Skip to content

EVANGELINE LILLY UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA HOLLYWOOD

EVANGELINE LILLY UCAP SELAMAT TINGGAL KEPADA HOLLYWOOD

Kongsikan artikel ini

Aktres asal Kanada, Evangeline Lilly mengumumkan persaraan dari industri hiburan untuk mencuba haluan kerjaya baru.

Aktres berusia 44 tahun itu berkongsi keputusannya bersama pengikut di Instagram baru-baru ini. Dia memuat naik sebuah video dari tahun 2006 ketika menjalani penggambaran Lost, dia mana dia bercakap tentang impiannya untuk bersara dalam tempoh sedekad.

“Sepuluh tahun akan datang, di mana saya akan berada? Saya takut untuk meluahkannya kepada seluruh dunia tetapi idealnya 10 tahun dari sekarang saya ingin bersara dan membina keluarga. Saya mahu menulis dan mempengaruhi kehidupan orang ramai dengan cara kemanusiaan,” katanya dalam video itu.

Evangeline Lilly

Foto: Marvel

Evangeline Lilly Pilih Kepuasan Berbanding Populariti

Di ruangan kapsyen, Evangeline bercakap tentang kegembiraan dan kepuasan yang dirasainya kerana sudah memulakan langkah untuk mencapai visinya. Dia turut meluahkan rasa syukur kepada Tuhan atas rahmat yang dilimpahkan kepadanya.

“Melangkah keluar dari apa yang kelihatan seperti pilihan tepat (kemewahan dan kemasyhuran) kadangkala boleh mencetus ketakutan. Namun melangkah ke dalam ‘dharma’ menggantikan rasa takut itu dengan kepuasan.

“Saya mungkin akan kembali ke Hollywood satu hari nanti, tetapi buat masa sekarang, saya ditakdirkan berada di sini. Musim baru telah datang, dan saya telah bersedia. Saya gembira,” tulisnya panjang lebar.

Keputusan ini mengejutkan industri hiburan dan peminat bagaimanapun ia bukanlah tindakan drastik. Jelitawan itu sudah pun memperlahankan kerjaya lakonannya selepas membintangi Ant-Man and the Wasp: Quantumania.

“Ada sesuatu yang memberi kepuasan dan kegembiraan kepada saya. Saya boleh kembali esok, dua tahun dari sekarang atau tidak sama sekali. Tetapi buat masa ini saya tidak meneruskan apa-apa kerja dalam industri secara aktif dan tidak terikat dengan mana-mana kontrak,” ujarnya.

 

Foto: Getty Images

Pautan berkaitan: “INI ALBUM TERAKHIR SAYA” – ENRIQUE IGLESIAS UMUM BERSARA?

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

5 AKTOR HOLLYWOOD TERKENAL YANG PERNAH BERHASRAT UNTUK BERHENTI BERLAKON

5 AKTOR HOLLYWOOD TERKENAL YANG PERNAH BERHASRAT UNTUK BERHENTI BERLAKON

Bacaan Lanjut
8 BINTANG HOLLYWOOD POPULAR INI SEBENARNYA BERASAL DARI KANADA

8 BINTANG HOLLYWOOD INI SEBENARNYA BERASAL DARI KANADA

Bacaan Lanjut