CNCRD, PLATFORM DIGITAL TEMPATAN PERTAMA BUAT PENCINTA SNIKER
CNCRD melancarkan platform digital tempatan pertama untuk pencinta kasut sniker, selain ruang pameran yang terletak di The Five, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
Berita baik buat peminat kasut sniker! Syarikat teknologi e-dagang Malaysia, CNCRD telah melancarkan sebuah platform digital disruptif tempatan pertama yang eksklusif buat pencinta kasut sniker. Selain platform atas talian, CNCRD turut melancarkan ruang pameran yang terletak di The Five, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
CNCRD bukan sahaja dapat memudahkan serta memberikan pelbagai faedah kepada budaya jualan semula yang semakin mendapat tempat dalam kalangan pengguna, terutamanya peminat kasut sniker. Platform ini juga direka khusus sebagai pusat sehenti untuk penjual dan pembeli kasut sniker dalam pasaran terpakai, yang dapat mengurangkan risiko penipuan produk replika atau pembelian yang salah.
“Kami mengambil kira pelbagai perubahan terkini yang mengambil tempat dalam budaya jualan semula – baik dalam arena tempatan mahupun antarabangsa. Tawaran yang baik untuk sepasang kasut hari ini boleh jadi sesuatu yang kurang memuaskan pada esok hari. Di sinilah terletaknya peranan CNCRD dalam menawarkan pengalaman jual beli e-dagang terbaik buat para pengguna kami. Untuk melonjakkan perniagaan kami ke tahap yang seterusnya, kami juga menawarkan pengalaman luar talian buat para pengguna kami dan telah melancarkan ruang pameran di The Five, Damansara Heights,” kata pengasas CNCRD, Ryan Ng yang baharu berusia 22 tahun.
Menyedari hakikat bahawa dia mampu mengembangkan aktiviti ini untuk menjadi sebuah perniagaan, Ryan telah menjalinkan usahasama dengan sahabat baiknya, Bryan Ong. Dengan tujuan untuk mencipta sebuah ekosistem yang telus dan menawarkan pengalaman serba baharu buat para pengguna, CNCRD akhirnya ditubuhkan pada akhir 2021 untuk merapatkan jurang antara para penjual dan pembeli sniker.
Peminat sniker boleh layari laman web mereka, atau kunjungi ruang pameran di lokasi A-2-03, The Five@KPD, Damansara Heights, Kuala Lumpur.
Foto: CNCRD
Baca lebih lanjut: TAN SRI MICHELLE YEOH DAN PETE DAVIDSON BAKAL BERSATU?
Tags
Artikel Yang Berkaitan
ECCO PERKENAL KOLEKSI BIOM IMFINITE BAHARU: GABUNGAN GAYA & PRESTASI
ECCO memperkenalkan koleksi kasut inovatif, mengutamakan keselesaan dan kelenturan dengan pilihan tekstil atau kulit.
PUMA SPEEDCAT KEMBALI DENGAN 2 WARNA BARU
PUMA Speedcat kembali dengan SPEEDCAT ARCHIVE, ke permukaan jalan dengan dua warna baharu yang diinspirasikan dari arkib. SPEEDCAT ARCHIVE mewakili pendekatan segar pada kasut SPEEDCAT yang ikonik. Kasut ini menjadi teras trend kasut berprofil rendah untuk tahun 2024. Koleksi ini membawa vibe vintaj dengan menggunakan bahan ultra-suede pada bahagian atas, logo sulaman di sisi, dan…
10 SANDAL LELAKI YANG MENGGABUNGKAN KESELESAAN, GAYA DAN FUNGSI UNTUK 2024
GLAM Lelaki memperkenalkan sandal lelaki terbaik untuk penampilan yang santai dan gaya dalam setiap langkah.
TRENDY, FUNKY DAN SELESA, SKECHERS PERKENAL KOLEKSI TERBARU
Skechers memukau di KLFW 2024 dengan koleksi The UNO Fall/Winter 2024 menandakan pencapaian penting dengan paparan fesyen mengagumkan.
5 SNEAKER TRENDY PILIHAN GLAM LELAKI
New year, new sneaker! Buat sneakerhead di luar sana, pasti anda tidak akan terlepas dari mengikut peredaran masa untuk trend sneaker baharu.
ONITSUKA TIGER RAI ULANG TAHUN KE-75 BERSAMA ASTRO BOY
Onitsuka Tiger yang bakal meraikan ulang tahun yang ke-75 pada 2024 mengumumkan kerjasama global bersama ASTRO BOY selaku projek untuk menandakan permulaan tahun ini.