SAJIAN ENAK LENGKAPI SAMBUTAN NATAL DAN TAHUN BARU DI SUNWAY PUTRA HOTEL
Meriahkan lagi sambutan Hari Natal dan Tahun Baru dengan berkumpul bersama keluarga dan rakan dengan promosi luar biasa di Sunway Putra Hotel Kuala Lumpur. Pelbagai jenis makanan dan minuman yang enak serta menakjubkan menanti anda yang disediakan khas oleh tukang masak yang profesional di Coffee House, Aras Sembilan, Sunway Putra Hotel KL.
Bermula 24 Disember 2019, Coffee House yang terletak di aras sembilan akan menawarkan Buffet Christmas Eve pada harga RM128 nett untuk seorang (percuma untuk kanak-kanak berumur tujuh tahun ke bawah). Separuh harga akan dikenakan kepada Warga Emas dan kanak-kanak berusia lapan hingga 12 tahun. Dari 7 Oktober hingga 24 Disember 2019, hotel akan menawarkan baucar berharga RM75 untuk seorang dan ia terhad kepada 200 tetamu terawal sahaja.
Untuk makan malam Krismas dan Tahun Baru, anda berpeluang mencuba pelbagai hidangan yang lazat seperti udang harimau yang segar, siput Jepun yang diletakkan di atas ais, sup bisque udang galah dengan roti bawang putih yang dibaka, ayam belanda panggang dengan sos kranberi dan giblet, rib eye panggang dengan sos mustard dan lada hitam dan juga meatloaf yang disalut dengan madu.
Hidangan enak lain yang anda harus cuba adalah casserole ayam belanda, roulade ayam dengan daun thyme oren, pai sheppard sayuran dengan cendawan dan pai daging cincang yang pasti akan buat selera makan anda bertambah.
Hidangan tidak akan lengkap tanpa pencuci mulut. Di sini, anda boleh mendapat pelbagai jenis hidangan pencuci mulut yang pasti buat anda rambang mata. Dari eggnog sabayon, pai labu, kek buah Inggeris, panacotta manga, kek mousse keladi, kek cawan yang cantik, Christmas Stolen dan puding Krismas dengan sos vanila.
Bagi anda yang mengamalkan makanan sihat, Coffee House turut menyediakan hidangan sihat seperti salad dan juga hidangan pembuka selera yang enak seperti salad ikan dengan salsa tomato, udang cocktail, avokado dan salad epal.
Pada Hari Natal dan Tahun Baru pula, Coffee House akan menyajikan bufet Hi-Tea dengan harga RM79 seorang (percuma untuk kanak-kanak berumur tujuh tahun ke bawah) dan separuh harga akan dikenakan kepada warga emas dan kanak-kanak berusia lapan tahun hingga 12 tahun.
Dengan lebih daripada 50 pilihan selera makanan Barat dan Asia, anda boleh memilih hidangan enak di stesen barbeku seperti stik daging mini, bahu kambing, filet ayam, bubur makanan laut, mi sup wanton, sate, dim sum, yong tau foo dan juga pasta. Tidak ketinggalan, nasi biryani dan briyani ayam Hyderabad turut dihidangkan pada Hari Natal dan juga Tahun Baru.
Bermula 1 Disember sehingga 31 Disember 2019, Atrium Lounge turut menawarkan pelbagai jenis hidangan dan manisan Krismas untuk anda bawa pulang ke rumah.
Harga bermula dari RM12 sehingga RM231 untuk setiap pilihan. Pesanan perlu dibuat lima hari lebih awal dan pesanan dan pemilihan boleh dibuat di kauter Atrium Lounge atau hantarkan pesanan anda melalui e-mel ke spkl.dine@sunwayhotels.com.
Tags
Artikel Yang Berkaitan
COUPLE PERFUMES! 2 WANGIAN TAHUN BAHARU BUAT LELAKI DAN PASANGAN DARIPADA PACO RABANNE
Paco Rabanne memperkenalkan dua wangian, Phantom by Paco Rabanne dan Fame by Paco Rabanne untuk lelaki dan pasangan meraikan kehadiran tahun baharu bersama.
BAKAL RAI KRISMAS SENDIRIAN, INI LUAHAN HATI TOM BRADY
Lebih sebulan bercerai, Tom Brady memaklumkan dia akan menyambut Hari Natal di hotel buat kali pertama dalam hidupnya.
#GLFirstgayahidup: UNIQLO SPORT UTILITY WEAR
Pengarang Gaya Hidup, Muzammin Muzlan mencuba sendiri koleksi UNIQLO Sport Utility Wear yang bukan sahaja boleh dipakai ketika bersukan, juga selesa digayakan sepanjang hari.
PENCIPTAAN TERPINTAR: DYSON LIGHTCYCLE MORPH
Dyson Lightcycle Morph: rekaan produk lampu terbaru Dyson yang mengesan cahaya waktu pagi dan berubah secara pintar untuk kegunaan yang berlainan.
ANJUR PESTA SEWAKTU COVID-19, NEYMAR DIKECAM
Ia dibongkar oleh akhbar tempatan, O Globo, namun tiada bukti rakaman didedahkan memandangkan kesemua tetamu dilarang membawa telefon bimbit.
IPHONE SE TAMPIL DENGAN GAYA TERSENDIRI
Generasi kedua iPhone SE kini hadir dalam rekaan kompak, dengan rekaan semula dari dalam keluar dan ia adalah iPhone paling mampu milik.