KEJUTAN BUAT PEMINAT, UNGU LANJUTKAN KONSERT SATU HARI
Ditubuhkan pada tahun 1996, kumpulan rock popular Indonesia tahun 90an – Ungu terdiri daripada vokalis, Pasha; pemain gitar, Enda dan Oncy; pemain bass, Makki; dan pemain drum, Rowman. Antara lagu hit mereka termasuklah “Demi Waktu”, “Tercipta Untukku”, “Andai Ku Tahu”, “Kekasih Gelapku” dan banyak lagi.
Pada 2005, album Ungu ‘Melayang’ telah mendapat pencapaian besar dan diterima dengan baik yang berjaya meletakkan mereka sebagai superstar antarabangsa, lantas mencapai populariti yang luar biasa di Indonesia dan benua Asia. Mereka dicalonkan bagi ‘Kumpulan Muzik Terbaik’ dalam Anugerah Muzik Asia MTV pada tahun 2006 dengan rakaman lagu single asal ‘Demi Waktu’ daripada album ‘Melayang’. Album studio ke-7 mereka berjudul ‘Mozaik’ yang dikeluarkan pada tahun 2015 telah terjual lebih daripada 200,000 salinan dan memenangi Anugerah Album Platinum.
Konsert yang dianjurkan oleh Star Planet, “Ungu’s 26th Anniversary Live in Malaysia” akan diadakan pada 18hb dan 19hb November 2022, 8.30 malam bertempat di STAR Convention & Exhibition Centre, Menara PGRM di Kuala Lumpur.
Peminat boleh mendapatkan tiket di www.ticket2u.com.my dan tiket dijual pada tanggal harga RM188, RM238, RM328, RM388, RM458 dan RM598 (tertakluk kepada bayaran pemprosesan tiket RM4). Semua pembeli tiket VVIP akan menerima poster bertandatangan kumpulan Ungu dan berpeluang merakamkan foto bersama Ungu! Untuk maklumat lanjut, layari www.starplanet.com.my atau hubungi +603 9223 3667.
Baca artikel berkaitan: NEW HOPE CLUB BAKAL KEMBALI DENGAN KONSERT JELAJAH
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIMA KARAKTER FILEM IKONIK LAKONAN REZA RAHADIAN
Reza Rahadian terkenal sebagai pelakon yang memiliki versatiliti luar biasa dalam membawa karakter dengan penuh penghayatan.
HAEL HUSAINI, BAEKHYUN DAN RAMAI LAGI MENGADAKAN KONSERT OGOS 2025 INI
Bulan Ogos 2025 ini bakal dipenuhi dengan konsert dari seluruh dunia dan pelbagai genre buat peminat-peminat muzik di Malaysia.
8 KONSERT K-POP PEMINAT HARAP BAKAL HADIR DI MALAYSIA
Walaupun Malaysia menjadi hotspot konsert K-Pop, masih banyak kumpulan yang peminat di Malaysia harap bakal hadir untuk konsert jelajah dunia.
10 SELEBRITI ASIA DI COACHELLA 2025
Coachella, festival muzik terbesar menampilkan ramai penyanyi-penyanyi dari Asia untuk membuat persembahan yang cukup hangat.
5 MENARIK MENGENAI FILEM MENCARI RAMLEE
filem Mencari Ramlee (2025), sebuah karya yang memberi penghormatan kepada legasi Tan Sri P. Ramlee yang bisa meruntun jiwa.
8 KONSERT KOREA SELATAN BAKAL KE MALAYSIA
Peminat muzik Korea Selatan bakal dihiburkan oleh pelbagai artis dari berbeza genre setiap hujung minggu dengan konsert yang tidak terhenti.