Mencabar Sempadan Bersama BMW R 1250 RT
BMW Motorrad Malaysia melancarkan jentera baharu, BMW R 1250 RT sebagai ahli terkini dalam generasi portfolio motosikal penjelajahan dinamik di Malaysia.
Buat peminat motorsikal jelajah, BMW Motorrad Malaysia mempersembahkan jentera terbaharu, BMW R 1250 RT. Pengeluar kenderaan premium antarabangsa ini merungkaikan ahli baharu dalam portfolio motosikal penjelajah dinamik di Malaysia. BMW R 1250 RT baharu kini disediakan dengan peralatan standard yang dinaik taraf, termasuk BMW Full Integral ABS Pro dan Kawalan Cengkaman Dinamik (Dynamic Traction Control),untuk menawarkan pengalaman tunggangan berjarak jauh yang tiada tandingan.
“Kami berbesar hati untuk menyambut ketibaan ahli baharu dalam famili BMW Motorrad. Sejak sekian lama, BMW RT telah menetapkan tanda aras dalam kelasnya, dan jentera BMW R 1250 RT baharu juga akan berbuat demikian dengan menawarkan para pemilik sebuah iras yang terkini, penambah baikan yang komprehensif dari segikelengkapan standard dan aspek teknikal demimenjamin pengalaman tunggangan yang serba baharu,” menurut Harald Hoelzl, Pengarah Urusan BMW Group Malaysia.
Jentera penjelajah dinamik yang terbaharu ini hadir dengan inovasi yang bersofistikasi untuk menjamin kepuasan penungganganyang lebih tinggi, maka para penunggang dapat mengamati pengalaman yang luar biasa ketika menyelusuri segala bentuk Haluan yang terbentang di hadapan mereka.Iras Motorsikal jelajah baharu yang serba megah diserlahkan oleh komponen reraut (fairing) hadapan dengan aerodinamik yang teroptimum, yang turut memuatkan ampu hadapan LED berpangsi dengan ciri adaptif. Elemen pencahayaan dibekalkan oleh lampu indikator LED dan lampu belakang LED. Indikator membelok dengan fungsi ‘comfort’ serta roda aluminium yang menawan juga ditawarkan sebagai standard.
BMW R 1250 RT baharu dikuasakan oleh enjin boxer dua silinder berkapasiti 1,254 CC yang menggunakan sistem pacuan aci, lantas membekalkan 100 kW / 136 kk pada paras 7,750 rpm dan nilai tork berjumlah 143 Nm padap aras 6,250 rpm dalam piawaian EU5 semasa. Ia menjamin tunggangan yang menyelesakan serta tujahan yang dinamik. Disempurnakan oleh teknologi BMW ShiftCam dengan kawalan aci sesondol berciri boleh ubah bagi pemasaan injap dan peninggian injap yang bervariasi pada bahagian salur masuk, teknologi ini menawarkan kuasa yang lebih hebat bagi seluruh julat kelajuan.
Dari segi saluran maklumat hibur, motorsikal penjelajahan baharu didatangkan dengan Connectivity yang mencakupi kluster instrumen multifungsi baharu dengan skrin TFT berwarna 10.25”, sebuah unit multikawalan, fungsi Bluetooth, serta navigasi peta yang disediakan melalui aplikasi BMW Motorrad Connected. Sistem Audio 2.0 / Perisian Radio juga membekalkan hiburan muzik ketika menunggang, hadir dengan fungsi bunyi yang menyeluruh untuk dinikmati melalui Sistem Komunikasi BMW Motorrad (BMW Motorrad Communication System).
Disediakan dalam penggayaan Style Sport dan Style Elegance, penjelajah dinamik baharu ini dilengkapi dengan pakej Comfort dan Dynamic sebagai standard, yang menawarkan pelbagai ciri kefungsian seperti Gear Shift Assistant Pro, fungsi Tunggangan Tanpa Kunci (Keyless Ride), sistem pengunci sentral, pemanas tempat duduk, pelumpuh elektrik dengan sistem amaran antikecurian, kawalan tekanan tayar, soket 12 V, serta sambungan telefon bimbit dengan keupayaan pengecasan tanpa wayar.
Motorsikal jelajah BMW R 1250 RT baharu boleh didapati di semua pusat pengedaran BMW Motorrad yang bertauliah di seluruh negara mulai April 2021. Harga jualan (atas jalan, tanpa insurans, dan Waranti Terbaharu Bertempoh 3 Tahun serta Program Bantuan Tepi Jalan Bertempoh 3 Tahun oleh BMW Motorrad Malaysia) adalah RM 142,500.00.
Foto: BMW Motorrad Malaysia
Baca lebih lanjut: REGÉ-JEAN PAGE TIDAK KEMBALI MEMBINTANGI MUSIM KEDUA BRIDGERTON
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BMW X4 – ELEKTRIFIKASI, SPORTY DAN PENUH SOFISTIKASI
BMW Malaysia memperkenalkan generasi terbaharu BMW X4 yang dipasang secara domestik di Malaysia dalam elektrifikasi sporty penuh sofistikasi.
GENERASI SKUTER URBAN METROPOLITAN
BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan dua skuter premium dalam segmen Mobiliti Urban iaitu BMW C 400 X dan BMW C 400 GT baharu.
BMW 5 SERIES PENERAJU PERUBAHAN BAHARU
BMW Malaysia membariskan BMW 530e M Sport dan BMW 530i M Sport, dua varian BMW 5 Series baharu yang dipasang secara domestik di Malaysia.
SENSASI MINI ELECTRIC GENERASI TERKINI
MINI Malaysia memperkenalkan generasi MINI Electric yang dikuasakan 100 peratus oleh elektrik untuk menyempurnakan gaya hidup moden MINIacs.
BMW F 850 GS: Edisi Ulang Tahun Ke-40
BMW Motorrad Malaysia mempersembahkan motosikal kembara baharu, BMW F 850 GS “40 Years GS Edition” dengan edisi ulang tahun model jelajah klasik eksklusif buat peminat motosikal di Malaysia.
SUSUK SEGAR KOMPAK SAV BMW X1
Menyingkap tirai tahun 2020, BMW Malaysia mempersembahkan nuansa kelasakan yang diperbaharui dalam rangkaian BMW X yang dipasang di dalam Malaysia.