BUNYI MENAKJUBKAN DENGAN FON PUTIK HUAWEI FREEBUDS 5I TERBAHARU
GLAM Lelaki berpeluang mencuba fon putik Huawei FreeBuds 5i terbaharu yang memberikan kualiti audio dan reka bentuk bergaya, serta menyokong sistem operasi Android, iOS serta Windows.
Earbuds atau fon putik kini menjadi aksesori pelengkap yang wajib buat telefon pintar, komputer, tablet mahupun jam tangan pintar. Dalam memberikan pengalaman bunyi yang luar biasa, Huawei Malaysia melancarkan fon putik Huawei Freebuds 5i yang terbaharu.
GLAM Lelaki berpeluang untuk mencuba Huawei FreeBuds 5i terbaharu ini. Fon putik True Wireless Stereo (TWS) ini dapat memberikan kualiti audio yang terbaik dalam reka bentuk yang bergaya. Dan tidak perlu risau, ia juga menyokong sistem operasi pintar utama seperti Android, iOS serta Windows.
Pengalaman Muzik Yang Menakjubkan
Huawei FreeBuds 5i memberikan pengalaman muzik resolusi tinggi yang hadir dengan pensijilan Hi-Res Audio Wireless (Hi-Res). Ia memanfaatkan perkakasan, algoritma, codec audio LDAC™ HD 2 dan kesan multi- EQ, untuk memainkan dan menghantar audio HD. Ini akan memastikan audio asal dipersembahkan dengan ketepatan pada setiap masa.
Aksesori ini juga menyediakan kesan Multi-EQ yang membenarkan pendengar untuk melaraskan kesan audio secara bebas. Contohnya memilih mod rangsangan Bass atau Treble supaya setiap lagu kedengaran penuh harmoni. Ia seperti penyesuaian diri untuk mendapatkan pengalaman muzik yang memenuhi cita rasa setiap individu.
Baca lebih lanjut: PEMBESAR SUARA MUDAH ALIH PILIHAN GLAM LELAKI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENDRICK LAMAR BAKAL MENGEGARKAN PENTAS SUPER BOWL LIX HALFTIME
Kendrick Lamar akan menjanjikan persembahan ikonik dan bakal mencipta sejarah dalam dunia muzik dan budaya.
GOOD VIBES FESTIVAL KEMBALI JULAI INI DENGAN PEGGY GOU, J BALVIN, JOJI, RUSS DAN RAMAI LAGI
Festival muzik dan seni tempatan, Good Vibes Festival bakal kembali pada 20 dan 21 Jalai 2024 di Resorts World Awana, Genting Highlands.
SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK
Ruark menampilkan Siri 100 sistem muzik yang menawarkan lonjakan dalam kualiti audio evolusi dan gabungan kesenian dan inovasi yang lancar.
5 PERKARA PERLU TAHU MENGENAI GOPRO HERO12 BLACK TERBAHARU
GoPro melancarkan kamera flagship terbaharu, HERO12 Black yang terus mencabar sempadan tekologi dengan pelbagai kuasa dan fungsi yang terkini.
APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?
GLAM Lelaki berpeluang untuk mencuba menggunakan tablet flagship terbaharu Huawei MatePad Air yang hadir dengan pelbagai fungsi seperti sebuah komputer peribadi.
SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET
GLAM Lelaki berpeluang mencuba generasi baharu Samsung Galaxy Z Fold5 yang merupakan telefon pintar boleh-lipat paling berkuasa persis sebuah komputer riba mini yang mesra poket.