Skip to content

ROSSA JANJIKAN KEJUTAN DALAM KONSERT MEGA ‘HERE I AM’

ROSSA JANJIKAN KEJUTAN DALAM KONSERT MEGA ‘HERE I AM’

Kongsikan artikel ini

Berita baik buat peminat penyanyi bersuara lunak dari seberang, Datuk Seri Rossa!

Tanggal 14 Jun ini Ratu Pop Indonesia itu bakal menjayakan konsert terbesar dalam kerjayanya di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Dengan lokasi yang mampu menampung 12,000 penonton, ia menjanjikan kelainan dan kejutan istimewa buat peminat.

“Sudah lama saya tidak buat konsert skala besar di Malaysia. Kali terakhir adalah ketika mempromosikan album iaitu Another Journey: The Beginning di Zepp Kuala Lumpur pada 2023.

“Jadi kali ini saya akan membawakan konsep berbeza daripada sebelum ini di mana lokasinya juga besar iaitu di Axiata Arena. Saya juga ingin merasakan bagaimana membuat persembahan di tempat yang hebat juga,” kata Rossa.

Konsert yang diberi nama ‘Here I Am’ ini akan mengimbau perjalanan peribadi dan kerjaya Rossa selama dua dekad dalam industri muzik.

“Ia satu pernyataan diri tentang jatuh bangun saya, bukan sahaja dalam karier tetapi juga kehidupan. Saya percaya mesej ini boleh dikaitkan dengan pengalaman ramai orang,” katanya.

konsert rossa 2025, konsert rossa here i am

Persembahan Istimewa Rossa Buat Penonton

Penyanyi berusia 46 tahun itu akan mempersembahkan 27 lagu popular dalam lima hingga enam segmen berbeza. Ia termasuk segmen khas untuk runut bunyi dan lagu-lagu membuai jiwa.

“Banyak perkara baharu yang belum pernah saya lakukan dalam konsert sebelum ini. ‘Here I Am’ akan menampilkan sesuatu yang lebih segar, kreatif dan sangat berbeza daripada konsert-konsert sebelumnya.

“Konsert ini juga akan melibatkan banyak kolaborasi, kejutan dan konsep yang saya pasti akan buatkan semua teruja untuk menontonnya,” tambahnya.

Selain di Malaysia, Rossa akan turut menjayakan konsert sama di Indonesia dan Singapura pada tahun ini.

Tiket boleh didapati bermula 14 Februari pada harga RM228 hingga (RM788) di laman Ticket2u.

 

Foto: Instagram

Pautan berkaitan: AMY SEARCH HADIAHKAN KONSERT SOLO PERTAMA BUAT PEMINAT SETIA