Skip to content

RAIKAN AKHIR TAHUN DENGAN FESTIVE OMASAKE DI NOBU KL

Kongsikan artikel ini

Nobu KL akan memperkenalkan menu istimewa Festive Omasake terbaharu untuk meraikan kemeriahan perayaan akhir tahun bermula 23 Disember nanti.

Akhir tahun merupakan momen yang cukup istimewa untuk meraikan bersama yang tercinta. Bermula 23 Disember 2022 sehingga 1 Januari 2023, Nobu KL akan memperkenalkan seleksi menu Festive Omasake terbaharu yang eksklusif untuk meraikan kemeriahan perayaan akhir tahun dan Krismas.

Sushi Selection

Restoran Nobu KL terkenal dengan seleksi menu nan eksklusif dalam memberikan pengalaman gastronomi yang terbaik. Menu Festive Omasake ini diciptakan penuh teliti oleh barisan cef Nobu yang terkenal yang akan menggunakan seleksi makanan laut yang segar mewah dan bahan-bahan Jepun bermusim seperti buah pisang kaki.

Cold Soba Abalone with Nori Soup & Baked King Crab with Egg White

Oleh kerana menu Festive Omasake dihasilkan bersempena dengan perayaan Tahun Baharu Jepun, pengaruh tradisi seperti mi dan pisang kaki disulamkan ke dalam menu, bersama sajian Nobu klasik kegemaran ramai, Flower Crab with Egg Foam yang diberikan nafas baharu. Sudah tentu Chargrilled A5 Wagyu Sirloin yang mengagumkan bakal menjadi tarikan utama nanti.

Chargrilled A5 Wagyu Sirloin

Nobu KL juga mahu meraikan msuim perayaan akhir tahun ini dengan Charity Lucky Draw. Bermula 1 hingga 18 Disember 2022, pengunjung yang berbelanja sebanyak RM500 minimum berpeluang untuk menyertai cabutan bertuah dengan hadiah daripada La Jung Clinic dan Gentlemen’s Tonic. Dengan peratusan keuntungan akan disalurkan kepada Make-A-Wish Foundation, pemenang akan diumumkan pada 27 Disember nanti.

Menu istimewa Festive Omasake di Nobu KL boleh didapati untuk makan malam pada harga RM750++ seorang.

Hamachi Tartare

Hamachi Tartare

(Caviar, Yuzu Olive, Dry Miso)

Cold Soba Abalone with Nori Soup

Baked King Crab with Egg White

Chargrilled A5 Wagyu Sirloin

(Aji Amarillo Sauce, Burnt Celeriac Puree, Persimmon Chutney)

Sushi Selection

(Kohada, Tairagai, Hirame Kobujime, Tamago, Toro)

“Ornament”

(Hazelnut Praline, Orange Yuzu Marmalade, Yuzu Gel & Feuilletine Milk Chocolate Ganache)

Ornament

 

Tempahan boleh dibuat melalui nobuklreservations@noburestaurants.com.

 

Foto: Nobu Kuala Lumpur

Baca lebih lanjut: TAN SRI MICHELLE YEOH TERCALON, TOM CRUISE DIKETEPIKAN ANUGERAH GOLDEN GLOBES 2023

By Muzammin Muzlan
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

sheraton pj

CITA RASA AUTENTIK JEPUN DI MIYABI, SHERATON PETALING JAYA HOTEL

Bacaan Lanjut

AURUM THEATRE LANCAR PENGALAMAN HIBURAN ULTRA-MEWAH TERBESAR DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
the table suria klcc

PENGALAMAN KULINARI JEPUN, THE TABLE KINI DIBUKA DI SURIA KLCC

Bacaan Lanjut
restoran cina EMP KL the Westin Kuala Lumpur

SANTAPAN BAGAI MAHARAJA CINA DI RESTORAN EMP KL, THE WESTIN KUALA LUMPUR

Bacaan Lanjut
BAKAL RAI KRISMAS SENDIRIAN, INI LUAHAN HATI TOM BRADY

BAKAL RAI KRISMAS SENDIRIAN, INI LUAHAN HATI TOM BRADY

Bacaan Lanjut

5 FILEM PEMBUNUHAN PENUH MISTERI PERLU TONTON AKHIR TAHUN INI

Bacaan Lanjut