KJ MENANG, TEWASKAN PUTERA MATEEN DI SUKAN SEA-29
Tahniah diucapkan kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang berjaya menumpaskan pasukan Brunei pada perlawanan ekuestrian polo berkumpulan sebentar tadi dengan keputusan 12-4. Selain itu, Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah dan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah juga turut berkenan berangkat untuk menyaksikan perlawanan pertama acara polo ekuestrian Sukan SEA Ke-29 membabitkan pasukan Malaysia dan Brunei di Taman Ekuestrian.

(Sumber foto: Twitter @myTeamMAS)

(Sumber foto: Instagram @malaysia1news)

(Sumber foto: Utusan Malaysia)
Pasukan Malaysia diketuai Khairy, dan turut turut diwakili Abdul Rashid Hasnan, Shaik Reisman Mohamed Ismail dan Tengku Ahmad Shazril Ezzani Tengku Suleiman. Manakala, pasukan Brunei pula diketuai diwakili Putera Abdul Mateen, Puteri Azemah, Pangeran Muda Bahar Jefri dan Mohamad Huzaimi Husin.
Perlawanan kali ini dilihat menjadi tumpuan apabila orang ramai dilihat membanjiri sejak pukul 1.30 petang lagi bagi menyaksikan aksi kali pertama Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dalam temasya dwitahunan tersebut, termasuk melihat dengan lebih dekat kelibat Putera Mateen yang sejak kebelakangan ini tular di laman sosial dek ketampanannya.

(Sumber foto: Bernama Radio)
Mengulas lebih lanjut tentang perlawanan sengit itu tadi, Khairy yang sempat ditemubual oleh media selepas perlawanan memberitahu, ‘kejayaannya pada perlawanan ini adalah usaha sama satu pasukan yang bekerjasama dengan baik, we do not panicked and we play as team and stick to the strategy.
Apa-apa pun, tahniah Malaysia! Tahniah juga kepada pasukan Brunei yang berjaya memberikan saingan sengit.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 22 Ogos 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.
HIGH PERFORMANCE: KUYIN KAMARUDDIN, “SEBAGAI PELARI JARAK JAUH, STAMINA DAN KETAHANAN MENJADI KEKUATAN UTAMA SAYA.”
"Saya percaya ramai yang bersetuju bahawa bersukan merupakan salah satu cara paling efektif untuk melepaskan tekanan," Kuyin Kamaruddin.
5 PODCAST UNTUK TEMANI PETANG ANDA SEMENTARA MENUNGGU WAKTU BERBUKA
5 podcast tempatan menarik mengenai isu semasa dan juga berita hiburan untuk menemani petang anda sementara menunggu waktu berbuka.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
NEW BALANCE RUN HUB KLCC DIBUKA BUAT KOMUNITI PELARI
Kuala Lumpur kini mempunyai satu lagi tarikan untuk pencinta sukan dan gaya hidup aktif iaitu pembukaan New Balance Run Hub.
BUKAN SEKADAR LASAK: SUKAN EKSTREM PILIHAN LELAKI HARI INI
Lelaki hari ini bukan lagi hanya melepak di gim atau bersenam seminggu sekali. Dalam dunia serba sibuk, ramai yang mula mencari aktiviti yang boleh buat tubuh cergas dan jiwa rasa hidup semula. Masuklah dunia sukan ekstrem, aktiviti yang bukan saja cabar fizikal, tapi juga beri kepuasan luar biasa. Bayangkan: anda tergantung di dinding batu setinggi…










