Skip to content

MASTERPIECE OF EXPRESSIONISM: MERCEDES-MAYBACH S-CLASS NIGHT SERIES

Kongsikan artikel ini

Mercedes-Benz Malaysia memperkenalkan Mercedes-Maybach S 580 4MATIC Night Series, sebuah interpretasi berani terhadap ikon S-Class yang menyatukan kemewahan opulen dengan aura misteri dan sofistikated.  

Night Series memperkenalkan bahasa reka bentuk baharu melalui elemen luaran berkemasan gelap yang membezakan dirinya daripada Mercedes-Maybach konvensional. Aksen dark shadow gloss mendominasi bahagian radiator shell, bumper hadapan, logo Mercedes, trim bonet, pemegang pintu serta emblem Maybach pada tiang C. Mewujudkan siluet yang lebih tegas dan dramatik. Diperkukuhklan lagi dengan DIGITAL LIGHT headlamps yang dihiasi perincian rona rose gold. Memberikan kontras halus dan mewah pada bahagian hadapan

Interior Mercedes-Maybach S-Class Night Series

Melangkah ke dalam kabin, Mercedes-Maybach S-Class Night Series menampilkan suasana yang bukan sahaja mewah, tetapi intim dan beremosi. Upholsteri nappa leather hitam dengan sentuhan Black Pearl memberikan efek mother-of-pearl yang halus. Digandingkan dengan piping berkilau rona kelabu keemasan. Satu manifestasi ketelitian kraf yang menjadi DNA Maybach. Pencahayaan ambien aktif dalam skema warna “Garnet Glow” mencipta suasana hangat dan kontemporari, seiring dengan personaliti Night Series yang eksklusif

Elemen kayu MANUFAKTUR walnut open-pore berwarna coklat gelap dengan corak herringbone menambah dimensi semula jadi yang sofistikated. Manakala konsol tengah dengan kemasan kristal hitam bermotif Maybach menjadi titik fokus visual yang elegan.  Perincian seperti perumah corong udara berkemasan dark shadow gloss  menjadikan keseluruhan rekaan dalaman dengan harmoni yang konsisten.

Prestasi Halus Dengan Kuasa Terkawal

Di sebalik kemewahan yang tenang, Mercedes-Maybach S 580 4MATIC Night Series digerakkan oleh enjin V8 4.0 liter. Menghasilkan 503 hp dan 700 Nm tork, disokong oleh sistem EQ Boost dan Integrated Starter Generator. Pecutan dari 0–100 km/j dicapai dalam masa 4.8 saat, membuktikan bahawa prestasi dan keselesaan boleh wujud dalam satu pakej yang seimbang. Sistem seperti E-ACTIVE BODY CONTROL, stereng gandar belakang dan transmisi 9G-TRONIC memastikan pemanduan kekal lancar, stabil dan hampir terapung di atas jalan raya.

Mercedes-Maybach S-Class Night Series bukan sekadar kenderaan, ia adalah simbol pencapaian, cita rasa dan individualiti. Seperti yang dinyatakan oleh Mercedes-Benz Malaysia, setiap elemen direka untuk mencerminkan personaliti pemiliknya. Dengan harga bermula dari RM 2,404,888 (atas jalan, tanpa insurans) di Semenanjung Malaysia, Night Series meletakkan dirinya sebagai kemuncak elegan dalam dunia sedan ultra-mewah.

Artikel Berkaitan: PANDU UJI: GAYA & KUASA MERCEDES-AMG GLC COUPÉ

Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.

Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

mercedes-benz glc 300

#GLPANDUUJI MERCEDES-BENZ GLC 300 4MATIC

Bacaan Lanjut
MERCEDES-EQ: PEMACU MOBILITI ELEKTRIK MASA HADAPAN

MERCEDES-EQ: PEMACU MOBILITI ELEKTRIK MASA HADAPAN

Bacaan Lanjut

DEFINISI BAHARU LELAKI WARDROBE

Bacaan Lanjut

Dan kereta terbaik ASEAN 2016 ialah…

Bacaan Lanjut

PECUTAN PADU MERCEDES A 200

Bacaan Lanjut