Skip to content

G-DRAGON SUMBANG KEPAKARAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

G-DRAGON SUMBANG KEPAKARAN DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Kongsikan artikel ini

Bermula sebagai penyanyi rap, penulis lagu, anggota kumpulan Bigbang seterusnya usahawan fesyen, G-Dragon kini menambah satu lagi jawatan ke dalam profil kerjayanya – pensyarah.

Pemilik nama Kwon Jiyong itu dilantik sebagai profesor jemputan di Korea Anvanced Institute of Science & Technology atau dikenali sebagai KAIST. Ia merupakan salah satu universiti penyelidikan kebangsaan paling berprestij dan ketiga terbaik di Korea Selatan.

Menurut perjanjian yang ditandatangani oleh KAIST dan agensi Galaxy Corporation, penyanyi itu ditempatkan di bawah jabatan kejuruteraan mekanikal. Tempoh perkhidmatannya adalah selama dua tahun dari 4 Jun 2024 hingga 6 Jun 2026.

G-Dragon akan menggunakan teknologi terkini KAIST dalam industri K-budaya untuk meningkatkan daya tarikan antarabangsa. Selain mengajar subjek kepimpinan buat pelajar sarjana muda, dia juga bertanggungjawab menganjurkan acara kebudayaan dan membawa pengalaman artistik untuk meningkatkan kreativiti pelajar. Pada masa sama, penyanyi itu dilantik sebagai duta global dalam usaha mempromosikan KAIST di persada antarabangsa.

G-Dragon KAIST

Foto: The Korea Herald

G-Dragon Luah Rasa Teruja

Dalam acara Innovate Korea 2024 yang diadakan pada 5 Jun lalu, idola fesyen itu meluahkan penghargaan menerusi rancangan bual bicara bersama Presiden KAIST.

“Dipilih menjadi profesor jemputan di KAIST, tempat di mana lahirnya ramai pakar sains adalah satu penghormatan besar. Saya menjangkakan sinergi hebat antara kepakaran sains dan latar belakang saya dalam bidang hiburan. Mengharapkan ia akan membawa kejayaan besar seperti Bigbang,” katanya.

Rancangan yang dihoskan oleh KAIST di Innovate Korea 2024 membincangkan tentang teknologi masa hadapan berkaitan kecerdasan buatan (AI) dan K-pop.

Ini bukanlah kali pertama universiti itu melantik nama besar dalam bidang hiburan untuk bekerjasama. Sebelum ini Ketua Penerbit SM Entertainment, Lee Soo Man dan penyanyi opera, Jo Sumi juga pernah berkhidmat sebagai pensyarah jemputan di KAIST.

@tsrmakerz

G-Dragon has become a special professor at KAIST. #GD will teach undergraduate and graduate students in the Department of Mechanical Engineering, giving lectures on leadership until June 2026. #GDRAGON is also set to give a speech at today’s event at KAIST, “Innovate Korea 2024.” 🫡🫡🫡 #kwonjiyong #gd #KAIST

♬ Bloody Mary – Instrumental – Lucidity

 

Foto: Ulzza

Pautan berkaitan: G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

Bacaan Lanjut
G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?

Bacaan Lanjut
4 SELEBRITI ASIA YANG MEMILIKI JENAMA GAYA HIDUP TERKENAL

4 SELEBRITI ASIA YANG MEMILIKI JENAMA GAYA HIDUP TERKENAL

Bacaan Lanjut
5 BINTANG K-POP YANG MEMILIKI JENAMA FESYEN SENDIRI

5 BINTANG K-POP YANG MEMILIKI JENAMA FESYEN SENDIRI

Bacaan Lanjut
PENANTIAN PEMINAT BIGBANG KINI BERAKHIR

PENANTIAN PEMINAT BIGBANG KINI BERAKHIR

Bacaan Lanjut
T.O.P BIGBANG SERTAI MISI ANGKASA LEPAS DEARMOON

SISI GELAP KEHIDUPAN T.O.P BIGBANG

Bacaan Lanjut