Skip to content

BMW X4 – ELEKTRIFIKASI, SPORTY DAN PENUH SOFISTIKASI

Kongsikan artikel ini

BMW Malaysia memperkenalkan generasi terbaharu BMW X4 yang dipasang secara domestik di Malaysia dalam elektrifikasi sporty penuh sofistikasi.

Selain tiga varian BMW X3 baharu, BMW Malaysia turut memperkenalkan generasi BMW X4 terbaharu yang dipasang secara domestik di Malaysia. BMW X4 xDrive30i M Sport buat julung kali diperkenalkan untuk pasaran Malaysia, sekali gus memaksimumkan kemampuan kuasa dan elektrifikasi jentera Sports Activity Vehicle bersaiz sederhana daripada keluarga BMW X.

Dinamakan sebagai antara model yang paling popular di dunia, varian baharu ini bakal menaikkan tanda aras dalam segmen SAV premium dengan reka bentuk sporty yang penuh sofistikasi, ciri-ciri dan perwatakan pemanduan yang terkini, serta rangkaian kuasa tambahan untuk menterjemahkan Kenikmatan Pemanduan Sempurna yang dijanjikan oleh BMW.

Sporty, Penuh Sofistikasi

Setelah melalui beberapa iterasi visual, BMW X4 hadir dengan iras sporty yang menampilkan gril ‘kidney’ lebih besar dengan sambungan perangkai di tengah, rekaan apron hadapan baharu dengan salur masuk udara vertikal, bampar baharu, lampu hadapan yang dilangsingkan sebanyak 10 mm, didatangkan dengan teknologi LED penuh sebagai standard. Bonet yang sedikit menaik, rungkup hadapan yang singkat serta siluet jentera ini yang berbentuk tirus menyerlahkan dinamik pemanduannya yang luar biasa.

Varian ini juga mengekalkan garis bumbung persis coupe dan akan dilengkapi dengan komponen pemantul berkedudukan vertikal serta bampar belakang dengan sisipan baharu., selain didatangkan dengan bibir ekzos berbentuk bebas.

Kuasa Komprehensif

Pusat graviti yang rendah, distribusi gandar 50/50, casis lebih canggih dan sistem pacuan semua roda xDrive yang pintar menjamin varian ini sebagai salah sebuah kenderaan yang paling dinamik dalam segmennya, sementara masih menawarkan keupayaan pemanduan yang benar-benar menyelesakan. BMW X4 xDrive30i juga membawakan suspensi adaptif.

Keupayaan Digitalisasi

Ruang interior BMW X4 dioptimumkan untuk memuatkan Paparan Kawalan 10.25 inci dengan fungsi sentuh, elemen bersadur zink dalam lohong udara, serta elemen kawalan baharu di bawah skrin paparan yang terletak di konsol sentral. model baharu ini juga menampilkan kerusi sport dengan penyokong sisi yang lebih menyerlah, berserta upholsteri kulit untuk sentuhan premium.

Kesemua varian ini diperkasakan oleh Sistem Operasi BMW 7, Pembantu Peribadi Pintar BMW dan pelbagai pakej BMW Connected sebagai opsyen tambahan. Kemas kini Perisian Berjarak Jauh juga akan memastikan ia memuatkan perisian yang paling terkini.

Bantuan Pemanduan

Sistem bantuan memandu BMW X4 baharu meliputi Pembantu Pemandu yang menyediakan fungsi Amaran Penukaran Laluan, Amaran Pengeluaran Laluan, dan Amaran Perlanggaran Hadapan dengan intervensi brek sebagai standard. Varian ini juga dilengkapi dengan Bantuan Parkir, termasuk Bantuan Mengundur.

BMW X4 hadir dalam Alpine White, Piemont Red, Phytonic Blue dan Carbon Black yang kesemuanya juga disempurnakan dengan Leather Vernasca Black dengan sulaman berkontras. Sebagai alternatif, pemilik juga boleh memilih Leather Vernasca Tacora Red dengan tawaran eksterior Alpine White dan Carbon Black.

Harga jualan bagi varian baharu ini dengan BMW Service and Repair Inclusive, bersama Cukai Jualan dan Perkhidmatan (atas jalan, tanpa insurans) ialah RM 398,800.00. Untuk maklumat lanjut, layari bmw.com.my

Foto: BMW Malaysia

Baca lebih lanjut: EWAN MCGREGOR KEMBALI SEBAGAI JEDI MASTER DALAM SIRI OBI-WAN KENOBI

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

mercedes-benz glc 300

#GLPANDUUJI MERCEDES-BENZ GLC 300 4MATIC

Bacaan Lanjut

KUASA MASA HADAPAN XC40 RECHARGE PURE ELECTRIC

Bacaan Lanjut
MERCEDES-EQ: PEMACU MOBILITI ELEKTRIK MASA HADAPAN

MERCEDES-EQ: PEMACU MOBILITI ELEKTRIK MASA HADAPAN

Bacaan Lanjut
Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya 01

Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya

Bacaan Lanjut

GOLF R-LINE – EVOLUSI KESERONOKAN VOLKSWAGEN TERBAHARU

Bacaan Lanjut
Keanggunan Nan Agresif 01

Keanggunan Nan Agresif

Bacaan Lanjut