Masa untuk update playlist dengan lagu-lagu baharu telah tiba dan GLAM Lelaki bakal kongsikan lagu baharu pilihan kami bulan ini.
Setiap bulan hadir dengan irama baharu, membawa kisah dan emosi segar yang menanti untuk ditemui. Muzik bukan sekadar hiburan — ia menjadi cermin kepada budaya semasa, suara generasi, dan ruang eskapisme buat pendengar yang mahu lari sebentar dari rutin harian. Dari lantunan beat yang membuatkan kaki mahu menari hingga lirik yang meninggalkan kesan mendalam di hati, dunia muzik terus berkembang dengan kreativiti tanpa batas.
Bulan ini menyaksikan kehadiran barisan lagu baharu yang pelbagai daripada pelbagai genre dan negara — dari nama-nama besar yang sentiasa mendominasi carta, sehinggalah bakat baharu yang wajar diberikan perhatian. Setiap lagu dalam senarai ini bukan sahaja menawarkan sound baharu, tetapi juga mempersembahkan personaliti artistik yang unik serta perjalanan emosional yang berbeza. Ada yang penuh energi dan bold, ada juga yang melankolik dan introspektif.
Jika anda sedang mencari lagu baharu untuk menyegarkan playlist, inilah masa yang tepat untuk meneroka. GLAM Lelaki memilih 10 lagu terkini yang kami yakin akan menjadi peneman momen anda sepanjang minggu — sama ada ketika memandu, bersantai di rumah, mahupun menikmati malam bersama rakan. Putar dengan volume tinggi dan biarkan muzik ini mewarnai hari anda, lebih-lebih di hujung tahun ini.
#1 KUALA LUMFLOW – Dannqrack & Eemrun
#2 DUET – Zico, Lilas
#3 Sepi – Mal Hamka, YokaMusic
#4 Push (feat. REI) – JOOHONEY
#5 Such A Funny Way – Sabrina Carpenter
#6 EYES ON ME – XONE
#7 QUESTION – DOLLA
#8 Dansa – Ernie Zakri
#9 LOOK AT ME – All Day Project
#10 NOT CUTE ANYMORE – ILLIT
Pautan berkaitan: GL PLAYLIST: 10 LAGU STRAY KIDS WAJIB DIDENGARI SEMPENA COMEBACK ‘DO IT’