KLFW 2025 DIBUKA DENGAN PENUH GAYA: MALAM PEMBUKAAN PALING BERGEMA
KLFW 2025: Rizman Ruzaini, OUTDWELL & Uglypretty Curi Tumpuan Malam Pertama.
Barisan pereka yang membuka tirai KLFW tahun ini membawa pelbagai pendekatan unik dan gaya yang mewakili identiti masing-masing. Setiap koleksi memperlihatkan keberanian, kematangan dan arah baharu fesyen Malaysia yang semakin menyerlah di mata dunia. Rizman Ruzaini, OUTDWELL & Uglypretty antara pereka yang membuka tirai hari pertama Kuala Lumpur Fashion Week 2025
Sorotan Koleksi: Uglypretty
Uglypretty membuka pentas KLFW 2025 dengan koleksi streetwear yang bold, penuh grafiti, siluet oversized dan layering yang dramatik. Setiap look membawakan elemen “anti-establishment” yang kekal relevan dengan suara anak muda masa kini. Permainan tekstur, potongan ‘deconstructed’ dan gaya jalanan menjadikan jenama ini antara yang paling standout malam itu.
OUTDWELL: Teknologi Bertemu Gaya
OUTDWELL memperkenalkan pendekatan teknikal dalam koleksi ready-to-wear mereka, menggabungkan elemen fungsi seperti poket tersembunyi, fabrik ringan tahan lasak, serta perincian zip dan tali (fringes). Reka bentuk mereka bukan hanya untuk estetika, tetapi juga praktikal. Koleksi ini menyerlahkan identiti fesyen masa depan yang lebih fokus kepada gaya hidup aktif dan versatil.
Rizman Ruzaini: Glamor Yang Tak Pernah Gagal
Rizman Ruzaini menutup malam pembukaan dengan penuh keanggunan. Koleksi terbaru mereka Rizman Ruzaini Rebirth Volume 1 menampilkan potongan dramatik, siluet runcing dan perincian mewah seperti kristal swarovski, manik mewah dan fabrik berkilau. Busana-busana ini menggabungkan elemen tradisi dan moden dalam satu penceritaan fesyen yang matang dan elegan, sesuai untuk pentas antarabangsa. Barisan selebriti tanah air seperti Rozita Cik Wan, Fattah Amin, Daiyan Trisya dan juga Hael Husaini juga menghangatkan lagi suasana pentas fesyen malam itu.
Pembukaan KLFW 25 tahun ini menyaksikan keseimbangan antara nama besar dan pereka baharu, membawa suara segar dan naratif kontemporari. Gabungan streetwear, fesyen teknikal dan couture mewah ini mencerminkan betapa luasnya spektrum fesyen tempatan yang kini lebih berani mengekspresikan identiti tersendiri. Pengumuman oleh Rizman Ruzaini yang bakal melancarkan butik baharunya di Jakarta, Indonesia juga menjadi topik hangat pada malam tersebut.
Artikel berkaitan: GAYA SELEBRITI ASIA DI MILAN FASHION WEEK MEN’S SS26
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 PERSONALITI LELAKI TAMPIL STYLISH DALAM REKAAN RIZMAN RUZAINI
Hael Husaini, Anuar Zain, Syamel, Fattah Amin dan Nicholas Saputra tampil memikat dalam rekaan eksklusif Rizman Ruzaini.
IMBAS PERSONALITI ANTARABANGSA YANG PERNAH MEMAKAI REKAAN RIZMAN RUZAINI. SEPERTI LADY GAGA.
Dikenali dengan rekaan mewah, sofistikated dan beridentitikan keanggunan moden, pereka Rizman Ruzaini terus menjadi pilihan bintang ternama.
GL25: SOROTAN YANG MENCORAKKAN BUDAYA LELAKI MODEN
Tahun 2025 sekali lagi menyaksikan bagaimana GLAM Lelaki terus memimpin naratif gaya hidup lelaki Malaysia melalui GL25.
GL25: SOROTAN PENUH GAYA BERSAMA GLAM LELAKI 2025
GLAM Lelaki mengimbau kembali detik-detik berharga bersama selebriti, GL Team dan pelbagai jenama sepanjang 2025 dalam GL25.
LUNAR NEW YEAR 2026: KOLEKSI PERAYAAN DARIPADA PEREKA TEMPATAN
Lihat koleksi Lunar New Year 2026 daripada pereka fesyen Malaysia, dari menswear moden hingga busana warisan kontemporari.
AVANT-GARDE & HIGH FASHION DESIGNER “ON YOUR RADAR”
Sorotan pereka avant-garde dan high fashion Malaysia yang wajar diberi perhatian dalam landskap fesyen kontemporari tempatan.











