Skip to content

Managala Resort

‘HEALING’ BERSAMA HERO ANDA DI MANGALA ESTATE BOUTIQUE RESORT

Kongsikan artikel ini

Bersempena Hari Bapa 2024, Mangala Estate Boutique Resort di Kuantan, Pahang mahu menghargai pengorbanan hero dalam hidup anda dengan pengalaman Mangala Spa yang menenangkan.

Sambutan Hari Bapa tahun ini jatuh pada tanggal 16 Jun 2024. Sepanjang bulan ini, Mangala Estate Boutique Resort mahu menghargai pengorbanan hero dalam hidup anda dengan pengalaman Mangala Spa yang mengagumkan. Sambil menikmati keindahan alam semulajadi di destinasi percutian yang menenangkan di Kuantan, Pahanag.

Mangala Estate

Sempena hari istimewa ini, Mangala Estate Boutique Resort mahu mengajak anda untuk mengalami pengalaman ‘healing’ yang indah sambil menikmati layanan mewah di pusat rawatan spa iaitu Mangala Spa. Keistimewa di Mangala, setiap tetamu dilayan secara eksklusif yang juga menawarkan rawatan kesihatan yang khusus sambil menikmati persekitaran yang tenang.

Sambutan Hari Bapa ini adalah hadiah yang terbaik untuk membawa bapa atau suami anda menikmati rawatan mewah di Mangala Spa. Setibanya di ruang Mangala Estate Boutique Resort, anda akan dihidangkan minuman jamu tradisional buatan sendiri dengan menggabungkan bahan intipati seperti halia, asam jawa, kunyit dan madu.

Mangala Resort Kuantan Pahang

Minuman ini adalah untuk menyegarkan tubuh badan setelah 2 jam pemanduan dari Kuala Lumpur ke Mangala Resort. Sambil anda dijamukan dengan minuman segar, pihak Mangala Spa akan membariskan minyak pati untuk anda dan bapa memilih aroma yang bakal menjadi pilihan kala berada dalam bilik rawatan.

Rawatan Isitmewa Dengan Teknik Tradisonal Malaysia

Di Mangala Spa, rawatan istimewa ini menggabungkan teknik Malaysia kuno dan moden yang dipertingkatkan oleh pati kuratif daripada sumber botani. Setiap produk yang digunakan adalah Biossential yang sesuai untuk lulur badan, rawatan muka dan urutan badan buat lelaki. Setiap proses ini menjanjikan pengalaman yang mewah lagi menyegarkan.

Mangala Spa

Pakej Tasik Spa Luxury merupakan pilihan signature di sini. Ia merupakan rawatan spa separuh hari untuk tetamu yang bakal menikmati mandian kaki bunga, mandian aromatik dan rawatan muka. Disempurnakan dengan pilihan buah-buahan tropika dan minuman kelapa yang menyegarkan.

Di sini juga menyediakan 4 bilik rawatan. Termasuk dua bilik bujang iaitu Pandan dan Halia, dan dua bilik pasangan iaitu Serai dan Kunyit. Antara rawatan yang menjadi pilihan di sini seperti urutan yang meremajakan, menyegarkan wajah, mandian detoks atau body wrap. Mangala Spa menawarkan menu rawatan yang komprehensif untuk meningkatkan kesihatan anda pengalaman spa.

Selepas rawatan, anda juga disajikan dengan minuman panas seperti teh serai yang disediakan dengan campuran serai, limau nipis, dan madu. Ia pastinya akan memberi kesan yang lebih menenangkan.

Spa lelaki

Seperti  Hari Ibu lalu, Mangala Estate Boutique Resort turut menawarkan pakej istimewa untuk Hari Bapa bermula 1 Jun sehingga 30 Jun 2024. Antaranya Foot Wash, Escape Massage selama 60 minit dan pilihan antara urutan kaki selama 30 minit atau rawatan muka. Semuanya dengan harga RM399 (harga biasa RM698).

Untuk menempah slot anda sila emel ke spa@mangalaestate.com atau layari laman rasmi https://www.mangalaresortandspa.com/

 

Baca lebih lanjut: TANAH GAJAH, A RESORT BY HADIPRANA: DESTINASI PERCUTIAN ALAM SEMULA JADI DI UBUD, BALI

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

M Resort Hotel KL

RAIKAN HARI BAPA DI M RESORT & HOTEL KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
Tanah Gajah Ubud Bali

TANAH GAJAH, A RESORT BY HADIPRANA: DESTINASI PERCUTIAN ALAM SEMULA JADI DI UBUD, BALI

Bacaan Lanjut
percutian new Zealand

10 DESTINASI PERCUTIAN MESRA-MUSLIM DAN HALAL DI NEW ZEALAND

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut

DOUBLETREE BY HILTON PUTRAJAYA LAKESIDE MENAWARKAN PERCUTIAN ‘THE MALAYSIAN EXPERIENCE’ BAHARU

Bacaan Lanjut

TEROKAI PERCUTIAN ‘JIM THOMPSON MYSTERY WEEKEND’ DI CAMERON HIGHLANDS RESORT

Bacaan Lanjut