BUNYI MENAKJUBKAN DENGAN FON PUTIK HUAWEI FREEBUDS 5I TERBAHARU
Fon Putik Bergaya Dan Ringan
Apa yang menarik mengenai desain bekas pengecasan adalah reka bentuk batu kerikil yang minimalis dengan permukaan bertekstur. Ia menggunakan Teknik salutan dakwat dengan variasi warna seperti Isle Blue dan Nebula Black. Bekas warna Ceramic White pula membiaskan rupa seperti jed sejuk yang lebih elegan.
Dengan berat hanya 4.9 gram, ia menjadikannya lebih selesa dan mudah untuk dipakai. Reka bentuk fon putik pula hanya sepanjang 29 mm, yang telah dipendekkan sebanyak 7 mm jika dibandingkan dengan FreeBuds 4i sebelum ini.
Pembatalan Hingar Yang Luar Biasa
Dalam memastikan pengalaman audio yang bersih dan lancar tanpa ganguan minimum daripada bunyi persekitaran, aksesori ini menggunakan teknologi pembatalan hingar hibrid yang berbeza daripada fon telinga tradisional. Ia juga dilengkapi dengan ANC dwi-mikrofon yang bukan sahaja mengesan bunyi luaran, tetapi akan mengambil bunyi tambahan di dalam saluran telinga. Lantas memberikan kedalaman ANC bunyi maksimum sehingga 42dB.
Mod pembatalan hingar Ultra, Umum dan Cozy dapat menyesuaikan dengan bunyi persekitaran, di mana sahaja anda berada. Penggilan telefon juga kini lebih lancar dengan ciri bantuan Pembatan Hingar AI yang dapat mengawal suara anda menggunakan algoritma AI.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
KENDRICK LAMAR BAKAL MENGEGARKAN PENTAS SUPER BOWL LIX HALFTIME
Kendrick Lamar akan menjanjikan persembahan ikonik dan bakal mencipta sejarah dalam dunia muzik dan budaya.
GOOD VIBES FESTIVAL KEMBALI JULAI INI DENGAN PEGGY GOU, J BALVIN, JOJI, RUSS DAN RAMAI LAGI
Festival muzik dan seni tempatan, Good Vibes Festival bakal kembali pada 20 dan 21 Jalai 2024 di Resorts World Awana, Genting Highlands.
SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK
Ruark menampilkan Siri 100 sistem muzik yang menawarkan lonjakan dalam kualiti audio evolusi dan gabungan kesenian dan inovasi yang lancar.
5 PERKARA PERLU TAHU MENGENAI GOPRO HERO12 BLACK TERBAHARU
GoPro melancarkan kamera flagship terbaharu, HERO12 Black yang terus mencabar sempadan tekologi dengan pelbagai kuasa dan fungsi yang terkini.
APA YANG MENARIK DENGAN HUAWEI MATEPAD AIR TERBAHARU?
GLAM Lelaki berpeluang untuk mencuba menggunakan tablet flagship terbaharu Huawei MatePad Air yang hadir dengan pelbagai fungsi seperti sebuah komputer peribadi.
SAMSUNG GALAXY Z FOLD5, REVOLUSI ‘KOMPUTER RIBA MINI’ YANG BERKUASA DAN MESRA POKET
GLAM Lelaki berpeluang mencuba generasi baharu Samsung Galaxy Z Fold5 yang merupakan telefon pintar boleh-lipat paling berkuasa persis sebuah komputer riba mini yang mesra poket.