MEMPERKENALKAN GALAXY NOTE10, DESAIN MENAWAN DENGAN SPESIFIKASI HEBAT
Baru-baru ini, Samsung melancarkan Galaxy Note 10 dan Note 10+, peranti telefon mudah alih premium baru yang menggabungkan reka bentuk elegan dengan prestasi hebat dalam membantu pengguna setiap saat dalam kehidupan. Diilhamkan dari generasi yang seiring antara kerja dan kehidupan, Galaxy Note 10 memberikan pengguna kebebasan untuk bekerja dengan cara yang mereka mahu dalam mempamerkan semangat kreatif dan individualiti mereka.
Bercakap pada pelancaran rasmi Samsung Galaxy Note10, Yoonsoo Kim, Presiden Samsung Malaysia Electronics berkata, "Galaxy Note10 membuktikan bahawa Samsung terus berusaha dan menjadi pencipta kepada pengalaman mudah alih baru di semua platform dan peranti. Buat pertama kalinya, Samsung memperkenalkan bukan satu, tetapi dua peranti yang datang dengan empat revolusinasi dari segi reka bentuk, kreativiti, produktiviti, dan prestasi, yang menawarkan semua ciri ini dalam satu telefon mudah alih, berkeupayaan memberikan kemungkinan tiada berkesudahan di masa hadapan".
REKA BENTUK DENGAN PENGALAMAN PREMIUM
Ini adalah pertama kali Samsung Galaxy versi Note hadir dengan dua versi berbeza dengan kelainan saiz untuk pilihan pengguna berdasarkan kesesuaian dan kepenggunaan. Setiap perincian rekaan Galaxy Note10 direka tipis dan bebas gangguan, maka pengguna dapat memfokuskan kepada idea dan kandungan yang ingin dicipta.
Galaxy Note10 menawarkan paparan Dynamic AMOLED yang terbaik! Dengan pensijilan HDR10 + dan Pemetaan Nada Dinamik, gambar dan video menjadi lebih cerah dengan julat warna yang menakjubkan. Paparan Keselesaan Mata mengurangkan cahaya biru tanpa menjejaskan kualiti warna untuk tontonan yang selesa.
PRODUKTIVITI MENINGKAT
Galaxy Note10 turut menyerlah dengan teknologi baru, keupayaan yang dipertingkatkan, dan integrasi yang kuat dalam memberi pengguna kebebasan untuk bekerja dengan cara paling produktif. Antara fungsi yang menyerlah di mata kami adalah:
Dari tulisan tangan ke teks: Galaxy Note10 menawarkan keupayaan menukar tulisan tangan kepada teks digital menerusi S Pen yang direkbentuk khas untuk fungsi ini. Sekarang pengguna boleh mencatat nota dengan serta-merta menukar tulisan tangan mereka ke teks digital dalam Nota Samsung, dan mengeksportnya ke pelbagai format yang berbeza, termasuk Microsoft Word.
Evolusi S Pen: Fungsi S Pen dipertingkatkan dengan sokongan accelerometer yang membolehkan ia mengesan pergerakan yang dipanggil Air Actions. Penggunaan kamera utama ke swafoto, mengubah mod kamera dan melakukan zum boleh dilakukan dengan menggerakkan S Pen di udara. Pngguna juga berupaya untuk bermain permainan atau menggunakan aplikasi kegemaran mereka menggunakan gerak isyarat agar lebih lancar.
Samsung DeX for PC: Galaxy Note10 diperkembang dengan fungsi DeX di mana kali ini boleh digunakan pada sebuah komputer Windows 10. Apabila Note 10 disambungkan pada sebuah PC. Secara drag and drop, kesemua storan di dalam peranti boleh dipindahkan ke dalam komputer. Fail dari PC ke Note 10 juga boleh dipindahkan menggunakan kaedah yang sama.
KAMERA DIPERTINGKAT, GAMBAR TERBAIK!
Untuk Galaxy Note10, kamera utama 12-Megapixel dengan lensa lebar mempunyai sistem bukaan boleh ubah f/1.5+ f/2.4. Galaxy Note+ menggunakan tetapan tiga lensa bagi kamera utamanya iaitu 12 megapixel (MP) lensa lebar + 16MP lensa sudut ultra lebar + 12MP serta keupayaan 3D TOF untuk melakukan imbasan 3 dimensi. Kamera hadapan pula sebesar 10-Megapixel.
CIRI TAMBAHAN UNTUK KUASA PENGGUNA
Super Fast Charging: Dengan hanya 30 minit, jangka hayat bateri Galaxy Note10+ bertahan selama sepanjang hari dengan keupayaan mengecas 45W.
Skrin Ultrosonik: Pengimbas cap jari dalam skrin ultrasonik turut disertakan pada kedua-dua model. Hasilnya ialah peranti yang mempunyai 94% skrin pada bahagian hadapan.
Gaming: Galaxy Note10 menawarkan sistem pendinginan wap yang memberikan prestasi optimum semasa permainan.
Untuk pasaran Malaysia, Samsung Galaxy Note 10 ditawarkan dengan warna Aura Glow, Aura Black dan, Aura Pink. Samsung Galaxy Note 10+ pula ditawarkan dengan warna Aura Glow, Aura White, dan Aura Black. Samsung Galaxy Note 10 dijual pada harga RM3699 manakala Galaxy Note 10+ pula pada harga RM4199 untuk storan sebesar 256GB dan RM4799 untuk storan sebesar 512GB.