‘CINCIN DI JARI LAGU’ CIPTAAN ISTIMEWA JAMIEL SAID BUAT ISTERI TERCINTA
Masihkah anda ingat lagi akan drama Kekasih Paksa Rela yang pernah ditayangkan di slot Akasia TV3? Drama hebat yang dibintangi oleh Remy Ishak, Ain Edruce dan Intan Najuwa itu telah mendapat perhatian ramai kerana jalan cerita dan lakonan mantap oleh pelakon. Tidak kurang hebat lagu soundtrack yang dipilih untuk mengiringi setiap babak dalam drama tersebut. Antara lagu yang mendapat perhatian ramai adalah lagu yang berjudul Cincin Di Jari nyanyian Jamiel Said. Siapakah sebenarnya Jamiel Said dan apakah keistimewaan lagu Cincin Di Jari ini?

Sedikit latar belakang mengenai penyanyi yang memiliki suara yang merdu ini, Jamiel Said atau nama penuhnya, Muhammad Jamiel Bin Mohd Said adalah seorang penyanyi dan juga penggubah lagu yang sebenarny sudah lama berkecimpung di dalam seni muzik. Dia mula menceburi bidang ini sejak usianya 15 tahun. Dia juga pernah tercalon di dalam kategori Vokal Terbaik Artis Baru Lelaki di Anugerah Planet Muzik. Jamiel Said memilih kerjaya muziksebagai kerjaya setelah menamatkan kuliah dari Singapore Management University dalam jurusan Business Management.

Perjalanan seninya bermula dengan single pertama yang berjudul, Nafasku. Lagu ini juga pernah menjadi salah sebuah ‘featured song’ di dalam filem Manisnya Cinta di Cappadocia yang dibintangi oleh Fazura, Lisa Surihani dan Shaheizy Sam. Selain daripada menulis lagu untuk dirinya sendiri, dia juga turut menyumbangkan lagu “Percaya” unutk Nawhki dan Didi Astillah yang pernah berada di tangga nombor satu di Carta Hot FM.

Lagu Cincin Di Jari ini adalah sequel kepada lagu Nafasku. Jika lagu Nafasku adalah mengenai seseorang yang mencari cinta yang sejati, Cincin Di Jari pula adalah tentang penemuan cinta yang sejati itu. Lagu ini telah diberikan nafas balada dan santai buat penerimaan semua lapisan masyarakat yang mendengar. Muzik video Cincin Di Jari ini turut dibintangi Dayana Roza yang telah melakonkan watak utama sebagai Indah dan video ini telah memaparkan keikhlasan cinta yang dilihat melalui mata hati.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 17 April 2018
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 FILEM BIOPIK PENYANYI LELAKI YANG MEMPUNYAI RATING ATAS LAPAN
Ketahui senarai filem biopik berkisar tentang penyanyi lelaki dengan penilaian tinggi melebihi paras rating lapan.
BUKU SEBAGAI AKSESORI: TREND LELAKI BERINTELEKTUAL
Lihat bagaimana selebriti dunia menjadikan naskhah fizikal sebagai pelengkap personaliti yang sangat berkarisma.
THE LEGENDARY ZUL ARIFFIN: 7 FILEM WAJIB TONTON SEPANJANG ZAMAN
Terokai 7 filem terbaik lakonan Zul Ariffin yang wajib tonton. Temui evolusi kerjaya ikon aksi Malaysia ini sekarang.
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
‘BOOK CLUB’ KINI MENJADI OBSESI BAHARU GENERASI MUDA
'Book Club' kini menjadi ruang digital detox buat anak muda. Ketahui mengapa komuniti literasi di Malaysia semakin berkembang pesat.
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER
Raikan 20 tahun Cartier Women’s Initiative 2026 di Bangkok. Terokai inovasi 30 usahawan wanita global menerusi tema "Lighting the Path".










