SENARAI PENCALONAN OSCAR 2017, LA LA LAND TERUS UNGGUL
Senarai pencalonan penuh majlis anugerah gilang-gemilang OSCAR 2017 baru sahaja diumumkan tengah malam semalam yang disampaikan oleh barisan selebriti popular seperti Jennifer Hudson, Brie Larson, Emmanuel Lubezki, Jason Reitman, Ken Watanabe dan Presiden Academy, Cheryl Boone Isaacs.
Ramalan keseluruhan percalonan menyaksikan, kali ini tiada ‘kejutan besar’ berlaku kerana kebanyakan yang tercalon sudah dijangka. Filem muzikal kegemaran ramai, La La Land menggungguli dengan 14 pencalonan anugerah utama keseluruhan, menyamai rekod filem yang pernah dipegang sebelum ini oleh filem Titanic (1997) dan All About Eve (1950). Wow, adakah La La Land bakal mengulangi pencapaian ‘sapu habis’ di anugerah Golden Globes baru-baru ini? Kita tunggu dan lihat.
Mengekori dari belakang adalah filem Arrival dan Moonlight dengan 8 pencalonan setiap satu, diikuti filem lain seperti Hacksaw Ridge, Hell or High Water, Hidden Figures, Lion, dan Manchester by the Sea.
Untuk anugerah pelakon filem lelaki dan wanita terbaik, kesemua pencalonan dilihat sudah dijangka. Untuk kategori pelakon lelaki terbaik, aktor veteran Denzel Washington akan berentap dengan empat aktor yang pertama kali dicalonkan seperti Ryan Gosling, Viggo Mortensen, Andrew Garfield dan Casey Effleck. Adakah Denzel mampu menggenggam gold statue itu untuk kali ketiga atau Casey Affleck akan mengulangi kejayaannya sewaktu Golden Globes yang lepas?
Buat kategori pelakon wanita, Meryl Streep mendapat pencalonan yang ke-20 menjadikan beliau pelakon wanita Hollywood menerima paling banyak pencalonan dengan 3 kemenangan. Namun, sudah pasti kali ini dia ditentang hebat calon pilihan Emma Stone untuk La La Land, dan Natalie Portman untuk Jackie.
Oscar 2017 bakal ditayangkan pada Feb. 26 di Dolby Theatre, Los Angeles dan akan dihoskan oleh Jimmy Kimmel.
Berikut adalah senarai penuh pencalonan Oscar 2017:
Best Picture
Arrival
Fences
Hacksaw Ridge
Hell or High Water
Hidden Figures
La La Land
Lion
Manchester by the Sea
Moonlight
Best Actress
Isabelle Huppert, Elle
Ruth Negga, Loving
Natalie Portman, Jackie
Emma Stone, La La Land
Meryl Streep, Florence Foster Jenkins
Best Supporting Actress
Viola Davis, Fences
Naomie Harris, Moonlight
Nicole Kidman, Lion
Octavia Spencer, Hidden Figures
Michelle Williams, Manchester by the Sea
Best Actor
Casey Affleck, Manchester by the Sea
Andrew Garfield, Hacksaw Ridge
Ryan Gosling, La La Land
Viggo Mortensen, Captain Fantastic
Denzel Washington, Fences
Best Supporting Actor
Mahershala Ali, Moonlight
Jeff Bridges, Hell or High Water
Lucas Hedges, Manchester by the Sea
Dev Patel, Lion
Michael Shannon, Nocturnal Animals
Best Director
Denis Villeneuve, Arrival
Mel Gibson, Hacksaw Ridge
Damien Chazelle, La La Land
Kenneth Lonergan, Manchester by the Sea
Barry Jenkins, Moonlight
Best Documentary Feature
Fire at Sea
I Am Not Your Negro
Life Animated
O.J.: Made in America
13th
Best Foreign Language Film
Land of Mine
A Man Called Ove
The Salesman
Tanna
Toni Erdmann
Best Original Score
Jackie
La La Land
Lion
Moonlight
Passengers
Best Original Song
“Audition (The Fools Who Dream)”, La La Land
“Can’t Stop the Feeling”, Trolls
“City of Stars”, La La Land
“The Empty Chair”, Jim: The James Foley Story
“How Far I’ll Go”, Moana
Best Cinematography
Arrival
La La Land
Lion
Moonlight
Silence
Best Production Design
Arrival
Fantastic Beasts and Where to Find Them
Hail, Caesar!
La La Land
Passengers
Best Makeup and Hairstyling
A Man Called Ove
Star Trek Beyond
Suicide Squad
Best Costume Design
Allied
Fantastic Beasts and Where to Find Them
Florence Foster Jenkins
Jackie
La La Land
Best Visual Effects
Deepwater Horizon
Doctor Strange
The Jungle Book
Kubo and the Two Strings
Rogue One: A Star Wars Story
Best Sound Editing
Arrival
Deepwater Horizon
Hacksaw Ridge
La La Land
Sully
Best Sound Mixing
Arrival
Hacksaw Ridge
La La Land
Rogue One: A Star Wars Story
13 Hours: The Secret Soldiers of Benghazi
Best Documentary Short
Extremis
4.1 Miles
Joe’s Violin
Watani: My Homeland
The White Helmets
Best Live Action Short
Ennemis Intérieurs
La Femme et le TGV
Silent Nights
Sing
Timecode
Best Adapted Screenplay
Arrival
Fences
Hidden Figures
Lion
Moonlight
Best Original Screenplay
Hell or High Water
La La Land
The Lobster
Manchester by the Sea
20th Century Women
Best Animated Feature
Kubo and the Two Strings
Moana
My Life as a Zucchini
The Red Turtle
Zootopia
Best Film Editing
Arrival
Hacksaw Ridge
Hell or High Water
La La Land
Moonlight
Best Animated Short
Blind Vaysha
Borrowed Time
Pear Cider and Cigarettes
Pearl
Piper
Oleh Wan Mohd Firdaus, 25 Januari 2017
Tags
Artikel Yang Berkaitan
7 PASANGAN SELEBRITI POPULAR DENGAN JURANG USIA KETARA
Menjalin hubungan dengan pasangan yang usianya jauh lebih muda atau lebih tua bukanlah satu perkara besar dalam dunia Hollywood.
5 BINTANG HOLLYWOOD BERKELULUSAN HARVARD
Tiada ijazah diperlukan untuk bergelar selebriti berjaya di Hollywood namun lima bintang ini mempunyai latar belakang pendidikan yang mengagumkan.
RENAISSANCE FILEM BY BEYONCÉ DITAYANGKAN DISEMBER INI
Peminat fanatik Beyonce akan berpeluang menonton RENAISSANCE: FILEM BY BEYONCE yang akan ditayangkan tidak lama lagi.
10 SELEBRITI WANITA YANG MELAMAR PASANGAN HIDUP MEREKA
Daripada menunggu lamaran cinta hati, barisan selebriti ini memilih untuk mengabaikan gelaran 'perigi cari timba' dan melamar lelaki idaman.
“USAH RISAU TENTANG KEMASYHURAN DAN KEKAYAAN, IA AKAN DATANG SENDIRI” – DATO’ SRI BERNARD CHANDRAN #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Dato’ Sri Bernard Chandran sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang merupakan seorang pereka fesyen terkenal dan berbakat besar malah digelar sebagai King of Fashion Malaysia.
“JANGAN MUDAH LEKA DAN LALAI DENGAN SEGALA IMPIAN YANG INDAH DI LUAR SANA” – TOMOK #GLALPHAMEN2023
Dengan mengangkat tema “Our Heroes” tahun ini, GLAM Lelaki mempersembahkan Tomok sebagai salah seorang Alphamen 2023 yang terus gemilang mewarnai industri muzik tanah air.