RIMOWA RAI TAHUN BARU DENGAN SEMANGAT MELALUI GERAKAN DAN KETAHANAN
Tahun baru 2026 disambut dengan koleksi dan kempen terbaru RIMOWA, menampilkan Greg Hsu dan maestro Opera Peking, Geng Qaoyun.
Sejak penubuhannya pada tahun 1898 di Cologne, RIMOWA kekal sebagai perintis dalam menghasilkan bagasi yang menjadi teman setia para pengembara di seluruh dunia. Sempena Tahun Kuda, Maison Jerman ini mengambil inspirasi daripada kebebasan irama yang tidak terikat, menerusi kempen bertajuk “Enjoy the Ride.”

Kempen ini merujuk kepada “Tang Ma,” teknik persembahan menunggang kuda dalam Opera Cina tradisional. Ia meneroka hubungan yang berterusan antara pergerakan dan imaginasi. Mereka sekali gus membina jambatan antara warisan budaya dan semangat perjalanan kontemporari. Filem kempen ini diarahkan oleh Dorothea Sing Zhang dan dibintangi oleh Greg Hsu, Friend of the Brand RIMOWA. Turut tampil ialah Geng Qiaoyun, maestro Opera Peking yang disegani dan penerima Anugerah Plum Blossom.

Ketika menghadiri persembahan Tang Ma, Hsu tertarik untuk memulakan satu perjalanan bandar yang tidak disangka-sangka. Dengan pergerakannya seiring gema gerak isyarat berirama dalam opera tersebut. Dalam perjalanan itu, Hsu membawa rekaan terbaharu RIMOWA, Original Twist dalam warna Powder Blue. Tona lembut yang melambangkan ketenangan dan pembaharuan yang dibawa oleh tahun baharu.
Reka Bentuk Sempurna Dan Ketahanan Tinggi
Original Twist Hsu menampilkan gabungan ketukangan yang sempurna. Ia hadir dengan pemegang berbalut kulit berwarna Powder Blue serta perumah kunci TSA yang sepadan. Lengkap dengan meterai padanan yang melengkapi reka bentuk aluminium ikonik RIMOWA. Saat Hsu bergerak merentasi kota, bagasi RIMOWA menjadi simbol “kuda moden,”. Ia membawa semangat perjalanan yang dikongsi dari masa lalu ke masa kini.

Visual kempen ini turut menampilkan Hsu bersama koleksi terbaharu RIMOWA, termasuk Never Still Leather Flap Backpack dalam warna Grey. Selain itu, warna Essential terkini Maison Jerman ini — Clay & Terracotta, serta keseluruhan rangkaian Powder Blue. Diilhamkan daripada warna menenangkan pagi musim sejuk awal, tona lembut ini akan dilancarkan pada 8 Januari 2026 merentasi koleksi Distinct, Original Twist, dan Personal RIMOWA.
Selain filem, RIMOWA turut melancarkan siri visual yang dirakam di Grand Theatre of Tianjin, mendokumentasikan legasi berpanjangan venue bersejarah ini. Menyambut ketibaan tahun baharu, RIMOWA berbesar hati untuk membantu membentuk perjalanan para pengembara dalam satu langkah yang berterusan — dipandu oleh niat, imaginasi dan pergerakan.
Internet bergerak pantas, tetapi fesyen bergerak lebih laju. Di GLAM Lelaki, Batrisyia Faisal menterjemah trend kepada cerita. Fesyen, personaliti dan sedikit sentuhan gaya hidup di dalam penulisannya.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
GL PICKS: 10 PILIHAN BEG LELAKI MINIMAL RINGKAS, REFINED & SENTIASA ON POINT
Senarai 10 beg lelaki minimal 2025, menampilkan jenama mewah seperti Loewe, Prada, LV dan Gucci dalam warna paling trend.
RIMOWA PERKENAL ORIGINAL BACKPACK BERONA SILVER
Kembali dengan rona baharu iaitu silver, RIMOWA sekali lagi membuktikan kehebatan mereka dalam menggabungkan fesyen dan pratikaliti.
KLFW 2025: SOROTAN KOLEKSI TERBAIK DARI PENTAS.
KLFW 2025 mempersembahkan koleksi pereka penuh inovasi dan gaya. Lihat sorotan fesyen yang mencuri perhatian di Kuala Lumpur.
RIMOWA SERIKAN KOLEKSI DISTINCT & ORIGINAL TWIST SENTUHAN WARNA OLIVE
Temui koleksi RIMOWA Distinct & Original Twist dalam warna Olive. Rekaan mewah ini menyuntik gaya eksklusif untuk setiap pengembaraan anda!
RIMOWA ORIGINAL BAG SEBAGAI PENEMAN SETIA GAYA HAEL HUSAINI
Bagasi Original RIMOWA yang cukup ikonik menjadi inspirasi kepada penghasilan RIMOWA Original Bag yang menjulang ritma sleek dan berinovasi.
THE ORIGINAL BAG MENGHIDUPKAN LEGASI RIMOWA
Gabungan sejarah yang kaya dengan inovasi moden, sebuah beg tangan RIMOWA Original Bag dicipta bukan hanya untuk memenuhi keperluan fungsional tetapi juga menambahkan sentuhan keanggunan pada setiap langkah anda.











