SENARAI BUFET RAMADAN HOTEL PILIHAN GLAM LELAKI YANG LAZAT & HARGA BERPATUTAN
MENU ELEGAN DAN KLASIK – SUNWAY PUTRA HOTEL KL
Nikmati hidangan penuh gaya dan elegan namun masih mengekalkan ciri klasik serta kemelayuan di buffet Ramadan Sunway Putra Hotel, Kuala Lumpur. Menawarkan hidangan tempatan & Asia yang pasti memenuhi citarasa anda, nikmatilah beberapa menu khas dicipta istimewa oleh Chef Eksekutif Rossham beserta 6 jenis gerai tematik yang menampilkan sushi, sup gear box, daging barbecue, udang dan sotong bermentega, satay ayam dan daging, pilihan terbaik bass laut, ikan mentega dan Red Snapper yang dihidangkan dengan asam pedas serta 10 jenis kueh talam tradisioanal.

Selain itu, sesi berbuka bersama tersayang pastinya indah dengan rotasi 5 menu ‘wajib cuba’ seperti Ayam Percik Menanti, Kambing Dalca Mangga Muda, Ayam Madu Berempah, Daging Rendang Negeri Sembilan, Udang Masak Lemak dengan Belimbing Buluh & Bunga Kantan, Paru Goreng Berlada Merah, Ikan Patin Masak Tempoyak dan banyak lagi. Hidangan klasik Cina dan India turut tersedia seperti Udang Mentega Goreng, Sotong Tumis Lada Hitam dan Bawang Putih, Kari Ayam dan Mentega dan banyak lagi!

Campuran pencuci mulut dan kuih tempatan pasti menarik perhatian anda seperti Lompat Tikam, Badak Berendam, Cendol, Tart Coklat Perancis, Chocolate Mango Mousse, Chocolate Green Tea Cake, Kek Kelapa dan banyak lagi.

Ramadan Buffet di Sunway Putra Hotel bermula dari 6 Mei hinggalah 4 Jun 2019, bermula dari 6 petang. Harga pula adalah sekitar RM138 untuk dewasa, dan RM69 pula untuk kanak-kanak berumur antara 7-12 tahun. Kanak-kanak berusia 6 tahun dan ke bawah adalah percuma. Untuk informasi lanjut, hubungi +603 4040 9888 atau emel kan ke spkl.dine@sunwayhotels.com
Tags
Artikel Yang Berkaitan
LIGHTING THE PATH: DUA DEKAD REVOLUSI SOSIAL CARTIER
Raikan 20 tahun Cartier Women’s Initiative 2026 di Bangkok. Terokai inovasi 30 usahawan wanita global menerusi tema "Lighting the Path".
TRANSISI MEGA: MARK DAN TEN NCT MENCIPTA IDENTITI BAHARU
Mark dan Ten NCT meninggalkan SM Entertainment. Ketahui impak besar perpindahan dua ikon global ini terhadap industri seni.
HIGH PERFORMANCE: PUTERA ADAM, “SAYA MENCIPTA SEJARAH SEBAGAI PELUMBA ASIA PERTAMA MENJUARAI LAMBORGHINI SUPER TROFEO EUROPE CHAMPIONSHIP.”
"Tahun lalu saya mencipta sejarah sebagai pelumba Asia pertama menjuarai Lamborghini Super Trofeo Europe Championship," Putera Adam.
HIGH PERFORMANCE: HAKIMI NOORDIN, “AYAH SAYA MERUPAKAN INSPIRASI TERBESAR SAYA DALAM BIDANG KECERGASAN”
"Jadikan sukan sebagai sebahagian daripada gaya hidup, bukan satu tekanan. Jangan paksa diri melakukannya secara berlebihan," Hakimi Noordin.
THE HYPEMAKERS, GLAM LELAKI NOVEMBER 2025 BERSAMA MIERUL AIMAN
'The Hypemakers' untuk GLAM Lelaki November 2025. Mierul Aiman antara lima personaliti ditampilkan menghiasi cover digital bulan November.
NEW BALANCE RUN HUB KLCC DIBUKA BUAT KOMUNITI PELARI
Kuala Lumpur kini mempunyai satu lagi tarikan untuk pencinta sukan dan gaya hidup aktif iaitu pembukaan New Balance Run Hub.











