Skip to content

LEONARDO DICAPRIO KEMBALI KE LAYAR PERAK MENERUSI ONE BATTLE AFTER ANOTHER

LEONARDO DICAPRIO KEMBALI KE LAYAR PERAK MENERUSI ONE BATTLE AFTER ANOTHER

Kongsikan artikel ini

Lebih setahun tidak muncul dalam mana-mana filem, Leonardo DiCaprio kembali menghangatkan industri perfileman dengan naskah terbaru berjudul One Battle After Another.

Diarah, diterbit dan ditulis oleh Paul Thomas Anderson, filem itu berkisar tentang sekumpulan bekas revolusioner yang bersatu semula untuk menyelamatkan anak gadis salah seorang anggota mereka setelah musuh lama muncul kembali selepas 16 tahun.

Filem padat aksi ini menyaksikan Leonardo menerajui watak utama di samping nama-nama besar Hollywood. Ini termasuk Regina Hall, Sean Penn, Teyana Taylor, Benicio del Toro dan Alana Haim.

Ceritera One Battle After Another

Baru-baru ini Warner Bros. Pictures berkongsi teaser pertama berdurasi 21 saat di media sosial buat tatapan peminat. Klip itu memaparkan montaj pantas berlatarkan bunyi tembakan yang bertubi-tubi.

Teyana yang memegang watak wanita hamil dilihat melepaskan tembakan menggunakan senapang sambil diperhatikan Leonardo yang sedang menikmati minuman.

Babak seterusnya memperlihatkan Teyana selamat melahirkan diikuti satu pertanyaan daripada suara latar, “What are you gonna do about this baby?”. Bayi itu kemudiannya membesar menjadi anak gadis yang lincah, di mana dia turut sama menggunakan senapang seperti ibunya. “Just when you think you’ve got a handle on things,” tambah suara latar.

Estetika One Battle After Another yang berlatarkan kedesaan itu mampamerkan sisi lakonan Leonardo yang amat berbeza berbanding filem-filemnya sebelum ini.

Menurut laporan, filem itu merupakan naskah termahal Paul setakat ini dengan anggaran kos sebanyak RM444 juta hingga RM621 juta. Ia dijangka menemui penonton di layar perak pada 26 September 2025.

Tonton teaser di bawah ini.

 

Pautan berkaitan: AKSI LINCAH ANA DE ARMAS DALAM TRELER KEDUA THE WORLD OF JOHN WICK: BALLERINA

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

LEONARDO DICAPRIO & VITTORIA CERETTI CETUS SPEKULASI PERTUNANGAN DENGAN CINCIN BERLIAN

LEONARDO DICAPRIO & VITTORIA CERETTI CETUS SPEKULASI PERTUNANGAN DENGAN CINCIN BERLIAN

Bacaan Lanjut
KIM KARDASHIAN DEDAH HUBUNGANNYA DENGAN JHO LOW & 1MDB

KIM KARDASHIAN DEDAH HUBUNGANNYA DENGAN JHO LOW & 1MDB

Bacaan Lanjut
BERCINTA DENGAN MODEL 19 TAHUN, LEONARDO DICAPRIO DICOP SEBAGAI PEMANGSA SEKSUAL

BERCINTA DENGAN MODEL 19 TAHUN, LEONARDO DICAPRIO DICOP SEBAGAI PEMANGSA SEKSUAL

Bacaan Lanjut
5 AKTOR YANG MERAIH PENDAPATAN TERTINGGI PADA 2022

5 AKTOR YANG MERAIH PENDAPATAN TERTINGGI PADA 2022

Bacaan Lanjut

15 PELAKON YANG PERNAH MENOLAK WATAK IKONIK DARIPADA FILEM POPULAR HOLLYWOOD

Bacaan Lanjut
LEONARDO DICAPRIO & GIGI HADID DIRAKAM BERAKSI MESRA DI SEBUAH PARTI

LEONARDO DICAPRIO & GIGI HADID DIRAKAM BERAKSI MESRA DI SEBUAH PARTI

Bacaan Lanjut