Skip to content

HUAWEI P50 & WATCH GT 3 PRO: MENDEFINISI ESTETIKA TEKNOLOGI MASA HADAPAN

Kongsikan artikel ini
2 of 2

Eksplorasi Jam Tangan Pintar Baharu

Huawei WATCH GT 3 Pro Series, jam tangan pintar flagship terbaharu yang menampilkan desain bergaya, fungsi kesihatan berkuasa dan juga mod kecergasan profesional. Diinspirasikan daripada industri automobil, GT atau Gran Turismo dalam Bahasa Itali bermaksud pengembaraan jarak jauh, manakala Grand Touere dalam Bahasa Inggeris pula bermaksud gerabak kereta api mewah berkuasa tinggi.

Siri ini memberikan sentuhan utama Grand Tourer ke dalam DNA jam tangan, dan komited untuk mengungguli aspirasi pengembaraan dengan kuasa bateri revolusi dan fungsi kesihatan dan kecergasan. Dari segi estatika, jam tangan ini memberikan desain yang bergaya bersama rekaan antara mukat erbaharu, menggunakan material yang berkualiti tinggi, skrin luas yang cukup jelas dan pilihan warna serta stail muka jam.

Huawei WATCH GT 3 Pro mempunyai mod senaman profesional tambahan dan mod menyelam percuma yang memberikan pengalaman kecergasan yang luar biasa. Tambahan, ia menyokong lebih daripada 100 mod senaman dan juga pelan larian pintar.

Lebih pintar dan mesra pengguna, jam tangan ini meluaskan lagi aplikasi yang diperkaya untuk melangkaui sempadan teknologi. Dengan menekan dan memutarkan makhkota jam bersama senuthan kawalan, pengguna dapat zum gambar, slaid paparan berbeza, atau mengubah nilai dengan tepat.

Dari segi kesihatan, Huawei WATCH GT 3 Pro menyokong koleksi data ECG yang dapat memberikan kiraan ECG single-lead dengan tepat, analisa semasa, ritma sinus dan mengesan atrial fibrillation, dan premature atrial serta peringatan degupan ventrikel, dan menyokong pengesanan kekejangan arteri. Ini membolehkan pengguna untuk mengelakkan penyakit vaskular secara aktif.

Secara keseluruhan, jam tangan pintar ini merupakan pusat pengurusan kesihatan seperti mengawasi kadar degupan jantung, oksigen darah, tidur, kesihatan pernafasan, dan tekanan yang akan membantu pengguna untuk sentiasa mengetahui perubahan kesihatan diri.

Layari laman rasmi Huawei Malaysia untuk mendapatkan kedua-kedua peranti terbaharu ini.

 

Foto: Huawei Malaysia

Baca lebih lanjut: NEO-FOODISM DI FLOCK, W KUALA LUMPUR

2 of 2

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

KEMPEN TERBAHARU OMEGA SPEEDMASTER 38MM

Bacaan Lanjut
Luminox Malaysia

KEMBARA KECERGASAN LUMINOX BERSAMA GL GANG, IYZDHAM ANGKIMHWA

Bacaan Lanjut
Franck Muller Malaysia

TIGA EKSPRESI MASA JAM TANGAN FRANCK MULLER LONG ISLAND EVOLUTION TERBAHARU

Bacaan Lanjut
omega apollo 8

MISI HOROLOGI ANGKASA JAM TANGAN OMEGA SPEEDMASTER

Bacaan Lanjut

FAKTA MENARIK MENGENAI PEMANGKU SULTAN JOHOR TUNKU MAHKOTA ISMAIL

Bacaan Lanjut
blancpain x swatch

BLANCPAIN X SWATCH: JAM TANGAN BIOCERAMIC SCUBA FIFTY FATHOMS MENEMUI LAUT KEENAM, OCEAN OF STORMS

Bacaan Lanjut