Skip to content

CAROUSELL LANCAR INISIATIF TERKINI BUAT PENGGUNA

Kongsikan artikel ini

Carousell, salah satu daripada tapak pasaran jual-beli atas talian terbesar dan paling pantas berkembang di dunia, telah melancarkan Carousell Protection, yang merupakan kaedah pembayaran escrow terbaru yang dipercayai, untuk memberikan jaminan terhadap pembeli dan penjual.

Dengan Carousell Protection, pembeli kini dapat membayar secara langsung menerusi aplikasi untuk membeli barangan. Wang pembayaran hanya akan disalurkan kepada penjual selepas mendapat pengesahan daripada pembeli bahawa barangan berjaya diterima dan sama seperti yang diiklankan; membolehkan pembeli berurusan tanpa risau. Pada masa yang sama, penjual juga boleh berurusniaga dengan lebih yakin di pasaran dengan mengaktifkan Carousell Protection untuk iklan mereka, kerana ia memastikan pembeli memberikan komitmen penuh. Ketelusan kaedah pembayaran yang disediakan oleh Carousell Protection memudahkan pengurusan resolusi pertikaian antara kedua-dua pihak, sekiranya timbul sebarang isu.

“Transaksi atas talian sangat menyenangkan serta dapat membuka lebih banyak peluang bagi semua pihak untuk membeli dan menjual dengan mudah. Walaubagaimanapun, dengan hanya beberapa urusniaga buruk sudah cukup untuk merosakkan pengalaman seseorang pengguna. Carousell memandang berat akan hal-hal sebegini dan telahpun mengambil beberapa langkah proaktif untuk mengurangkan risiko penipuan sebanyak kurang daripada 0.1% pada tahun 2019,” kata Tang Siew Wai, Pengurus Negara, Carousell Malaysia.

“Kepercayaan dan keselamatan merupakan salah satu keutamaan untuk kami terus membina persekitaran yang selamat dan kondusif untuk semua pihak membeli dan menjual atas talian. Dengan pelancaran Carousell Protection, kami menawarkan para pengguna tahap jaminan tambahan bagi memastikan urusniaga mereka sentiasa dilindungi. Kami mahu pengguna-pengguna percaya bahawa mereka akan menerima barangan seperti yang diiklankan atau wang mereka akan dikembalikan, agar seluruh komuniti dapat menikmati  keyakinan penuh dan ketenangan fikiran apabila membeli dan menjual,” sambung Encik Tang.

Sewaktu pelancaran, Carousell Protection telah tersedia untuk kategori Fashion dan Health & Beauty, iaitu antara kategori-kategori di Carousell yang paling popular dan pantas bergerak. Carousell Protection akan dilancarkan untuk kesemua kategori yang lain pada masa ke semasa pada tahun 2020.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

STREET PIZZA MILIK GORDON RAMSAY KINI DIBUKA DI SUNWAY PYRAMID

Bacaan Lanjut
Ruark

SISTEM MUZIK REVOLUSIONER SIRI 100 RUARK MENGHUBUNGKAN ANDA DENGAN MUZIK

Bacaan Lanjut
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA

Bacaan Lanjut

BACHA COFFEE MEMBUKA DESTINASI SUMBANGANNYA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut