PENAMPILAN PERTAMA CHOI SEUNGHYUN SETELAH 5 TAHUN
Choi Seunghyun atau lebih dikenali sebagai T.O.P dari kumpulan legenda BIGBANG akhirnya muncul di khalayak ramai selepas lima tahun menyepi. Penampilan eksklusif beliau di sebuah acara seni baru-baru ini menarik perhatian ramai, sekali gus menandakan kemunculan semula figura ini dalam dunia hiburan. Seperti biasa, T.O.P tampil dengan gaya yang penuh misteri dan karisma.
Penantian Peminat Choi Seunghyun Berakhir
Sejak pengunduran dirinya dari aktiviti seni beberapa tahun lalu, ramai peminat tertanya-tanya ke mana hilangnya figura ikonik ini. T.O.P memilih untuk menjauh dari sorotan media selepas tamat latihan ketenteraan pada tahun 2019. Beliau tidak aktif di media sosial dan jarang muncul di acara awam. Walaupun ada beberapa kemunculan kecil di laman Instagram, ia tidak cukup untuk memuaskan rindu peminat setianya.
Namun, segalanya berubah apabila beliau muncul di acara screening dan panel diskusi untuk musim terakhir Squid Game minggu lalu bertempat di Eqyptian Theater, Los Angeles.
Penampilan Bergaya, Pesona Masih Sama
T.O.P hadir dalam sut gelap berstruktur moden, lengkap dengan cermin mata dan gaya rambut yang kemas. Penampilannya ringkas tetapi tetap bergaya, sesuai dengan imej misteri dan elegan yang telah lama sinonim dengannya.
Gaya beliau di acara tersebut menjadi perbualan hangat di media sosial. Ramai memuji penampilan matang dan segar T.O.P, yang tampak lebih eksklusif dan berkelas. Seperti biasa, beliau membuktikan bahawa fesyen bukan sekadar pakaian, tetapi satu bentuk ekspresi diri yang kuat.
Ke Mana Arah T.O.P Seterusnya?
Selepas bertahun menjauh dari dunia hiburan, kemunculan T.O.P menimbulkan pelbagai spekulasi. Adakah ini permulaan kepada kemunculan semula? Atau sekadar penampilan istimewa bagi projek tertentu?
Sebelum ini, beliau banyak memberi tumpuan kepada seni visual dan projek peribadi. Namun, penglibatannya dalam acara sebesar Squid Game menunjukkan minat beliau mungkin telah kembali kepada dunia lakonan atau hiburan secara lebih serius.
Kemunculan Choi Seunghyun Yang Dinanti
Kemunculan semula T.O.P ini bukan sahaja mengubat rindu peminat, malah membuka peluang untuk fasa baharu dalam kerjayanya. Sama ada dalam seni, fesyen atau muzik, T.O.P kekal sebagai figura yang sukar diganti. Walaupun menyepi, beliau tidak pernah dilupakan.
Lima tahun adalah satu tempoh yang lama, tetapi peminat tetap setia menanti. Kini, mereka akhirnya dapat melihat idola kesayangan tampil kembali, bukan sahaja dengan gaya, tetapi dengan kehadiran yang penuh makna. Apa yang pasti, Choi Seunghyun bukan sekadar legenda K-pop, tetapi juga figura budaya yang terus relevan biar pun dalam diam.
ARTIKEL BERKAITAN: BERSEDIA UNTUK BINGE? 5 KDRAMA BARU BAKAL DITAYANG
Tags
Artikel Yang Berkaitan
BERSEDIA UNTUK BINGE? 5 KDRAMA BARU BAKAL DITAYANG
Ketahui 5 K-Drama menarik bakal menemui penonton pada separuh kedua tahun ini dari kisah romantik hingga aksi yang mendebarkan.
10 IDOL RAPPER KPOP DENGAN RAP TERPANTAS DI DUNIA
Walaupun ramai menganggap idol rapper hanyalah pelengkap lagu, realitinya segelintir bintang mampu menyaingi rapper profesional.
10 K-DRAMA MENARIK BAKAL MENGHIBURKAN ANDA SEPANJANG 2025
Tahun 2025 menyajikan pelbagai siri Korea hebat yang akan membuatkan anda terus melekat di skrin telefon mahupun kaca televisyen.
BIG BANG MENGEJUTKAN PEMINAT SELEPAS 7 TAHUN
Selepas tujuh tahun, kumpulan lelaki terkenal dari Korea Selatan, BIG BANG akhirnya kembali semula tanpa dirancang. Kumpulan lelaki yang membawa fenomena dari Korea Selatan hingga serata dunia, BIG BANG akhirnya kembali dan membuat persembahan bersama tanpa dirancang. Salah seorang ahli BIG BANG, Taeyang telah melakukan konsertnya, The Light Year di Seoul pada 31 Ogos dan…
G-DRAGON BIGBANG TERLIBAT DALAM SKANDAL DADAH?
Baru beberapa hari lalu aktor Lee Sun Kyun didakwa terlibat dalam kes penyalahgunaan dadah. Kini giliran G-Dragon pula menerima pertuduhan sama.
Kelanjutan Eksplorasi Material Hublot
Diperkasa dalam kesinambungan penyatuan elemennya, Big Bang Integral Ceramic ciptaan Hublot membariskan empat rona baharu dalam meniti eksplorasinya ke seluruh penjuru dunia.