Skip to content

‘HANYA HIBURAN SEMATA, USAH TAHU SELAR SAJA’ – RESPON ANDI BERNADEE, POPULAR DEK VIDEO ‘TAK TUN TUANG’

Kongsikan artikel ini

Entah bagaimana, runut lagu Tak Tun Tuang bikin fenomena lantas menjadi siulan popular di kalangan para remaja khususnya. Nyanyian asal Upiak Isil, ritma dan liriknya yang ringkas dan bersahaja, menjadi punca lagu ini kian menjajah halwa telinga anak-anak muda. Dan tidak semena, nama Andi Bernadee turut melonjak sama. Sekadar merakam suka-suka, videonya itu menjadi tular dah hebat diperkata sehingga ada yang melabel dan menyelar tanpa usul periksa. Peliknya, artis wanita antara yang turut merakam juga, namun tiada pula yang berkata apa-apa. Adakah ini yang dipanggil diskriminasi jantina? GLAM Lelaki menghubungi Andi bagi mendapatkan respon eksklusif di samping mengenali siapakah dirinya yang sebenar?

GLAM Lelaki: Siapa anda sebelum dikenali?

ANDI BERNADEE: Terima kasih kepada penulis GLAM Lelaki kerana sudi menemubual saya. Baiklah, nama penuh saya Andi Azrul bin Andi Mapangile, berumur 26 tahun dan berasal dari Kota Kinabalu. Hobi saya menyanyi dan melancong, dan saya merupakan seorang artis rakaman. Antara yang menarik tentang diri saya adalah pernah dipilih sebagai rakyat Malaysia pertama ditampilkan di iklan Smule secara global.

GLAM Lelaki: Baiklah, kongsikan dengan kami perjalanan seni anda sebagai seorang artis rakaman dan juga single anda.

ANDI BERNADEE: Perjalanan seni saya, ada jatuh bangunnya. Saya pernah dikecam tidak mempunyai bakat dan ilmu dalam nyanyian. Alhamdulillah, berkat kesabaran dan ketekunan saya terus belajar dan kejayaan pertama saya sewaktu sesi “Meet & Greet” di Singapura, single pertama saya iaitu “Tiada Lagi Maaf” berjaya terjual dan berjalan dengan lancar. Selepas disunting pihak Warner Music Malaysia dibantu pengurus, saudara Nasir Deraman, perjalanan seni saya semakin berkembang malah peluang kian terbuka luas. Syukur ke hadrat Ilahi.

GLAM Lelaki: Anda mulai tular selepas memuat turun video nyanyian Tak Tun Tuang itu. Pernah tidak anda menyangka anda mulai dikenali dengan lagu tersebut, dan bukan kerana single anda? Pandangan peribadi anda?

ANDI BERNADEE: Secara peribadi, ini adalah video kedua saya yang tular selepas lagu Ziana Zain. Pada saya, penularan video-video ini sedikit sebanyak membantu menaikan single saya dan orang ramai mula mengenali siapa Andi Bernadee.

GLAM Lelaki: Ceritakan sedikit apa yang berlaku di sebalik video itu?

ANDI BERNADEE: Di sebalik rakaman ini, saya memang betul-betul baru bangun tidur dan belum mandi lagi. Hari itu hari Jumaat, 3 November. Rakaman video itu tidak dirancang pun sebenarnya. Sekadar suka suka untuk hiburan sendiri dan rakan rakan lain di Instagram. Tidak sangka pula video tersebut mendapat respon mendadak dalam masa dua jam. Setelah itu, saya kongsikan di akaun Facebook fanpage saya tanpa ada sebarang motif untuk diviralkan. Dan dalam tempoh 12 jam, video itu sudah mendapat raturan ribu tontonan di YouTube. Betul-betul tak sangka!

GLAM Lelaki: Ada beranggapan anda terdesak untuk dikenali lalu membuat keputusan merakam video itu?

ANDI BERNADEE: Dalam tempoh setahun ini, macam macam yang sudah saya lalui . Orang tak pandang pun saya. Biasalah, saya pun masih baru dalam dunia seni ini. So, kalaulah dengan video ini, nama saya baru akan dikenali, saya tidak ada masalah dengan “exposure“ ini.

GLAM Lelaki: Ramai yang ‘cair’ kononnya selepas melihat video anda itu? Komen anda?

ANDI BERNADEE: Saya melihat semua ini dari persepektif positif. Biasalah, ada yang suka ada yang tak suka. Terima kasih buat semua yang terhibur. Buat yang lain-lain pula sehinggakan ada yang nak pijak muka kalau nampak saya tepi jalan dan sebagainya, saya tak ambil hati dengan komen-komen yang menyelar. Cuma kelakarnya, ada pula individu yang buat-buat kenal, seolah-olah sudah lama kenal malah mengaku rakan baik saya.

GLAM Lelaki: Apa pula pandangan anda tentang kesaksamaan jantina (gender equality) dalam isu ini. Misalnya, apabila anda merakam video itu, ramai menyelar dan mengkritik sehingga melabelkan anda ‘gay’, ‘kunyit’, ‘adik-adik’, dan sebagainya. Namun apabila ada artis wanita membuat rakaman sama, tiada pula netizen yang mengutuk. 

ANDI BERNADEE: Menganai semua label-label tersebut, kebanyakan komen tersebut datang dari kaum lelaki saja yang sebenarnya. So far, kaum wanita tiada pun berkata buruk. Banyak yang memberi komen positif, tetapi malangnya, mereka suka ‘tag’ suami dan teman lelaki mereka. Lagi kencanglah kritikan yang saya terima. Saya seorang yang spontan, dan orangnya “let loose”. Kalau rasa nak buat, buat saja. Saya tidak rancang pun supaya tampak comel, macho atau apa saja. Apa yang anda lihat dalam video, itulah diri saya yang sebenarnya. Cuma, bila ada yang mendiskrimasi, its not cool! Kenapa saya rakam, saya pula yang teruk dikutuk?

GLAM Lelaki: Anda sendiri dilihat sentiasa menjaga penampilan diri. Kongsikan dengan kami kenapa pentingnya untuk seorang lelaki menjaga penampilan? Tip yang boleh anda kongsikan untuk tampil segak sentiasa?

GLAM Lelaki: Ya, bagi saya amat penting untuk seorang lelaki menjaga penampilan bukan semata perlu tampil segak di mata orang. Bagi saya, kebersihan diri dan rehat yang mencukupi adalah kunci utama. Untuk tip pula, seminggu sekali saya akan sapu jus lemon di kulit muka saya dan biarkan dalam 15 minit. Setelah itu saya akan basuh muka dengan air suam dan air sejuk. Ini bertujuan menyingkirkan lebihan minyak-minyak di bahagian muka, mencerahkan dan mengetatkan liang liang pori muka.

GLAM Lelaki: Kata-kata terakhir dari anda buat semua?

ANDI BERNADEE: Sebagai pendatang baru dalam industri hiburan ini, saya berharap agar dapat diterima dan diberi kesempatan untuk mencuba peluang lain. Jangan lah sikit sikit nak hentam saja. Akhir kata dari saya, ini hanya lah permulaan dan insha allah akan cuba untuk kekalkan momentum di masa hadapan. Sebagai orang baru dalam dunia hiburan, sokongan dari semua terutama media, pengamal hiburan dan peminat seiringan,  amatlah saya harapkan.

GLAM Lelaki: Dan akhir sekali, hmmm apa maksud ‘tak tun tuang’ itu yang sebenarnya?

ANDI BERNADEE: (Sambil tergelak kecil) Saya kurang pasti, tetapi saya rasa ia sekadar beat lagu macam la la la la, tiada maksud yang khusus.

https://www.youtube.com/watch?v=2NC6J06oxhk

Oleh Wan Mohd Firdaus 10 November 2017

(Foto: Gambar peribadi dan Instagram @andibernadee)

 

 

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

7 SEBAB LELAKI RENDAH LEBIH BAGUS UNTUK WANITA

Bacaan Lanjut
ONITSUKA TIGER MUSIM LURUH 2023 DI MILAN, ALVIN CHONG, GLENN YONG & GULF KANAWUT ANTARA TETAMU UTAMA

ONITSUKA TIGER MUSIM LURUH 2023 DI MILAN, ALVIN CHONG, GLENN YONG & GULF KANAWUT ANTARA TETAMU UTAMA

Bacaan Lanjut
KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

KOLEKSI DISNEY X TOMMY, APA YANG MENARIK?

Bacaan Lanjut
GLAM LELAKI Mierul Aiman

HOT BOY SUMMER! MIERUL AIMAN IS GLAM LELAKI MAY/JUNE’S COVER BOY

Bacaan Lanjut
MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

MESTI TAHU! TIGA KOLEKSI BARU MUSIM PANAS 2023 PILIHAN GLAM LELAKI

Bacaan Lanjut
ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”

ADRIEN KENT, CITA RASA FESYEN YANG TERSENDIRI. “SAYA PERCAYA PADA FESYEN ‘DEGENDERING’.”

Bacaan Lanjut