BMW 5 SERIES PENERAJU PERUBAHAN BAHARU
BMW Malaysia membariskan BMW 530e M Sport dan BMW 530i M Sport, dua varian BMW 5 Series baharu yang dipasang secara domestik di Malaysia.
Dalam menetajui perubahan, BMW Malaysia memperkenalkan dua varian baharu daripada portfolio sedan eksekutif premium BMW 5 Series. Model BMW 530e M Sport dan BMW 530i M Sport memberikan kuasa pilihan kepada pasaran tempatan dengan dalam varian yang dipasangkan secara domestik di Malaysia.
BMW 5 Series terbaharu hadir dalam varian hibrid ‘plug-in’ dan varian petrol yang akan meneruskan pacuan momentum kejayaan BMW Group dalam dunia sedan eksekutif premium. Pada tahun 2020, BMW Group telah dianugerahkan dengan anugerah ‘Car of the Year’ oleh Majalah ‘Auto, Motor und Sport’ serta Majalah ‘What Car?’
Keupayaan Elektrik Dan Keefisienan Bertaraf Tinggi
Varian BMW 5 Series baharu ini dilengkapi dengan enjin petrol sebaris 4 silinder BMW Twin Power Turbo yang bersaiz 2 liter, dan turut menyaksikan BMW 530e M Sport didatangkan dengan motor elektrik BMW eDrive generasi terkini. Sistem transmisi Steptronic Sport lapan kelajuan juga ditawarkan sebagai standard bagi kedua-dua varian ini.
BMW 530e M Sport menawarkan output maksimum gabungan berjumlah 292 kk dan nilai tork berjumlah 420 Nm, manakala output sebanyak 109 kk dijana oleh motor elektrik. Varian elektrik ini mampu melakukan pecutan abad dalam masa 5.9 saat. Dengan kelajuan tertinggi mencecah 235 km/j, BMW 530e M Sport baharu hanya mengguna pakai bahan api berjumlah 2.3 l/100 km dengan emisi CO2 berkadar 53 g/km. Motor elektriknya mempunyai jarak capaian setinggi 67 kilometer (dengan korelasi NEDC) yang memungkinkan keupayaan pemanduan elektrik sepenuhnya untuk menyelusuri kota dan perjalanan yang pendek.
Desain Yang Menawan, Teknologi Bersofistikasi Tinggi.
BMW 530e M Sport dan BMW 530i M Sport menampilkan bahasa reka bentuk interior yang elegan dan selesa. Kedua varian baharu ini memperlihatkan stereng kulit M, berserta dengan kerusi sport yang menawan bagi pemandu dan penumpang dalam membiaskan sensasi keterujaan yang sinonim dengan BMW M Sport. Ia dihiasi dengan kemasan trim interior dalam Aluminium Rhombicle, termasuk upholsteri Dakota Leather dan material bumbung antrasit BMW Individual. Iluminasi di dalam kenderaan ini dibekalkan oleh pencahayaan ambien, dan pemilik BMW 530i M Sport juga dapat menikmati kemudahan bumbung kaca elektrik.
Kedua-dua model ini turut dilengkapi dengan keupayaan pintar dalam bentuk BMW Live Cockpit Professional. Ia dapat memanfaatkan Sistem Operasi BMW7 (BMW Operating System 7) yang terkini. Konsep maklumat hibur diserlahkan melalui susunan paparan yang baharu, ia mencakupi kluster instrumen 12.3 inci yang boleh dikonfigurasi, serta Paparan Kawalan (Control Display) dengan skrin sentuh yang sama saiz. BMW Live Cockpit Professional hadir dengan ciri navigasi, BMW Intelligent Personal Assistant, sambungan 4G LTE, dua port USB, dan fungsi-fungsi lain seperti Pengemaskinian Perisian Berjarak Jauh (Remote Software Upgrade) serta pengemaskinian peta tanpa sambungan wayar bagi sistem navigasi.
Program Pembiayaan Dinamik
BMW Group Financial Services Malaysia menawarkan ‘Balloon Financing Plan’ untuk model BMW 530e M Sport dan BMW 530i M Sport. Kedua-dua varian boleh dimiliki menerusi pelan ansuran bulanan bermula daripada RM 3,778.00 dan RM 4,388.00 (berdasarkan anggaran pinjaman sebanyak 80 peratus bagi tempoh lima tahun). Pelanggan boleh membuat tempahan untuk memiliki sedan eksekutif premium baharu ini melalui platform BMW Shop Online.
Foto: BMW Group Malaysia
Baca lebih lanjut: NOVAK DJOKOVIC JULANG TROFI WIMBLEDON KEENAM, GRAND SLAM KE-20 KESELURUHAN
Tags
Artikel Yang Berkaitan
#GLPANDUUJI MERCEDES-BENZ GLC 300 4MATIC
Mercedes-Benz Malaysia melancarkan edisi terbaharu SUV premium GLC 300 4Matic yang akan memberikan peluncuran pemanduan yang kontemporari dan sporty.
5 MOTOSIKAL TERMAHAL DI DUNIA 2023
Apakah motosikal yang termahal di dunia tahun ini? Walaupun ada yang hanya dipamerkan di muzium, semak senarai ini untuk mengetahui motosikal atau superbike yang berjaya menduduki senarai teratas.
KUASA MASA HADAPAN XC40 RECHARGE PURE ELECTRIC
Volvo Car Malaysia memperkenalkan versi baharu model XC40 Recharge Pure Electric yang dikuasakan elektrik sepenuhnya.
MERCEDES-EQ: PEMACU MOBILITI ELEKTRIK MASA HADAPAN
Mercedes-EQ menjadi pemacu mobiliti elektrik masa hadapan. Dihadirkan dengan tiga model terbaru dari pelbagai segmen.
Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya
Memperkenalkan XC40 Recharge Pure Electric, Volvo Car Malaysia menyasarkan 75% jualan daripada EV menjelang 2025 lantas menyasarkan untuk menjadi syarikat automatif eletrik sepenuhnya menjelang 2030.
GOLF R-LINE – EVOLUSI KESERONOKAN VOLKSWAGEN TERBAHARU
Volkswagen Passenger Cars Malaysia memperkenalkan evolusi digital generasi terbaharu Golf R-Line yang kini hadir dengan desain yang lebih sporty dan ekspresif.