MYVI 2018 KINI LEBIH CANGGIH, LEBIH SELAMAT
Perodua Myvi 2018 yang terbaru dilancarkan secara rasmi malam tadi. Harga bermula dari RM44,300 (tanpa insurans), All-New Myvi telah mengambil signatur Modern Technologu, Youthful Design, Versatile space dan Inttelligent safety ke tahap yang lebih baru. Kereta ini juga adalah kenderaan pertama di Malaysia yang memperkenalkan ciri keselamatan lanjutan dan turut menawarkan lebih banyak kelengkapan daripada yang sebelumnya.
Dilengkapi dengan enjin Kenderaan Ekuiti 1.3 dan 1.5 (EEV), kereta Myvi terbaru ini turut dilengkapi dengan Dual VVT-i. Enjin kenderaan dikendalikan sama ada dengan transmisi manual lima kelajuan (MT) dalam vairan 1.3 L atau transmisi automatik empat kelajuan untuk semua varian. Enjin NR yang baru ini berasal daripada Kilang Enjin Daihatsu Perodua di Sendayan, Negeri Sembilan.
Kereta Myvi terbaru ini turut mempunyai Eco Idle (1.3X, 1.5H dan 1.5AV) di mana enjin akan dimatikan secara automatok apabila kereta dihentikan dan dimulakan semula apabila pedal brek dibebaskan. Bersama dengan penambahaikan aerodinamik, ini dapat membantu untuk menjimatkan bahan api sebanyak 20.1 km/l unutk 1.5 AT (Dual VVT-i).
The All New- Myvi telah menawarkan lima varian iaitu 1.3 Standard G (MT), 1.3 Standard G (AT), 1.3 Pemium X (AT), 1.5 High (AT) dan 1.5 Advance (AT). Ternyata kereta Myvi terbaru ini adalah kereta untuk semua.
The All New-Myvi ini lebih panjang, lebih rendah dan lebih luas dari rangkaian kereta Myvi sebelum ini. Kereta ini turut dilengkapi dengan lampu depan LED dengan fungsi ‘Auto-off’ dan ‘Follow-me-home’ dan butang Mula/Henti enjin yang menjadikan pengalaman memandu anda lebih mudah.
Terletak pada rim aloi sebagai standard, berukuran 14 inci untuk 1.3 varian dan 15 inci untuk 1.5 varian (dengan kemasan dua nada). Dengan jarak sebanyak 973mm antara penumpang depan dan belakang, memastikan anda mempunyai ruang yang banyak untuk kaki anda dan dengan susunan tempat duduk fleksibel 8+1, The All New Myvi ini sememangnya sesuai dengan gaya hidup anda bersama keluarga.
Varian 1.5 High pula mempunyai ciri sporty pada bahagian depan dan sisi kereta, bumper belakang dua nada, spoiler belakang dan pembaca tol terbina dalam di mana ia adalah ciri pertama untuk kereta Perodua. Anda hanya perlu masukkan kad Touch ‘n Go ke dalam pembaca dan anda boleh memandu melalui laluan tol SmartTAG.
Oleh Wan Mohd Firdaus, 17 November 2017 (Sumber: JELITA)
Tags
Artikel Yang Berkaitan
5 MOTOSIKAL TERMAHAL DI DUNIA 2023
Apakah motosikal yang termahal di dunia tahun ini? Walaupun ada yang hanya dipamerkan di muzium, semak senarai ini untuk mengetahui motosikal atau superbike yang berjaya menduduki senarai teratas.
TIGUAN ALLSPACE #SUVW BUAT SEMUA
Lebih daripada sekadar reka bentuk juga prestasi, Tiguan Allspace adalah satu kenderaan utiliti sukan termoden lagi tercanggih!
TIGUAN ALLSPACE LIFE
Keluarga #SUVW: TIGUAN ALLSPACE LIFE Baharu Dilancarkan Pada Harga Bermula RM172,990.
Melangkah Ke Masa Depan Elektrik Sepenuhnya
Memperkenalkan XC40 Recharge Pure Electric, Volvo Car Malaysia menyasarkan 75% jualan daripada EV menjelang 2025 lantas menyasarkan untuk menjadi syarikat automatif eletrik sepenuhnya menjelang 2030.
GOLF R-LINE – EVOLUSI KESERONOKAN VOLKSWAGEN TERBAHARU
Volkswagen Passenger Cars Malaysia memperkenalkan evolusi digital generasi terbaharu Golf R-Line yang kini hadir dengan desain yang lebih sporty dan ekspresif.
Keanggunan Nan Agresif
Arteon R-Line baharu tampil mengimbangi kuasa, karakter serta karismanya. Mengemudi stereng yang disokong sistem pacuan semua roda 4MOTION menyalurkan kuasa buat memberi cengkaman serta kawalan lebih baik.