Skip to content

JAMU SELERA DAN MATA DI PJ’S BAR & GRILL HANYA DI NEW WORLD HOTEL

Kongsikan artikel ini

Baru-baru ini, PJ’s Bar & Grill yang berlokasi di atas bumbung hotel terkenal New World Hotel di Petaling Jaya melancarkan variasi hidangan dan menu lazat, yang diinspirasikan dari inovasi moden Asia, dengan gabungan klasik Eropah dan beberapa pencuci mulut yang mengiurkan! Apatah lagi berlokasi di atas bumbung hotel New World yang menampakkan panorama menawan keseluruhan bandaraya Petaling Jaya, PJ’s Bar & Grill adalah lokasi makan malam intim yang pasti membuatkan anda dan pasangan tersenyum puas tatkala melangkah keluar.

Memberi fokus kepada daging dan makanan laut termasuk sayuran segar musim ini, rangkaian menu terbaru yang dihidangkan bermula dengan gigitan menyelerakan Tempura dengan Jagung Segar bersama aioli worcestershire, Beef Brisket Bao Sliders dengan sos barbeku yang dihidangkan bersama dan slaw Asia, dan Seafood Fritto Misto dengan mayonis sriracha.

Untuk hidangan ringan anda bakal disajikan dengan Cured Salmon bersama Avocado and Quinoa, Salad Sotong Oktopus dengan Salsa Verde Asia, sup cendawan termasuk hidangan identiti bar ini iaitu Lamb Shank New Zealand dengan Bayam Sautéed dan kentang putar, dan Glazed Black Cod dengan Aubergine Thai, Asparagus dan Calamansi Beurre Blanc.

Salad Sotong Oktopus dengan Salsa Verde Asia

Cured Salmon bersama Avocado and Quinoa

Buat peminat stik pula, nikmati hidangan istimewa di sini dari Australian Black Angus 120 Days Grain Fed Sirloin to Australian Wagyu Tenderloin Marble Score 5 dan banyak lagi!

Apa kata anda Grilled Angus “Tomahawk” Rib Eye yang digril bersama steak fries, grilled mushrooms dan arugula salad.

“Tomahawk” Rib Eye

Lamb Shank New Zealand dengan Bayam Sautéed dan kentang putar

Buat pengemar makanan laut pula, restoran ini turut menghidangkan variasi hidangan tradisional yang menjadi kegilaan seantero dunia seperti Asam Pedas Salmon yang diperbuat dari Salmon Norway, Okra, Tamarin dan Pasta Cili, French Red Snapper Bouillabaisse dengan mussels dan clams, Spaghetti Aglio Olio Itali berserta makanan laut, cili kering, bawang dan minyak zaitun.

Asam Pedas Salmon

French Red Snapper Bouillabaisse

Pencuci mulut klasik diberi nafas baru menjadi penutup menyelerakan. Antara hidangan yang menjadi pilihan adalah  70% Chocolate Ganaché Tart diperbuat dari Grenadine, strawberi, Honeycomb dan Aiskrim Vanila kepada Coconut Mille Feuille dihiasi Sorbet Mangga, Karamel Gula Sawit, dan Compressed Watermelon (Tembikai) dihidang bersama Thai Basil Coulis and Calamansi Sorbet. Sungguh menggiurkan!

Chef Chris Chan Kwan Kit (Kiri) dan Chef Khalil (Kanan)

Tempahan di PJ’s Bar & Grill boleh dibuat dengan menghubungi 03-76820000 atau emailkan kepada diningreservations.petalingjaya@newworldhotels.com.

By Wan Firdaus
Kongsikan artikel ini

Artikel Yang Berkaitan

10 FAKTA TENTANG MOVEMBER BOLEH SELAMATKAN NYAWA ANDA

Bacaan Lanjut
trx

5 SPOT MEETING DI THE EXCHANGE TRX

Bacaan Lanjut
Restoran

5 SPOT RESTORAN MEWAH FOR ‘FIRST DATE’

Bacaan Lanjut
sheraton pj

CITA RASA AUTENTIK JEPUN DI MIYABI, SHERATON PETALING JAYA HOTEL

Bacaan Lanjut

5 RESTORAN DI KUALA LUMPUR UNTUK MAKAN MALAM ROMANTIK

Bacaan Lanjut

LEXIS HIBISCUS PORT DICKSON MENUTUP TIRAI 2023 DENGAN PENUH MERIAH

Bacaan Lanjut