INSPIRASI BINAAN MEGAH SALOMA LINK
Tular di alam maya, foto dan momen yang dirakam netizen melibatkan sebuah jambatan indah di ibu kota. Rupa-rupanya jambatan yang disebut itu adalah Saloma Link yang baru saja dilacarkan pada 6 Februari lalu dan secara rasminya dibuka kepada orang awam yang menjadi penghubung di antara Kampung Baru dan Menara Berkembar Petronas (KLCC). Penghubung ini dikatakan telah memudahkan orang awam dan juga menjadi tourist spot kerana keunikan rekaan seni binanya. Dikatakan bakal menjadi tarikan terbaru Kuala Lumpur, ia hanya mengambil 10 minit sahaja untuk berjalan dari Kampung Baru ke KLCC.

Projek Saloma Link adalah jambatan pejalan kaki sepanjang 370 meter yang menghubungkan Lorong Raja Muda Musa 3 berhampiran Stesen LRT Kampung Baru dengan Jalan Saloma yang terletak di sisi bangunan Menara Public Bank berhadapan Jalan Ampang, tidak jauh daripada KLCC. Rekaan Saloma Link diinspirasikan daripada Bridge of Peace di Tbilisi, Georgia namun konsep seni bina jambatan ini menyerupai sirih junjung yang menggambarkan budaya Melayu.

Menurut sumber, Syarikat yang bertanggungjawab dalam seni bina Saloma Link ini ialah The Veritas Design Group. Antara projek lain yang direka oleh syarikat ini termasuk, Legoland Malaysia, Masjid Universiti Teknologi Petronas, Stadium Tertutup Larkin dan beberapa lagi seni bina ikonik dalam dan luar negara.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 LOKASI TEMPAH ‘SUIT’ CUSTOM TERBAIK SEKITAR KUALA LUMPUR
Tingkatkan karisma anda dengan sut yang sempurna. Terokai 5 lokasi tempahan 'suit' custom terbaik di Kuala Lumpur untuk gaya versatil.
THE DEVIL WEARS PRADA 2: EVOLUSI KUASA DAN SURVIVAL FESYEN DI ERA DIGITAL
Miranda Priestly kembali! Adakah taringnya masih tajam berdepan serangan influencer? Baca ulasan eksklusif The Devil Wears Prada 2 di sini.
MENGENANG JALIL HAMID, DARI KOMEDI SATIRA KE DRAMA JIWA
Terokai perjalanan seni Jalil Hamid daripada ikon satira sehingga menjadi pengemudi drama jiwa. Kupasan kredibiliti seniman legenda ini.
EVOLUSI WATAK DAN KARISMA AEDY ASHRAF DALAM 5 FILEM IKONIK LAKONANNYA
Teroka evolusi seni Aedy Ashraf daripada bintang cilik Tentang Bulan sehingga menjadi penerbit filem aksi Tarung di sini.
5 ‘POSTING’ INSTAGRAM HAKIMI NOORDIN YANG MEMBERI INSPIRASI BESAR DALAM BIDANG FITNESS
Terokai 5 Instagram Post Hakimi Noordin yang mencetuskan fenomena kecergasan di Malaysia. Dari kekuatan mental ke transformasi realistik.
5 FILEM HEBAT LAKONAN MERYL STREEP
Terokai 5 filem terbaik lakonan legenda Meryl Streep sebelum kemunculannya dalam filem baru The Devil Wears Prada 2.











