CNY 2026: 5 FENG SHUI ‘WARDROBE HACKS’ UNTUK LELAKI
Tahun Baru Cina 2026 adalah peluang sempurna untuk memperbaharui tenaga, nasib, dan gaya peribadi seseorang. Ikuti lima tips wardrobe feng shui ini untuk tarik rezeki, nasib baik, dan keyakinan sepanjang tahun.
1. Pilihan Warna
Dalam Feng Shui, warna memainkan peranan sangat penting. Untuk Tahun Kuda 2026, merah bata (brick red), emas, biru dan hijau emerald dikatakan membawa keberuntungan. Padankan baju, aksesori, atau tali pinggang anda dengan warna ini untuk menambah aura positif sepanjang sambutan Tahun Baru Cina kali ini. Bagi Tahun Baru Cina 2026, fesyen Malaysia menekankan gabungan elemen tradisional dengan rekaan moden yang serbaguna, menampilkan koleksi menarik daripada Khoon Hooi, Behati, AgainstLab dan ramai lagi. Tren utama termasuk warna-warna meriah, fabrik premium seperti brokad dan velvet, serta pakaian serbaguna yang sesuai untuk kunjungan perayaan mahupun dipakai harian.

WESTERN ORIENTAL CHAPO SHIRT DARK BLUE dari AGAINSTLAB
2. Jade yang Memberi Tenaga Positif
Tambahkan gelang, cincin, rantai, atau jade ke dalam gaya anda. Aksesori ini bukan sahaja melengkapkan penampilan, tetapi juga dipercayai mampu menarik tenaga baik, meningkatkan keberuntungan, dan melindungi daripada aura negatif sepanjang Tahun Baru Cina. Padankan aksesori ini dengan warna pakaian yang ‘auspicious’ seperti merah atau emas.
Tip tambahan: untuk lelaki yang gemar gaya kasual, jam tangan dengan elemen emas atau merah juga boleh berfungsi sebagai “feng shui wearable” yang menambah sentuhan nasib baik dalam setiap langkah harian.
3. Kekalkan Penampilan Rapi
Feng Shui menekankan bahawa tenaga diri (personal chi) memainkan peranan penting dalam menarik rezeki, peluang, dan aura positif. Potongan rambut segar, janggut atau misai yang terurus, pakaian yang kemas, bukan sahaja menambah keyakinan diri, tetapi turut memancarkan aura profesional, berwibawa, dan berkarisma.
4. Elak Pakaian Lusuh atau Tidak Digunakan
Tahun Baru Cina adalah masa yang tepat untuk ‘detox’ almari dan menyingkirkan pakaian lama yang sudah lusuh, usang, atau jarang digunakan. Menurut prinsip Feng Shui, tenaga lama yang tersimpan dalam pakaian boleh menghalang aliran rezeki dan peluang baru dalam hidup. Dengan menyingkirkan atau menyusun semula pakaian, anda bukan sahaja mencipta ruang fizikal yang lebih kemas, tetapi juga mengembalikan keseimbangan tenaga positif dalam rumah dan diri.
Tip tambahan: pakaian yang masih elok tetapi tidak lagi dipakai boleh disumbangkan kepada mereka yang memerlukan. Sekali gus membawa aura kebaikan dan ganjaran dalam Feng Shui. Bagi lelaki moden, ini juga peluang untuk “revamp” gaya peribadi.

5. Padankan Tekstur dan Fabrik
Fabrik semula jadi seperti sutera atau kapas sangat digalakkan kerana ia memudahkan pergerakan chi (tenaga). Padanan tekstur yang betul bukan sahaja selesa dipakai, tetapi turut meningkatkan aura segar si pemakai sepanjang perayaan. Peminat fesyen yang gemar corak whimsical pasti menantikan koleksi perayaan tahunan daripada Modparade. Jenama ini tampil dengan koleksi yang menonjolkan bunga-bungaan, jacquard, dan cetakan yang mengimbau suasana lukisan lanskap Cina ala watercolor. Koleksi ini merangkumi cheongsam, gaun, kemeja lelaki dan pelbagai rekaan lain yang berasaskan material seperti kapas dan sutera. Koleksi Modparade membawakan sentuhan tradisional yang dipadankan dengan gaya kontemporari, sesuai untuk sambutan Tahun Baru Cina yang bergaya dan berkarakter.

Gambar dari ModParade
Artikel Berkaitan: LUNAR NEW YEAR 2026: KOLEKSI PERAYAAN DARIPADA PEREKA TEMPATAN
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GENERASI GL: “HIDUP TERASA SIBUK DAN SUKAR DIJANGKA, TAPI TEKNOLOGI DAN GAYA HIDUP LEBIH FLEKSIBEL.” – ARISA SORAYA
GLAM Lelaki bawakan Generasi GL, untuk lembaran personaliti isu April 2026 dan kali ini, temubual bersama pempengaruh, Arisa Soraya.
GENERASI GL: “GEN Z DAN MILENIAL BUKAN PERSAINGAN, LEBIH KEPADA KETEGANGAN BUDAYA.” – JANSEN
GLAM Lelaki bawakan Generasi GL, untuk lembaran personaliti isu April 2026 dan kali ini, temubual bersama model dan pempengaruh Jansen.
NAIM DANIEL : 5 LAGU TERBAIK PILIHAN GLAM LELAKI
Terokai 5 lagu terbaik Naim Daniel pilihan GLAM Lelaki. Dari "Sumpah" hingga "Seni Berdamai Dengan Takdir", lihat evolusi seni beliau di sini.
MAKSIMALISME 2026 : MENGAPA SUDAH TIBA MASANYA LELAKI BERHENTI ‘PLAY SAFE’
Tinggalkan minimalisme. Terokai trend Maksimalisme 2026 bersama Hael Husaini, Hun Haqeem, dan Syed Syafiq. Berhenti bermain selamat sekarang!
GENERASI GL: “BAGI SAYA, FESYEN MERENTASI MASA, USIA DAN BUDAYA.” – RAFAEL
GLAM Lelaki bawakan Generasi GL, untuk lembaran personaliti isu April 2026 dan kali ini, temubual bersama model, Rafael
GENERASI GL: “UNTUK SAYA, FESYEN TIDAK MENGENALI USIA.” – ICYY
GLAM Lelaki bawakan Generasi GL, untuk lembaran personaliti isu April 2026 dan kali ini, temubual bersama pempengaruh fesyen, Icy.











