Skip to content

GMWA 2025: ALPHA CIPTA SEJARAH DI GEMPAK MOST WANTED AWARD 2025

Kongsikan artikel ini

Kumpulan lelaki Malaysia, ALPHA, terus mencuri perhatian industri muzik tempatan apabila berjaya merangkul dua anugerah berprestij sekaligus di Gempak Most Wanted Award 2025 dan Video Muzik Tergempak 2025.

Kejayaan gemilang ini membuktikan kebolehan ALPHA menembusi hati peminat muzik Malaysia dengan karya mereka yang segar dan berkarisma. Lagu “P Ramlee Saloma” membawa ALPHA meraih Anugerah Video Muzik Tergempak 2025. Manakala lagu “Mona Lisa (Bang Bang)” pula menobatkan mereka sebagai pemenang Lagu Era Tergempak 2025.

Di pentas Gempak Most Wanted Award 2025 yang diadakan di Shah Alam, “Mona Lisa” berjaya menewaskan sembilan lagu popular lain. Termasuk daripada nama besar seperti Siti Nurhaliza, Misha Omar, dan Hael Husaini. Kategori ini mengiktiraf lagu-lagu trending di Carta Era 40 yang mencapai sekurang-kurangnya 500,000 tontonan atau 1,000 penggunaan di TikTok. Sekali gus menjadikan kemenangan ALPHA bukan sekadar populariti semata-mata, tetapi bukti pengaruh digital mereka yang kukuh.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @alphaofficialmy

Pencapaian ini bukan sahaja menegaskan kedudukan ALPHA sebagai antara kumpulan lelaki paling berpengaruh di Malaysia, tetapi juga menandakan era baru dalam industri muzik tempatan, di mana generasi muda mampu mencipta impak global melalui kreativiti dan kepintaran digital. Dengan rentak yang catchy, persembahan bertenaga, dan strategi media sosial yang mantap.

Artikel Berkaitan: PENUH GAYA DAN KARISMA : ALPHA DINOBATKAN PENERIMA STYLE’S CHOICE AWARD DI GL THE MAN AWARDS 2025

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

F1 BAHRAIN DI SEPANG JADI MILIK MAX VERSTAPPEN, HAMILTON KEMBALI DI PODIUM

F1 BAHRAIN DI SEPANG JADI MILIK MAX VERSTAPPEN, HAMILTON KEMBALI DI PODIUM

Bacaan Lanjut
MAX VERSTAPPEN BERGELAR JUARA BAHRAIN GRAND PRIX DI MALAYSIA!

LOUIS VUITTON TROPHY TRUNK HIASI KEMENANGAN MAX VERSTAPPEN, BAHRAIN GRAND PRIX DI MALAYSIA!

Bacaan Lanjut

BUFORI, LUXURY ON WHEELS DARI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
DIORIGINALS: MENGHIDUPKAN SEMULA 5 WANGIAN IKONIK DIOR DI MALAYSIA

DIORIGINALS: MENGHIDUPKAN SEMULA 5 WANGIAN IKONIK DIOR DI MALAYSIA

Bacaan Lanjut
EMPTY PAGE. KEMBALI DENGAN 'BERDOSA', BANGKITKAN TRAUMA LAMA

EMPTY PAGE. KEMBALI DENGAN ‘BERDOSA’, BANGKITKAN TRAUMA LAMA

Bacaan Lanjut

DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN

Bacaan Lanjut