Skip to content

DEFINISI BAHARU LELAKI WARDROBE

Kongsikan artikel ini

Wardrobe mempersembahkan “Acme Society”, episod akhir dari siri koleksi trilogi bersempena dengan Mercedes-Benz Fashion Week Kuala Lumpur 2022.

Label busana lelaki premium tempatan, Wardrobe mementaskan “Acme Society”, episod akhir dari siri koleksi triologi bersempena dengan Mercedes-Benz Fashion Week 2022. Koleksi ini menampilkan pertembungan di antara kualiti pembuatan dan jahitan dengan gaya jalanan yang segar dalam melahirkan koleksi yang penuh sofistaked.

“Acme Society” menampilkan 30 persalinan yang telah dikurasikan khas yang menyaksikan setiap satu daripadanya membawa mesej bagaimana ia melalui satu transformasi ke fasa yang lebih matang, bukan sahaja dari perspektif gaya tetapi juga pemikiran. DNA label diketengahkan yang lahir dari generasi artisan yang mahir di dalam pembuatan busana lelaki, serta hadir di dalam jiwa yang moden dan kehendak generasi ini yang semakin sofistikated di dalam pemilihan.

“Koleksi ini memperkukuhkan lagi keunikan Wardrobe dan ianya direka cipta agar dapat diubah untuk menepati citarasa serta gaya individual bukan sahaja para klien kami tetapi juga setiap audiens di luar sana yang mementingkan penampilan diri. Ini adalah ‘benchmark’ baru bagi Wardrobe di mana kami mengubah parameter dan limitasi kepada satu peringkat permulaan penciptaan gaya unik seseorang.” Kate Ketua Pegawai Eksekutif Wardrobe, Fang Heng.

“Sebagaimana nama ‘Acme Society’ itu sendiri, koleksi ini ditujukan khas buat semua ahli masyarakat yang prolifik dan peka dengan situasi semasa. Dapat juga dilihat bahawa terdapat kekaburan pada garisan yang menjadi penanda aras di antara gaya mewah dan gaya jalanan yang lebih kasual. Tetapi apa yang masih diutamakan adalah teknik di dalam pembuatan, penggunaan warna dan kepelbagaian siluet justeru menjadikan koleksi ini amat versatil,” tambah Fang Heng.

Dibahagikan kepada tiga segmen, koleksi ini menampilkan rona tanah, seleksi skala kelabu, corak fesyen yang pelbagai, daripada kotak ‘glen’ sehinggalah ‘plaid’ dan jaluran, pemilihan ‘outerwear’ yang ranggi dan ringan bersesuaian dengan cuaca tropika namun boleh dijadikan ‘staple’ oleh sang pengembara. Ia diakhiri dengan sentuhan fesyen yang ‘vibrant’ dan berani dengan rona gelap seperti merah hati, ‘burgundy’ dan hitam.

 

Foto: Wardrobe (AllIsAmazing)

Baca lebih lanjut: 10 ‘MUST WATCH’ SEPANJANG OGOS 2022

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

6 MASALAH GAYA YANG SERING DIHADAPI LELAKI MENURUT PAKAR FESYEN

Bacaan Lanjut

#GL15TAHUN GLORIOUS TEA CONNOISSEUR, BRYAN LOO

Bacaan Lanjut

ACME SOCIETY, EPILOG SIRI TRILOGI WARDROBE

Bacaan Lanjut

Dior Men dalam Komik X-Men

Bacaan Lanjut

ILHAM JAHITAN EKSKLUSIF DARI CUFFZ

Bacaan Lanjut