ROGER FEDERER TARIK DIRI DARIPADA SUKAN OLIMPIK TOKYO
Pemain tenis Switzerland, Roger Federer mengumumkan penarikan diri daripada menyertai Sukan Olimpik 2020 yang akan diadakan di Tokyo bermula akhir bulan ini.
Juara tenis dunia dan Olympian sebanyak empat kali, Roger Federer mengumumkan penarikan dirinya daripada Sukan Olimpik 2020 yang akan diadakan di Tokyo, Jepun. Keputusan itu dibuat selepas juara Grand Slam sebanyak 20 kali itu mengalami kecedaraan sejak dia menjalani pembedahan lutut pada tahun lalu.
“Ketika musim gelanggang rumput, saya mengalami kecederaan pada bahagian lutut, dan malangnya saya perlu menerima untuk menarik diri daripada menyertai Sukan Olimpik Tokyo. Saya berada sangat kecewa, kerana ia adalah satu penghormatan dan antara highlight karier saya setiap kali mewakili Switzerland,” menurut akaun Twitter rasminya.
“Saya sudah mula menjalani proses pemulihan dan berharap dapat kembali ke gelanggang tenis musim panas ini. Saya mengucapkan selamat maju jaya kepada atlet Swiss dan saya akan menykong dari jauh. As always Hopp Schwiz!” tambahnya lagi.
Roger Federer memenangi pingat emas beregu bersama Stan Wawrinka di Sukan Olimpik Beijing pada 2008 dan juga pingat perak perseorangan di Sukan Olimpik 2012 di London. Dia tidak menyertai Sukan Olimpik 2016 di Rio de Jeneiro, Brazil kerana kecederaan lutut kirinya.
Pemain nombor satu dunia, Novak Djokovic yang baharu sahaja menjulang trofi Wimbledon keenam minggu lalu diramal akan melengkapkan calendar ‘Golden Slam’ jika dia memenangi pingat emas Olimpik dan juga menjuari Terbuka Amerika Syarikat tahun ini.
Sebelum ini, beberapa pemain tenis ternama turut sama mengumumkan penarikan diri daripada menyertai Sukan Olimpik Tokyo. Antaranya juara Grand Slam 20 kali, Rafael Nadal serta Serena Williams, Dominic Thiem, Simona Halep, Nick Kyrgios, Bianca Andreesco dan Denis Shapovalov. Sukan Olimpik Tokyo akan bermula pada 23 Julai 2021 dalam perintah kawalan pergerakan yang ketat.
Foto: Getty Images
Baca lebih lanjut: BMW 5 SERIES PENERAJU PERUBAHAN BAHARU
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LUGANO, DESTINASI PERCUTIAN ‘LA DOLCE VITA’ DI SWITZERLAND
Kombinasi gaya hidup Itali dan kualiti kehidupan Swiss, Lugano merupakan destinasi percutian yang memukau berlatarkan keindahan tasik dan pergunungan di Ticino, Switzerland.
PERKEMBANGAN TERKINI ROGER FEDERER SELEPAS BERSARA DARI ARENA TENIS
Walaupun tidak lagi aktif dalam sukan tenis, kehidupan Roger Federer tetap menjadi perhatian ramai terutama peminatnya dari seluruh pelosok dunia.
“IMPIAN SAYA ADALAH MENJADI SEORANG PELAKON SENI MEMPERTAHANKAN DIRI.” – ALTON ANG
GLAM Lelaki menampilkan bintang muda dan atlet wushu kebangsaan, Alton Ang dalam eksplorasi urban bersama wangian ikonik, Bleu De Chanel yang eksklusif.
“COOL ON COURT” FILA X SMILEY MELANCARKAN KOLEKSI INSPIRASI SUKAN TENIS
Jenama gaya hidup berinspirasikan sukan FILA melancarkan Koleksi FILA x Smiley® yang riang dan ceria untuk dipadankan suasana cerah musim ini.
PERTANDINGAN GOLF BERKUMPULAN TERHEBAT DI PIALA RYDER
Piala Ryder ialah pertandingan golf berkumpulan dwitahunan antara Eropah dan Amerika Syarikat. Edisi tahun ini berlangsung di Marco Simone Golf & Country Club dari 29 September hingga 1 Oktober.
#NYFW: COOL KIDS DI PERTUNJUKAN COACH MUSIM BUNGA 2024
Coach SS24 menyajikan koleksi penuh dengan jukstaposisi antara dua aspek berbeza, pretty and tough. Jennifer Lopez hadir buat julung kalinya.