RAMADAN 2026 PENUH MAKNA: DESTINASI RASA DI LE MÉRIDIEN PUTRAJAYA
Ramadan sentiasa menjadi waktu untuk kembali kepada makna kebersamaan. Le Méridien Putrajaya, pengalaman berbuka puasa tahun ini diraikan dengan penuh rasa dan tradisi menerusi Destinasi Rasa: A Flavourful Ramadan Journey di restoran Latest Recipe.
Berlangsung dari 19 Februari hingga 20 Mac 2026. Destinasi Rasa menampilkan sebuah bufet Ramadan yang meraikan kekayaan warisan kulinari Malaysia. Dipersembahkan dalam suasana mesra dan meriah, sesuai untuk dinikmati bersama keluarga, sahabat mahupun rakan sekerja
Ramadan 2026: Warisan Rasa Sebagai Pembuka Selera
Pengalaman bermula dengan aneka kerabu dan ulam-ulaman tradisional, menampilkan pilihan seperti kacang botol, petai, ulam raja, pegaga dan jantung pisang. Lengkap dengan pelbagai pencecah ikonik termasuk sambal belacan, tempoyak, budu dan cincalok, stesen ini mengangkat keaslian rasa tempatan yang jarang dipersembahkan secara menyeluruh dalam bufet moden.

Hidangan Utama: Tradisi Bertemu Sentuhan Kontemporari
Destinasi Rasa menyerlahkan kepelbagaian budaya Malaysia melalui gabungan hidangan klasik dan pengaruh antarabangsa. Antara sorotan utama termasuk Ayam Percik, Kambing Kurma Berkentang, Sambal Sotong, serta Pucuk Ubi Masak Lemak Cili Padi yang kaya dengan rasa asli.


Hidangan kegemaran ramai seperti Nasi Ayam Hainan juga turut dihidangkan. Mencerminkan bagaimana citarasa pelbagai kaum di Malaysia saling berasimilasi dan membentuk identiti kulinari yang unik. Stesen langsung seperti sushi fusion serta tempura makanan laut dan sayuran menambah elemen moden dan visual yang menarik.
Penutup Manis yang Menggamit Kenangan
Sebagai penutup, tetamu disajikan dengan pilihan pencuci mulut yang seimbang antara klasik dan kontemporari. Dari jagung kukus segar, kek coklat, red velvet, sehinggalah Salted Caramel Pandan Honeycomb Cake, setiap hidangan direka untuk memberi variasa rasa. Air pancut coklat interaktif bersama buah-buahan, marshmallow dan buah kering menambah elemen keseronokan. Manakala lebih 20 jenis kuih-muih Melayu dan Nyonya melengkapkan pengalaman berbuka dengan sentuhan warisan tempatan yang autentik.

Dengan hidangan dan stesen langsung yang interaktif serta suasana yang mengundang rasa kebersamaan, Destinasi Rasa di Latest Recipe, Le Méridien Putrajaya menjanjikan pengalaman berbuka puasa yang menghubungkan rasa, tradisi dan makna Ramadan itu sendiri.
Artikel Berkaitan: TIP UNTUK KEKAL BERTENAGA KETIKA BERPUASA DI BULAN RAMADAN
Penulis bermata pereka, mengubah trend dan momen harian menjadi cerita bergaya;— dan juga mungkin menyerlahkan pesona.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
PENAMPILAN SELEBRITI DI NEW YORK FASHION WEEK 2026
Biar apa pun generasi, dari Romeo Beckham hingga Kelly Rutherford, semuanya tampil penuh gaya di New York Fashion Week 2026.
APABILA RUMAH JADI KARYA: KENALI 5 PEREKA DALAMAN LOKAL INI
Kenali 5 pereka dalaman lokal Malaysia yang mencipta ruang penuh karakter, daripada gaya minimal hingga mewah, moden dan dekat dengan alam.
HIGH COUNCIL UNIVERSE: INI KRONOLOGI SEBENAR PROJEK: HIGH COUNCIL, KAHAR & KUDRAT 1968
KUDRAT 1968 bukan sekadar prekuel, ini adalah turutan tontonan untuk faham keseluruhan High Council Universe.
7 JAM TANGAN BAHARU BULAN SEPTEMBER 2026!
Lihatkan tujuh sorotan jam tangan baharu yang menjadi tumpuan horologi bulan September.
LEBIH LONGGAR, LEBIH BERGAYA: TREND OVERSIZED KEMBALI POPULAR
Oversized kembali mencuri perhatian dengan siluet longgar, selesa dan bergaya yang semakin menjadi pilihan generasi kini
FENOMENA FILEM CHELOT: INI 7 WAJAH PELAKON YANG DIKENALI
Filem Chelot yang kini nombor satu di Malaysia hadir dengan barisan pelakon tempatan yang amat dikenali dengan bakat lakonan mereka.











