PELAKON WANITA POPULAR YANG PERNAH BERGANDINGAN DENGAN SYUKRI YAHAYA
Shukri Yahaya bukan nama asing dalam dunia hiburan tempatan malah, dia ibarat “Superhero Malaysia” moden yang sentiasa mencuri tumpuan di kaca TV. Dari watak Khuzairi yang bikin penonton geram dan sayang dalam 7 Hari Mencintaiku sehinggalah suami misteri dalam Rindu Awak Separuh Nyawa, Shukri membuktikan bahawa dia mempunyai skill hebat dalam bidang lakonan dan bukan sekadar memiliki wajah yang tampan. Lakonannya yang bersahaja, penuh emosi dan ‘chemistry’ mantap dengan pelakon wanita popular menjadikan setiap naskhah lakonannya hit dan trending. Dengan aura tenang tapi penuh karisma, tidak hairanlah Shukri terus kekal relevan dan digelar antara pelakon lelaki paling diminati di Malaysia hari ini.
#1 Siti Saleha
Memainkan watak Mia Adriana dalam 7 Hari Mencintaiku (siri pertama hingga ketiga) sebagai isteri kepada watak Khuzairi lakonan Shukri Yahaya. Chemistry mereka dianggap mantap dan menjadi sebab drama tersebut sangat popular.
#2 Nina Iskandar & Puteri Balqis
Berlakon bersama Shukri dalam drama Andainya Takdir (2017), di mana Nina dan Puteri membawakan watak utama wanita.
#3 Uqasha Senrose & Marsha Milan
Kedua-dua pelakon ini terlibat dalam drama Rindu Awak Separuh Nyawa (2021) sebagai pelakon utama bersama Shukri
#4 Hannah Delisha
Berlakon dalam 30 Pesanan Suara (2019) sebagai Syafira bersama Shukri Yahya sebagai Amri/Izman.Juga berpasangan dalam drama Andai Itu Takdirnya (2023) sebagai Aleya bersama Shukri
#5 Mira Filzah & Sharifah Sakinah
Memainkan watak utama wanita dalam drama Curang Tanpa Niat (2025) bersama Shukri yang membawa watak suami curang. Sharifah Sakinah mendapat perhatian kerana adegan lucu yang turut mencuit hati penonton.
#6 Janna Nick, Ummi Nazeera & Trisha Ooi
Berlakon dalam drama Surat Dari Tuhan (2023); Janna sebagai Misha (isteri Shukri), serta Ummi dan Trisha sebagai watak utama pendamping.
#7 Intan Najuwa
Berlakon bersama Shukri dalam drama Hantu Punya Bos! (2016) sebagai Abby, pasangan utama dalam slot Iris TV3.
Artikel berkaitan: SHUKRI YAHAYA KEKAL RELEVAN DAN CEMERLANG SEBAGAI PELAKON DRAMA & FILEM MESKI SUDAH 13 TAHUN DALAM INDUSTRI
Tags
Artikel Yang Berkaitan
FILEM PATUT TONTON DI PAWAGAM PADA JUN 2025
Filem-filem yang bakal ditayangkan di pawagam pada bulan Jun 2025 semestinya memberi pelbagai emosi yang naik turun buat pencinta filem.
7 FAKTA MENGEJUTKAN TENTANG MISSION: IMPOSSIBLE – THE FINAL RECKONING YANG RAMAI TAK TAHU
Filem Mission Impossible The Final Reckoning sarat aksi ekstrem dan rahsia. Ini fakta tersembunyi yang mungkin anda terlepas pandang.
5 DRAMA LAKONAN ALVN YANG CEMERLANG
Ramai yang tidak tahu, ALVN atau dahulu dikenali sebagai Alvin Chong memulakan kariernya di dalam industri seni dengan bidang nyanyian.
5 PELAKON MESTI KENALI DALAM FILEM BLOOD BROTHERS
Kebangkitan luar biasa filem tempatan apabila Blood Brothers: Bara Naga muncul sebagai karya epik yang mencetuskan sensasi.
5 SEBAB MENGAPA FILEM MINECRAFT BERJAYA BESAR
Ada sesuatu yang menarik tentang filem Minecraft apabila memberikan petanda bahawa ia mampu hit box office yang mengejutkan.
TOM HARDY EFFECT: SENARAI WAJIB TONTON UNTUK ANDA
Tom Hard lebih daripada sekadar wajah garang dan berrahang tajam. Ia tentang intensiti yang membara, tenaga hebat dan aura maskulin.