Skip to content

G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

Kongsikan artikel ini

Penyanyi rap kumpulan BigBang, G-Dragon memberi kejutan apabila mengumumkan dia bakal membuat comeback tidak lama lagi.

Menurut laporan, dia kini sedang dalam persiapan menghasilkan album solo sebagai buah tangan terbaru buat peminat. Kali terakhir dia mengeluarkan album adalah pada 2017 berjudul Kwon Ji Yong, genap tujuh tahun lalu.

Berita gembira itu dikongsikan wakil agensi Galaxy Corporation menerusi satu kenyataan akhbar di Korea Selatan, ketika pertemuan G-Dragon dengan Frederic Malle, pengasas wangian Perancis, Editions de Parfums Frederic Malle.

Pencipta wangian yang berpangkalan di New York itu berada di Seoul untuk melawat butiknya yang dibuka buat pertama kalinya di Asia. Baru-baru ini Editions de Parfums Frederic Malle berkolaborasi dengan penyanyi itu dan menghasilkan edisi terhad wangian popularnya, Musc Ravageur yang dikenali sebagai ‘G-Dragon Perfume’.

G-Dragon

Foto: Yonhap

“Artis kami amat teruja kerana dapat bekerjasama dengan jenama dan produk yang disukainya sejak lebih 10 tahun lalu. Dia juga kini sedang dalam proses pembikinan album baru dengan matlamat untuk membuat kemunculan semula pada separuh kedua tahun ini. Nantikan,” menurut agensi.

G-Dragon Semakin Laku

Menurut Galaxy Corporation, penyanyi yang mendapat jolokan ‘Raja K-Pop’ itu akan terus aktif dengan pelbagai projek selepas melancarkan album baru.

“Selepas membuat kemunculan semula, dia akan menjayakan aktiviti global termasuk projek di Jepun. Cawangan kami di Jepun akan memberi sokongan padu terhadap aktiviti yang dijalankannya selepas ini.”

Dragon meninggalkan agensi YG Entertainment tahun lalu dan menandatangani kontrak eksklusif dengan Galaxy Corporation. Sejak itu dia terlibat dengan pelbagai aktiviti antaranya menghadiri acara Consumer Electronics Show (CES) 2024 yang diadakan di Las Vegas pada Januari lalu. Dia turut mengumumkan kerjasama dengan Yoshiki, ketua dan pemain dram kumpulan rock legenda Jepun, X Japan.

Foto: Instagram

 

Foto: X

Pautan berkaitan: G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?

By Siti Syahidah
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

G-DRAGON BUAT KEMUNCULAN SEMULA DALAM INDUSTRI MUZIK

G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?

Bacaan Lanjut
4 SELEBRITI ASIA YANG MEMILIKI JENAMA GAYA HIDUP TERKENAL

4 SELEBRITI ASIA YANG MEMILIKI JENAMA GAYA HIDUP TERKENAL

Bacaan Lanjut
5 BINTANG K-POP YANG MEMILIKI JENAMA FESYEN SENDIRI

5 BINTANG K-POP YANG MEMILIKI JENAMA FESYEN SENDIRI

Bacaan Lanjut
G-DRAGON DINOBAT IKON FESYEN 2021

G-DRAGON DINOBAT IKON FESYEN 2021

Bacaan Lanjut
SELEPAS LEE JANG-WOO, G-DRAGON PULA DILANTIK SEBAGAI DUTA TS SHAMPOO

SELEPAS LEE JANG-WOO, G-DRAGON PULA DILANTIK SEBAGAI DUTA TS SHAMPOO

Bacaan Lanjut