life time experience”. Saya juga menganggap ini sebagai sumbangan kecil kepada negara. Walaupun saya tidak bertanding sebagai atlet, sekurang-kurangnya penglibatan saya menyumbang kepada kelancaran Sukan Sea & Para Asean.
GLAM Lelaki: Kongsikan dengan lebih lanjut di mana anda memakainya, apa yang perlu dibuat serta perasaan anda mengenakan kostum tersebut?
ADAM AFDAL: Walaupun saya tidak menyarung kostum tersebut di stadium sewaktu perasmian mahupun penutup, namun saya cukup bertuah kerana dapat menggayakannya di KLIA selama 2 jam, bergilir-gilir dengan dua orang sukarelawan yang lain. Sepanjang pemakaian, kami perlu melambai, membuat aksi-aksi menarik serta bergambar di perkarangan balai pelepasan. Semestinya saya rasa bangga kerana Rimau mewakili identiti Malaysia sebagai tuan rumah.
GLAM Lelaki: Apakah cabaran yang perlu dilalui oleh anda ketika menyarung dan menggayakan kostum tersebut yang tidak semua tahu.
ADAM AFDAL: Oh cabarannya sudah tentu ada. Saya memakainya selama dua hari, anggaran dalam tempoh 10 jam. Saya pula mempunyai susuk tubuh badan yang kurus jadi pada awalnya agak sukar untuk membiasakan diri. Tak sangka pula ia sangat berat dan panas. Ya, dalam kostum ada kipas di bahagian kepala namun tidak membantu sangat pun. Keadaan di dalam kostum memang panas ditambah pula dengan cuaca. Kostum agak berat tetapi mudah dikendalikan. Selepas memakai selama hampir 2 jam saya basah kuyup bermandikan peluh. Tapi saya rasa puas dan gembira. It is very hard to describe. Everyone should try it once.
GLAM Lelaki: Jika diberikan peluang adakah anda ingin lagi memakai kostum tersebut. Jika ya kenapa?
ADAM AFDAL: Of course! Sudah pasti. Kenapa? I’m representing my country and making other people happy is a satisfaction and I’m proud of it. People love having Rimau Malaysia around.
GLAM Lelaki: Mengapa anda merasakan para belia di luar sana patut mencuba untuk menjadi sukarelawan?
ADAM AFDAL: Saya percaya kita harus bermula dengan sekecil-kecilnya. Tidak kira apa yang kita lakukan, kena ikhlas. Saya menyeru belia-belia di luar sana untuk turut serta memberi sumbangan kepada negara. Walaupun sumbangan kecil tapi jika dilakukan secara berkumpulan pasti akan menghasilkan impak yang besar. Semua orang ada peranan masing-masing walaupun kecil seperti menjayakan Sukan Sea & Paragames. Ini salah satu dari usaha saya menyokong mesej PM Dato Seri Najib Tun Razak untuk sama – sama menjayakan matlamat “Negaraku Bangkit Bersama”. Terima kasih.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 25 September 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA
Kempen Movember menonjol sebagai gerakan penting untuk meningkatkan kesedaran mengenai kesihatan lelaki.
LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH
Semasa matahari terbenam di ufuk pada hari terakhir tahun 2023, Lexis Hibiscus Port Dickson berubah menjadi syurga kaleidoskopik bagi lebih daripada 2,000 para tetamu yang meraikan perayaan Malam Tahun Baru yang paling dinantikan tahun ini.
STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID
Bagi peminat chef selebriti terkenal Gordon Ramsay, anda kini boleh menikmati makanan lazat di restoran terbarunya Street Pizza di Sunway Pyramid.
SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK
Ruark menampilkan Siri 100 sistem muzik yang menawarkan lonjakan dalam kualiti audio evolusi dan gabungan kesenian dan inovasi yang lancar.
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA
Daripada menunggu lamaran cinta hati, barisan selebriti ini memilih untuk mengabaikan gelaran 'perigi cari timba' dan melamar lelaki idaman.
BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC
Jenama kopi legenda Bacha Coffee diasaskan di Marrakech pada tahun 1910, telah meneruskan jelajah dunianya ke tengah-tengah Kuala Lumpur Suria KLCC.