Skip to content

GL PLAYLIST: 8 LAGU NYANYIAN NOH SALLEH PILIHAN GLAM LELAKIGL PLAYLIST: 8 LAGU NYANYIAN NOH SALLEH PILIHAN GLAM LELAKI

GL PLAYLIST: 8 LAGU NYANYIAN NOH SALLEH PILIHAN GLAM LELAKI

Kongsikan artikel ini

Lagu Noh Salleh sebagai penyanyi utama kumpulan Hujan hingga ke keluaran solonya menjadi satu impak besar dalam dunia muzik di Malaysia.

Memulakan karier sebagai penyanyi hip hop, Noh Salleh kemudian mencipta kugiran dengan nama Hujan bersama AG Coco pada tahun 2005. Daripada melancarkan demo di MySpace, nama Noh Salleh dan Hujan kini cukup besar di Malaysia dan luar negara. Daripada suara serak lembut penuh emosi hingga ke lirik puitis yang membingkai cinta, kehilangan dan jiwa muda. Noh Salleh sentiasa punya cara tersendiri dalam menyentuh hati pendengar. Sempena Noh Salleh menerima anugerah The Style Hero dari GL The Man Awards, GLAM Lelaki menyenaraikan lapan lagu ikonik nyanyiannya, dari era Hujan hingga ke projek solo yang lebih introspektif.

#1 Rahsia Tuhan

Lagu yang menjadi jiwa Noh Salleh serta peminatnya, Rahsia Tuhan semestinya cukup istimewa. Noh Salleh mencurahkan pengalaman kehilangan (keluarga/anak yang belum lahir) dan perasaan rela menerima bahawa sesetengah perkara adalah “Rahsia Tuhan” yang tertulis dalam takdir manusia. Dilancarkan pada September 2024, lagu ini merupakan solo pertama Noh Salleh pada tahun 2024 dan menjadi lagu utama buat filem Babah.

Kurela kau dipanggil kembaliWalaupun sakitnya hampir matiMenyentuh bara api hampir jadi benciKurela kau dipanggil kembali

#2 Bunga Di Telinga

Bunga Di Telinga dilancarkan buat pertama kali pada tahun 2014 dari album Angin Kencang. Menggambarkan kerinduan seorang lelaki terhadap wanita yang diibaratkan sebagai “bunga di telinganya”, wanita yang memikat dan menyembuh hati yang luka, dengan imej “bunga di telinga” sebagai simbol keindahan, kelembutan dan ingatan. Gaya vokal Noh yang lembut melengkapkan suasana nostalgia dan rindu dalam lagu ini turut menjadikan lagu ini salah satu lagu paling indah dari album ini.

Dan mengapa bunga di telinga jadi rajutan mimpiSegenap cahaya yang mengalahkanGelap yang ada di penjuru batin yang risau
Ke manakah kau ‘kan berpulangSematkan dirimu risalah iniDalam sentuhan yang menyatukan derita ini

#3 Sang Penikam

Secara lirik, mungkin Sang Penikam menyentuh konflik dalaman, rasa terkhianat, perpecahan emosi ataupun pengkhianatan. tajuk Sang Penikam memberi gambaran seseorang yang menusuk dan proses penyembuhan atau penerimaan. Dari album Angin Kencang EP yang dilancarkan pada tahun 2014, lagu ini mempamerkan sisi gelap dan introspektif Noh.

Tak bisakahKu gantikan semua yang tercelaAkan ku renggutKebahagianmu

#4 Lonely Soldier Boy

Lonely Soldier Boy merupakan album studio ketiga oleh Noh Salleh bersama Hujan. Lagu ini dilancarkan pada 25 November 2010. Album ini menjadi projek pertama Hujan yang diterbitkan di bawah Morning Rocket Sdn. Bhd. dengan edaran oleh Warner Music Malaysia. Daripada keseluruhan lagu yang dimuatkan, lima daripadanya telah dipilih sebagai single rasmi.

Telah ku tinggalkanAkan ku tuliskan memori buatmu
Semua lelakiLonely soldier boyKatakan pada duniaLonely soldier boy

#5 Jiwa Kelajuan

Lagu yang cukup ikonik dari kumpuan Hujan, Jiwa Kelajuan memberi imej tentang jiwa yang pantas bergerak. Mungkin turut menggambarkan tekanan zaman moden, kehidupan yang bergegas, atau kerinduan untuk merenung kembali makna sebenar dalam hidup yang laju. Bait “Definisiku tetap sama dengan kelajuan” menonjolkan kebingungan antara identiti dan laju perjalanan hidup. Jiwa Kelajuan turut menjadi lambang semangat dan idealisme zaman awal Hujan.

Definisiku tetap sama dengan kelajuanTidak ku gentar kerna bagiku ini masa depanTiada penghalang bagikuDan matlamatku hanya satuSentiasa bersediaKemenangan pasti milik kita

#6 Aku Skandal

Satu lagi lagu ikonik dari Hujan yang menjadi simbolik kumpulan ini, Aku Skandal. Istilah “skandal” menjadi metafora tentang hubungan yang terlarang, konflik moral, dan perasaan yang terbeban akibat rahsia atau kesalahan. Oleh kerana ia dicalonkan oleh AJL 2009 sebagai lagu popular, ia mendapat resonansi luas dalam kalangan pendengar. Hingga hari ini, Aku Skandal masih menjadi salah satu lagu kesukaan Raingers, peminat Hujan.

Jangan disimpan tiada rahsia
Katakan saja ku terima
Engkau tetap pergi
Pergi meninggalkan ku sendiri

#7 Kotak Hati

Sebuah lagu yang lebih reflektif daripada Hujan dan Noh Salleh, Kotak Hati menyelami sisi emosi yang tersembunyi. “Kotak” menjadi simbol tempat menyimpan kenangan, cinta, dan luka yang tidak terucap. Ia menggambarkan usaha untuk melindungi hati daripada patah, atau membuka kembali ruang untuk sembuh. Kotak Hati dilancarkan pada tahun 2010 bersama album ikonik Hujan, Lonely Soldier Boy.

Berbaring renung kita ke bulanLagu yang kutulis, kunyanyikanLagu cinta tentang kita berduaYang kan kita kenangi hingga tiba masa

#8 Angin Kencang

Judul album solo sulung Noh Saleh, Angin Kencang ialah metafora bagi kehidupan tentang perubahan, kekuatan dan arah yang tidak menentu. Lirik dan melodi yang berlapis menjadikan lagu ini seperti renungan panjang tentang perasaan manusia yang terperangkap antara cinta, kehilangan dan harapan. Masih relevan hingga hari ini seperti lagu-lagu Noh Salleh yang lain, ia menjadi bukti bahawa muzik Noh Salleh tidak dimakan zaman.

Dalam silauan cahayaMembatas pandangan mataNamun jelas ku lihat kamuBiarpun ku sedar kau kian jauhTinggalkan aku yang rapuh

Pautan berkaitan: GL PLAYLIST: 10 LAGU IQIE BERSAMA INSOMNIACKS & DISTORTED PILIHAN GLAM LELAKI 

Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

style hero

SELAIN NOH SALLEH, SIAPAKAH LELAKI DI MALAYSIA YANG LAYAK DINOBATKAN “THE STYLE HERO”?

Bacaan Lanjut
SNEAKERLAH BAWAKAN LAHLAHLAND 2025 BUAT HUJUNG MINGGU ANDA

SNEAKERLAH BAWAKAN LAHLAHLAND 2025 BUAT HUJUNG MINGGU ANDA

Bacaan Lanjut

GL THE MAN AWARDS 2025, “THE STYLE HERO”-NOH SALLEH

Bacaan Lanjut
THE LINE-UP IS OUT! KENALI 9 PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2025

THE LINE-UP IS OUT! KENALI 9 PENERIMA GL THE MAN AWARDS 2025

Bacaan Lanjut
KENALI BAND POP ROCK HANGAT, EMPTY PAGE

KENALI BAND POP ROCK HANGAT, EMPTY PAGE

Bacaan Lanjut
ARTIS POPULAR MERIAHKAN KONSERT JIWA MALAYSIA 2024 SEMPENA MERDEKA

ARTIS POPULAR MERIAHKAN KONSERT JIWA MALAYSIA 2024

Bacaan Lanjut