THE NEW BRITISH COOL KIDS
Teks: Johan Kassim Gambar: Corbis
WHAT’S HOT AND COOL IN LONDON NOW? GLAM LELAKI PAPARKAN SENARAI PERLU TAHU INDIVIDU, TREND DAN GAYA HIDUP YANG MEMBENTUK THE NEW BRITS. PLEASE KEEP IT UP!
MALAIKA FIRTH

Malaika Firth, satu nama baru dunia modeling yang mula mencipta nama. Memiliki wajah segar dan punya karakter tersendiri, wajah Malaika disunting pelbagai jenama tersohor, seperti Topshop.
DAISY RIDLEY

Bintang baru Star Wars, Daisy Ridley diangkat sebagai pelakon pelapis yang punya harapan cerah dalam bidang seni. Selain berbakat besar, keterampilan Daisy turut dipuji. Gaya karpet merahnya setakat ini sangat memberangsangkan.
DOUGLAS BOOTH

Aura fesyen dimilikinya tak tertanding! Berkerjaya sebagai pelakon, Douglas Booth sering dipilih untuk menghiasi muka hadapan majalah fesyen. Stailnya menjadi rujukan pengikut fesyen masa kini.
DYLAN BROSNAN

Disebabkan memiliki pengaruh besar, Dylan Brosnan dilantik sebagai penghias kempen Burberry Musim Bunga 2016. Anak kepada actor, Pierce Brosnan ini dijangka going to be a big hit soon!
FELICITY JONES

Keberkesanan lakonan Felicity Jones melayakkannya menerima nominasi Oscar dan beberapa anugerah berprestij lain. Tak sabar nak tunggu filem-filem akan datang Felicity.
GABRIEL DAY LEWIS

Namanya mula highlight pabila dilaporkan duduk di kerusi baris hadapan acara Burberry yang lalu. Berdasarkan pemerhatian, anak kepada Daniel Day Lewis ini sudah pun tahu bergaya matang biarpun masih muda.
JACK O’CONNELL

Dia yang mula berlakon siri UK Skins, kini tampil sebagai pelakon lebih serius dan matang setelah berlakon beberapa filem bertaraf Oscar. Lakonannya menerusi filem Unbroken ternyata mengagumkan.
BROOKLYN BECKHAM

Brooklyn Beckham meraih populariti melalui Instagram dan of course, his famous parents too. Yang terkini, Brooklyn dilantik sebagai jurugambar rasmi untuk menangkap gambar kempen iklan haruman Burberry Brit.
SAM ROLLINSON

Sam Rollinson ada karakter tersendiri. Wajahnya unik dan stail wanita moden. Arahkan apa sahaja modelling pose kepadanya, Sam berupaya menjadikannya uber-cool! Tak hairanlah, Sam banyak menghiasi majalah fesyen.
Perspektif dan pengalaman berkaitan isu ‘pop culture’ lokal dan global
Tags
Artikel Yang Berkaitan
VISI VIP: BINGKAI CERMIN MATA PILIHAN MUSIM FESTIVAL
Daripada estetika klasik asetat hingga impak berani Gentle Monster, serlahkan karisma anda dengan visi gaya paling segak di GLAM LELAKI.
‘BOOK CLUB’ KINI MENJADI OBSESI BAHARU GENERASI MUDA
'Book Club' kini menjadi ruang digital detox buat anak muda. Ketahui mengapa komuniti literasi di Malaysia semakin berkembang pesat.
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER
Raikan 20 tahun Cartier Women’s Initiative 2026 di Bangkok. Terokai inovasi 30 usahawan wanita global menerusi tema "Lighting the Path".
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.
KETAHUI FAKTA 3 ANAK LELAKI DAVID & VICTORIA BECKHAM
Selami fakta menarik dan sisi jarang didedahkan tentang tiga putera anak kepada pasangan sensasi, David & Victoria Beckham.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.











