KUTIPAN BUKAN SKALA UNTUK FILEM ‘REDHA’
April 25, 2016
KENAPA KRITIKAN SERING DIBERIKAN KEPADA FILEM-FILEM TEMPATAN SEHINGGA JUMLAH KUTIPAN DIJADIKAN PENANDA ARAS? ADA JUGA YANG BERPENDAPAT BAHAWA FILEM TEMPATAN DIKATAKAN MASIH DITAKUK LAMA DAN BERADA DALAM KEADAAN NAZAK. SEHINGGA KINI FILEM REDHA MASIH DIKATAKAN BELUM MEMIKAT MASYARAKAT WALAUPUN MEMPUNYAI MESEJ YANG PADAT DAN MENYENTUH JIWA SEJAK DITAYANGKAN PADA 14 APRIL LALU.

Walaupun filem ini tidak menawan hati penonton, hakikatnya Tunku Mona Riza yang sebelum ini banyak menghasilkan video komersial, perlu diberi penghargaan kerana dilihat sebagai pejuang bagi membela pesakit autisme melalui perfileman di Malaysia. Pendekatan sebegini pernah kita hayati menerusi filem Bollywood, ‘My Name Is Khan’ (2010) arahan Karan Johar, juga ‘Taare Zameen Par’ (2007) arahan Aamer Khan yang membela pesakit dyslexia sehingga diberi anugerah yang sewajarnya.
‘Redha’ adalah sebuah filem inspirasi dari kisah benar menceritakan tentang kehidupan ibu bapa membesarkan anak yang menghidap autisme. Kisah mempamerkan kesukaran dan kerumitan hidup seseorang yang menghadapi masalah tersebut. Filem ini menampilkan lakonan pasangan suami isteri Namron dan June Lojong. Manakala Harith Haziq dan Izzy Reef masing-masing berkongsi watak kanak-kanak autisme pada usia kecil dan remaja.
Kritik dan ulasan filem oleh pengkritik filem tempatan seringkali dilihat sebagai menjatuhkan industri filem tempatan. Adakah pengkarya atau penerbit hanya mahu mendengar pujian yang positif atau penghargaan daripada khalayak semata-mata atau pengkritik itu sendiri tidak melihat dari prespektif yang berbeza?
Walaupun terdapat kritikan bahawa idea filem ini dilihat sama dengan filem ‘Taare Zameen Par’, tapi Tunku Mona Riza ada cara pembawaannya yang tersendiri. Bukan untuk saya membandingkan antara dua filem ini, apatah lagi filem Bollywood itu mendapat sambutan hangat bila ditayangkan di serata dunia dan di negara mereka sendiri.
Isu penjualan tiket filem ‘Redha’ dikatakan rendah. Bagi saya, mungkin penonton tidak ingin mengambil tahu perkara yang dekat di hati mereka atau mungkin juga mereka tidak menghadapi cabaran mempunyai kanak-kanak penghidap autisme dalam keluarga mereka berbanding mereka yang menghadapinya.
Saya mempunyai seorang sahabat di Bangalore, India dan bekerja sebagai model. Saya berminat untuk bertanyakan kepadanya.
“How can you survive in life as a model?” soal saya.
“You know India is a big country, a dense population. In India, modelling can be a booming career. Many magazines, books, newspapers, are published here. So we can live – even work – as a model. So working as a model can be more luxurious than as a corporate worker,” jawabnya.
Ini membuatkan saya terfikir bahawa jumlah populasi penduduk Malaysia tidaklah setanding dengan lambakan penonton di negara-negara besar seperti India, Amerika Syarikat dan sebagainya. Hakikatnya, jumlah hasil kutipan tidak seharusnya dilihat sebagai penanda aras, tetapi kesan dan nilai kualiti filem itu sendiri yang harus menjadi penanda untuk menilai pencapaian sesuatu filem tersebut.
Sikap pembikin filem kebanyakannya mengeluarkan filem untuk mencari punca pendapatan, maka keputusan yang mereka buat adalah untuk mengaut keuntungan semata-mata. Bagi saya, Malaysia memerlukan lebih banyak filem tempatan tidak kira genre janji boleh membuatkan masyarakat berfikir tentang kedudukannya dalam konteks peradaban dunia kini dan ‘Redha’ seharusnya perlu dimasukkan dalam senarai wajib tonton bagi 2016. Because it’s a good movie.
Biarpun filem ‘Redha’ tidak putus-putus menerima kritikan demi kritikan atas pulangannya yang rendah sehingga ke hari ini, Tunku Mona Riza akhirnya berjaya merealisasikan sesuatu yang ramai pengarah tidak mahu dan tidak sanggup lakukannya sebelum ini. Apatah lagi beliau memang suka kisah yang membawa suara kecil kerana mereka ini golongan yang jarang didengari. Sekaligus, mewujudkan platform untuk lebih ramai bersaing dalam industri perfileman.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
DIORIGINALS: MENGHIDUPKAN SEMULA 5 WANGIAN IKONIK DIOR DI MALAYSIA
Lima daripada wangian ikonik Dior, Dioriginals kini tersedia di butik Dior seluruh Malaysia untuk dirasai sendiri pengalaman harum ini.
EMPTY PAGE. KEMBALI DENGAN ‘BERDOSA’, BANGKITKAN TRAUMA LAMA
Selepas mencuri perhatian menerusi lagu ‘mata(hari)’, kumpulan pop rock Empty Page. kembali dengan single terbaharu berjudul ‘BERDOSA’
DARI FOTOGRAFI KE FESYEN, GAYA MUHAMMAD IMRAN
Kenali perjalanan Muhammad Imran daripada fotografi ke dunia fesyen dan bagaimana pengalaman membentuk gaya dan identitinya.
UNDIAN GL THE MAN AWARDS 2026 BERMULA! KENALI 10 NOMINEE GL STYLE’S CHOICE
GL The Man Awards kembali buat edisi 2026. Penerima Style’s Choice bakal dipilih oleh para pembaca GLAM Lelaki melalui undian. Sebelum itu, kenali 10 nominee ini!
GL PLAYLIST: 10 LAGU IKONIK SEPANJANG ZAMAN YANG DILANCARKAN PADA BULAN OKTOBER
Siapa sangka, lagu-lagu ikonik sepanjang zaman sebenarnya banyak dilahirkan pada bulan yang baru bermula ini, Oktober.
LEGASI ALLAHYARHAMAH TUN DR SITI HASMAH SEPANJANG HIDUPNYA
Pemergian Allahyarhamah Tun Dr Siti Hasmah meninggalkan kesan mendalam buat rakyat. Namun, legasinya juga besar di negara ini.










